Showing posts with label Ar PENDIDIKAN. Show all posts
Showing posts with label Ar PENDIDIKAN. Show all posts

Bolehkah Minum Air Sambil Berdiri?

Gambar Hiasan
Minum berdiri. Mungkin ini menjadi perkara biasa bagi sesetengah masyarakat. Memang ini norma masyarakat yang gemar minum sambil berdiri. Sikap minum sambil berdiri ini dipandang enteng oleh manusia. Ya benar, kadang-kadang kita gemar melakukan sesuatu perkara itu tanpa mengetahui sama ada ia membawa kebaikan atau keburukan terhadap diri kita. Begitu juga dengan aku.

Tapi sebagai manusia yang diberi pilihan dan akal ini kita berhak menetukan dan mengubah diri kita daripada seseuatu yang boleh membawa kemudaratan kepada diri. Cuma nak atau tidak sahaja. Anda tahu ke tidak yang minum sambil berdiri boleh mebawa kesan yang buruk pada tubuh badan kita. Buktinya mana? Ikutilah penerangan di bawah antara kesan-kesan minum berdiri.

KAJIAN DARI SUDUT SAINS DAN KESIHATAN
Menurut pakar perubatan, Dr. Abdul Razzak Al-Kailani berkata, makan dan minum secara duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat dan lebih puas di mana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan secara tenang.

Kajian perubatan juga menunjukkan di dalam tubuh badan manusia terdapatnya sejenis penapis ‘sfringer’ yang bertindak membuka bukaannya ketika duduk dan tertutup ketika berdiri.
Air yang diminum setiap hari bukanlah 100% ditapis sepenuhnya dan apabila masuk ke dalam tubuh badan, sfringer akan bertindak menapis segala benda asing dalam air sebelum disalurkan ke seluruh tubuh.
Jadi, sekiranya air masuk ketika tubuh berdiri, maka air itu tidak akan ditapis terlebih dahulu kerana sfringer tertutup dan terus dibawa ke kantung kecing yang boleh menyebabkan timbulnya penyakit lain iaitu penyakit batu karang.
Minum secara berdiri juga akan memberikan tekanan penurunan air yang tinggi ke dalam perut dan keadaan itu menyebabkan kondisi perut terkejut.
Malah, air akan jatuh ke lapisan perut dengan keras dan akan melanggar lapisan dinding-dinding perut.
Sekiranya tabiat minum berdiri selalu diamalkan, dinding-dinding perut akan menjadi longgar dan akan menimbulkan penyakit lain iaitu susahnya untuk menghadamkan makanan.
Seorang lagi pakar kajian, Dr. Ibrahim Ar-Rawi juga berpendapat, ketika tubuh berdiri, otot-otot badan akan menjadi tegang dan akan turut memberi tekanan kepada sistem saraf pusat (Central Nervous System) kerana terpaksa berkerja ‘terlampau’ aktif mengawal semua otot untuk melakukan proses pengimbangan badan ketika berdiri.
Keadaan itulah yang akan menyebabkan organ-organ dalam badan tidak dapat berehat seketika selepas berkerja.
Berbeza ketika minum secara duduk, sistem saraf dan otot akan berada di dalam keadaan tenang dan mampu untuk menjalankan tugas dan memproses segala bentuk bahan secara betul yang masuk ke dalam badan termasuklah air dan makanan.
MINUM AIR SAMBIL BERDIRI BOLEH, JIKA
Namun, Rasulullah S.A.W mengharuskan untuk minum dalam keadaan berdiri bergantung kepada keadaan seperti berada di tempat yang terlalu sesak dengan orang ramai.
Berlainan pula dengan kisah di mana Rasulullah S.A.W minum air zam-zam dalam keadaan berdiri berdasarkan hadis dari Ibn Abbas.
Air zam-zam mengandungi kandungan fluorida yang tinggi yang memiliki daya efektif membunuh kuman dan mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding sumber air-air yang lain seperti keputusan kajian yang terhasil dari pakar-pakar pengkaji.
Dari sudut saintifik, air zam-zam bersifat alkali dan akan dapat meneutralkan asid secara tidak langsung yang terhasil dalam perut.
Kerana itulah Rasulullah S.A.W. mengamalkan minum berdiri ketika meminum air zam-zam.
Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat dan beberapa kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain.
Kandungan inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan anti bodi kepada orang yang meminumnya.
Justeru, setiap amalan dan tindakan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W pastinya terkandung seribu kebaikan dan manfaat kepada umat-umatnya. Jadi, tidak salah bukan bagi kita untuk merubah tabiat buruk kepada yang lebih baik?
“Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal” – Surah an-Anfal : Ayat 2.

Kisah: Wahai Muhamad Sabar Lebih Baik BagiMu

 
Dikisahkan bahawa setelah pihak Quraisy meninggalkan medan Uhud dengan penuh kemenangan , Nabi SAW dan para sahabatnya kembali ke lembah Uhud guna mengambil jenazah para syuhada untuk dikuburkan . Saat itulah Nabi SAW secara khusus pergi mencari jenazah bapa saudaranya , Hamzah bin Abdul Muthalib .


Ketika beliau mencari jenazah Hamzah dalam keadaan terkoyak , beliau tertunduk . Dari pelupuk matanya mengalir air mata tak henti - henti . Dengan suara bergetar menahan kepedihan , beliau berkata , '' Tidak pernah kusaksikan seseorang yang mengalami malapetaka seperti engkau ini , wahai pamanku . Belum pernah aku saksikan suatu peristiwa yang begitu menimbulkan amarahku seperti peristiwa kematian ini . ''



Beliau bersumpah , '' Demi Allah , andaikan suatu ketika Tuhan memberikan kemenangan kepada kami , nescaya akan aku aniaya mereka dengan cara yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun dari bangsa Arab . ''



Lalu , turunlah firman Allah yang menegur sikap Nabi SAW , '' Dan jika kamu melakukan pembalasan , balaslah seperti yang mereka lakukan kepadamu . Tetapi jika kamu bersabar , maka kesabaranmu itu lebih baik bagimu . Dan hendaklah kamu tabahkan hatimu , dan hendaklah ketabahan hatimu itu karena berpegang kepada Allah . Jangan pula kamu bersedih hati terhadap perbuatan mereka . Jangan pula kamu bersesak dada terhadap apa yang mereka lakukan . '' ( QS 16 : 126-127 ) .



Selepas teguran itu , Nabi SAW mengumpulkan kaum Muslimin dan menyampaikan pidato yang berisi larangan melampiaskan amarah dan dendam dengan melakukan penganiayaan biadab terhadap mayat - mayat musuh .



Dalam Islam , sikap menahan amarah mempunyai kedudukan yang sangat ketara . Menahan amarah akan menjadikan seseorang sanggup menahan diri untuk tidak melakukan tindakan tercela dalam bentuk apa pun . Sedemikian pentingnya sikap menahan amarah , Nabi SAW apabila didatangi oleh seorang sahabatnya yang memintanya untuk memberi wasiat , beliau hanya berkata , '' Janganlah kamu melampiaskan amarah . '' Dan itu diulanginya lebih dari satu kali . ( HR Bukhari ) .



Sikap menahan amarah merupakan salah satu ciri-ciri orang bertakwa yang dijanjikan oleh Allah SWT sebagai penghuni syurga . Ini bermakna bahawa ketakwaan seseorang dapat dilihat dari kemampuannya menahan amarah yang dapat merugikan orang lain . Orang yang mampu menahan amarah bererti ia telah mampu meleburkan dirinya ke dalam diri orang lain dan membuang jauh - jauh sifat egoisnya .



Allah SWT berfirman , '' Iaitu , orang - orang yang menafkahkan hartanya baik dalam keadaan lapang maupun sempit , mampu menahan amarah dan memberi maaf kepada manusia . Dan Allah mencintai orang - orang yang berbuat baik . '' ( QS 3 : 134 ) . Kemampuan menahan amarah menjadi faktor penting dalam mewujudkan suasana damai dan tenteram dalam kehidupan bermasyarakat dan berbangsa .

Ajari Anak-anak Dengan Akhlak Islam

Daripada Abu Hafs ‘Amru bin Abi Salamah  ‘Abdullah bin Abdul Asad anak tiri Rasulullah SAW katanya “Aku seorang kanak-kanak didalam peliharaan Rasulullah SAW dan pada waktu makan tanganku menjemput di sana sini di setiap sudut pinggan maka Rasulullah bersabda, “Wahai anak, bacalah بسم الله  (sebutkan nama Allah ketika hendak makan) dan makanlah dengan tangan kananmu dan hendaklah ambil makanan yang hampir dengan kamu. Selepas itu sentiasalah engkau ikut cara makan (yang ditunjuk oleh Rasulullah)”.

Huraian Hadith: 
  1. Rasulullah mengajar umatnya supaya membaca “بسم الله”ketika hendak makan, makan dengan tangan kanan dan mendahului mengambil makanan yang dekat.
  2. Islam menitikberatkan peradaban dalam semua aspek dikalangan umat Islam termasuk adab makan dan sebagainya.
  3. Kita berkewajipan mendidik anak-anak dengan adab-adab dan akhlak Islam dengan memberi tunjuk ajar dan teguran apabila mereka melakukan kesilapan.
  4. Para pendidik hendaklah memberi tunjuk ajar kepada golongan muda dan kanak-kanak apabila ada kesempatan yang sesuai kerana pada keadaan begitu tunjuk ajar adalah lebih berkesan.
  5. Hadis ini juga menunjukkan kepatuhan para sahabat kepada tunjuk ajar Nabi SAW sehingga kanak-kanak dikalangan mereka.

Anak Adalah Perisai Dari Api Neraka


Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.


Huraian Hadith: 

  1. Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit.
  2. Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.
  3. Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka.
  4. Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga dan mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah dan rasulnya.

Kelebihan Janggut Pada Seorang Lelaki


Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’.

Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :
  • · Menampakkan kelelakian
  • · Kelihatan lebih ‘macho’
  • · Lebih hensem dan berkarisma
  • · Nampak soleh
  • · Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
  • · Lebih diminati wanita
  • · Mempunyai manfaat kesihatan
  • · Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.


Empat Syarat Utama Jadi Seorang Pemimpin


Para ulama terdahulu membahaskan syarat-syarat yang wajib dipenuhi oleh seseorang yang hendak diangkat menjadi khalifah. Imam Al-Baghdadi meletakkan empat syarat, al-Mawardi tujuh, Ibn Hazm lapan, al-Ghazali sepuluh dan seterusnya. Perbezaan ini disebabkan beberapa perkara; ada ulama yang mendetailkannya, ada yang meringkaskannya lalu dimasukkan dua syarat atau lebih ke dalam satu syarat. Juga ada syarat yang mereka sepakati dan berbeza. Syarat yang mereka sepakati ialah Islam, baligh, berakal, merdeka, dan lelaki.

Di akhirat kelak, seorang pemimpin akan diminta pertanggungjawap dihadapan allah SWT, Dan ia akan ditanya tentang segala hal yang telah dipimpinnya semasa hidup didunia.

Dalam dunia / negara berpolitik pada hari ini, Tentu saja kita faham bahawa yang dimaksudkan dengan pemimpin / Khalifah itu adalah: Seorang perseden / perdana menteri sebagainya.

Diantara semua pendapat ulama saya lebih suka mengambil pendapat ibnu khaldun untuk menjadi pegangan.

Menurut ibnu khaldun: Seorang pemimpin itu harus memiliki 4 sayarat:
1- seorang pemimpin harus berilmu atau memiliki kapasitas intelektual yang memadai. Sebab, seorang pemimpin dibebankan menegakkan hukum Allah. Selain itu, pemimpin harus mampu berijtihad, atau mampu mengambil keputusan tepat di saat kritis. Jika seorang pemimpn hanya bisa bertaklid (mengekor) tanpa sikap kritis, maka itu sesuatu kekurangan.

2-  calon pemimpin harus mampu berlaku adil. Sifat adil ini wajib dimiliki seorang pemimpin. Sebab dalam kekuasaan ada hak kelompok yang dipimpin. Menurut Ibnu Khaldun, sifat adil seorang pemimpin berguna untuk menghindari perpecahan antarsesama.

3-  calon pemimpin harus cakap dalam berbagai bidang (alkifayah). Pengertian kifayah adalah mampu menegakkan hukum, memimpin peperangan, bertanggung jawab kepada bawahan, mengenal kelompok-kelompok ashabiyah. Mengenal pula orang-orang cerdas dan potensial dalam wilayah yang bisa dimintakan bantuannya. Kemampuan-kemampuan tersebut, bisa menciptakan kemaslahatan masyarakat.

4-  calon pemimpin sebaiknya tidak cacat panca indera dan anggota tubuh. Kelengkapan dan kesempurnaaan alat indera dan anggoa tubuh sangat penting bagi calon pemimpin, karena hal itu akan mempengaruhi keoptimalan hasil kerjanya. Namun yang lebih penting adalah kita harus menyadari bahwa segala sesuatu yang kita inginkan, termasuk menjadi seorang pemimpin dan memilih pemimpin, harus bisa dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Kini, sama-sama kita catat janji-janji calon pemimpin yang saat ini tengah merebut simpati rakyat.
Akhir kata: Mencari pemimpin dalam negara seperti Malaysia, hendaklah tidak hanya melihat kepada nas-nas agama, tetapi juga kepada realiti yang sedang dihadapi oleh rakyat negara ini dan juga suasana politik di peringkat antarabangsa. Nas-nas agama berkaitan muamalat dan siyasah sebahagiannya mempunyai konteks yang tersendiri. Perubahan suasana hendaklah diambil kira oleh seseorang yang ingin menegakkan siyasah syari’iyyah.

Kisah Bergaduh Antara Bumi Dan Langit


Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, “Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain.”
Berkata langit, “Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, ‘arasy, kursi dan syurga ada padaku.”
Berkata bumi, “Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik).”

Bumi berkata lagi, “Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari’atnya juga di tempatku.”
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, “Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga.”

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, “Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau ‘Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini.”
Jibrail A.S. bertanya, ” Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?”
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, “Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu.”
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq?”

Berkata buraq, “Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.”
Berkata Jibrail A.S., “Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.”
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu’alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Perhiasan Yang Dilarang Didalam Rumah

RUMAH adalah tmpt perlindungan & beristirahat… Pastinya setiap org inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah… Dlm mencari ketenangan, tentu shj kita memerlukan rumah yg bersih tanpa wujudnya brg2 yg boleh mendtgkan kemusyrikan kpd kita…


Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Empat unsur yg membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yg luas, jiran yg baik & kenderaan yg menyenangkan hati”…


Manakala dl surah an-Nahl (80), Allah s.w.t. berfirman :”Allah menjadikan utk kamu rumah2 kamu sbg tmpt yg menyenangkan”…


Oleh itu, dlm menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur2 berbentuk syirik spt patung… Ini krn, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dlm rumah, krn malaikat tidak akn masuk ke dlm rumah yg mengandungi patung…

Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akn masuk ke rumah yg di dlmnya ada patung”…

Begitu juga dgn rumah2 yg dihiasi dgn gmbr yg berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian & seumpamanaya…

Kdg kala, terdpt rumah yg mempunyai kwsn yg luas & pd zahirnya kelihatan tenang & cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat sbb wujudnya gmbr2 berunsur kemaksiatan, patung2 hiasan & seumpamanya…


CACATKAN ANGGOTA PATUNG

Sekiranya terdpt perhiasan berbentuk patung di dlm rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya spt patahkan kepala patung tersebut / yg sewaktu dgnnya…
Ini berdsrkan sebuah hadis yg menceritakan ttg keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah s.a.w. krn di pintu rumahnya ada sebuah patung.

Hari berikutnya pun Jibrail tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kpd Nabi Muhammad “Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi spt sepohon pokok…(Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban)
Dgn kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akn diagung2 kan… Bagaimanapun, patung2 permainan yg digunakan oleh anak2 perempuan dibolehkan dlm Islam krn permainan sebegini ini sekurang2 nya boleh mengjr anak2 utk masa akn dtg cara mendidik anak2 mereka…

TIDAK BERNYAWA

Menyentuh isu perhiasan yg dibolehkan dlm Islam, adlh spt ayat2 suci al-Quran, pokok, gmbr pemandangan / benda yg tidak bernyawa…
Tidak salah dlm Islam membuat perhiasan drpd gmbr berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai & sbgnya yg selari dgnnya…

Cuma, yg tidak dibnrkan oleh Islam antaranya ialah gmbr2 artis yg memperagakan auratnya utk tatapan umum / gmbr org kafir (org bkn Islam) yg melakukan musyrik terhdp Allah s.w.t…
Islam tidak menggalakkan gmbr2 spt ini krn ia melambangkan keagungan / timbul perasaan memuja mereka…

Menggantungkan gmbr2 org alim dibnrkan sbb ia dilht dr sudut ketokohan & kelbihan ilmunya & Islam mengharuskan gmbr sebegini utk dijadikan contoh…
Begitu juga dgn gmbr2 keluarga / haiwan yg diambil scr fotografi dibnrkan krn boleh menjdi kenangan…

SEKSAAN HARI KIAMAT

Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dr emas & perak krn bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan bsr akn menimbulkan perasaan / sifat sombong, riak & ingin menunjuk2 kemewahan yg ada padanya…

Larangan ini adlh utk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri / wujudnya perbezaan / jurang yg berlebihan antara golongan kaya & miskin…

Manakala bekas2 acuan kuih-muih yg berbentuk haiwan, ia dibolehkan krn acuan2 ini akn dibuat dlm bentuk mknan yg akhirnya yg akn di mkn, tidak disimpan & tidak kekal maka ia dibolehkan…

Begitu juga halnya dgn permaidani yg ada gmbr binatang, tidak haram diltkan di dlm rumah sbb ia diltkkan di dlm kedudukan rendah… Permaidani akn dipijak & ia akn tidak membygkan ia diagungkan…

Islam juga mengingatkan, org yg mengukir & memahat patung akn menerima azab yg dahsyat pd hari kiamat… Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya org yg paling brt brt seksaannya pd hari kiamat ialah org yg membuat ukiran / memahat patung ini… Dlm 1 riwayat ditrgkan: Org yg menandingi kuasa ciptaan Allah”… (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dlm hadis lain yg diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yg membuat patung, pd hari kiamat nanti dia akn dipaksa utk meniupkan roh pdnya, pd hal dia selamanya tidak dpt meniupkan roh itu…

Mksd hadis ini ialah, Allah akn menyuruh org yg membuat patung itu meniup roh sehingga boleh & ini tentu shj merupakan 1 seksaan & peghinaan krn bukan kerja manusia meniupkan roh…Sumberislam.info