Showing posts with label Ar POLITIK. Show all posts
Showing posts with label Ar POLITIK. Show all posts

Barack Obama Merayu Ingin Diberi Peluang Kedua


CHARLOTTE, Carolina Utara - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kelmarin meminta pengundi AS memberikannya menjadi Presiden bagi penggal kedua.

Empat tahun selepas berkuasa, Obama menegaskan bahawa beliau tidak pernah menyatakan perubahan boleh dilakukan dengan mudah di negara ini.

"Laluan yang kita tawarkan mungkin sukar tetapi ia membuka ke arah tempat yang lebih baik. Saya meminta anda memilik masa depan itu," katanya.

Obama menyatakan demikian pada Konvensyen Kebangsaan Parti Demokratik yang diadakan di sini dua bulan sebelum pilihan raya Presiden diadakan.

Pilihan Raya Presiden akan diadakan pada 4 November depan.

Obama akan berdepan dengan Mitt Romney dari Parti Republikan.

Presiden berusia 51 tahun itu merupakan penduduk berkulit hitam pertama yang memegang jawatan tersebut di AS.

"Pilihan raya empat tahun lalu bukannya tentang saya. Ia adalah tentang anda. Rakan-rakan warganegara saya, anda yang mengubah," kata Obama.

Kira-kira 20,000 penyokong memenuhi sebuah pusat sukan di sini yang menjadi lokasi konvensyen tersebut.

Mereka menjerit 'empat tahun lagi' yang merujuk kepada penggal kedua untuk Obama.

Ketika Obama memegang jawatan tersebut, ekonomi AS tidak begitu kukuh.

Sementara itu, kadar pengangguran di AS berada pada paras 8.1 peratus pada Ogos lalu.

Ia merupakan peningkatan berbanding perangkaan pada Julai lalu.

Pada Julai lalu, kadar pengangguran ialah 8.3 peratus.

Pada bulan lalu, sebanyak 96,000 peluang pekerjaan diwujudkan.

Menurut Statistik Biro Buruh, kebanyakan pekerjaan itu ialah di restoran, bar, penjagaan kesihatan, perkhidmatan kesihatan dan profesional. - Agensi

Janji Demokrasi: 2 Lagi Ditahan Polis

Dua lagi individu yang dikehendaki polis membawa bendera ‘Sang Saka Malaya’ semasa Himpunan Janji Demokrasi pada malam Ambang Merdeka minggu lepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria berkata, kedua-dua individu yang masing-masing berumur 24 tahun itu ditahan polis selepas menyerah diri pada jam 2.30 petang tadi.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 9(1)(a) Akta Hasutan dan polis akan menyiasat tindakan susulan sewajarnya yang akan dikenakan berdasarkan hasil siasatan.

“Setelah semua keterangan yang diperlukan untuk siasatan selesai direkodkan, mereka mungkin dibebaskan selewat-lewatnya malam ini dengan jaminan polis seperti mana empat individu yang menyerah diri sebelum ini,” katanya.

Aziz berkata, kedua-dua individu itu hadir menyerah diri bersama peguam mereka untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah pula berkata, sebanyak 325 laporan polis dibuat berhubung insiden itu.

Beliau juga menjelaskan, setakat ini, daripada 11 orang yang gambar mereka disiarkan, sudah enam orang tampil menyerah diri.-7/9/2012 – agendadaily.com

Ustaz Azhar Idrus enggan jadi calon PAS.


KUALA TERENGGANU 6 Sept. - Penceramah bebas, Azhar Idrus yang kini sebagai sandaran Pas memeriahkan ceramah politik parti itu menolak menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beliau difahamkan Azhar enggan terlibat secara langsung dalam politik kerana mahu terus berdakwah dengan cara sendiri.

“Beliau merupakan ikon khususnya di kalangan generasi muda, jika beliau berada di platform kita, ia sesuatu yang baik, tetapi awal-awal lagi beliau sudah menolak.

“Difahamkan, beliau menolak sebelum kami sempat membuat penelitian, lagi pun nama beliau tidak dikemukakan secara rasmi, cuma disebut-sebut di kalangan ahli parti," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Badan Perhubungan Pas negeri di sini semalam.

Perhimpunan Janji Bersih: Polis keluarkan gambar individu dikehendaki.


KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur melalui laman Facebook pada Isnin menyiarkan 11 keping gambar yang dirakam pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata orang ramai yang mengenali individu dalam gambar tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis.

Mereka boleh berbuat demikian kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau Hotline Polis Diraja Malaysia di talian 03-20319999 atau Hotline Polis KL di talian 03-21159999.

"Mereka juga boleh berhubung terus dengan ASP Azmi Abd Azizi di talian 019-2602344," kata Ku.

Ketika perhimpunan ambang merdeka, Khamis lalu sekumpulan peserta perhimpunan itu dilihat memijak gambar pemimpin negara, membawa bendera 'baharu' sebagai pengganti Jalur Gemilang dan ada yang menunjukkan punggung di khalayak ramai. -BERNAMA

Dr. Asri Sindir Dr. Hassan Ali Di TV Al-Hijrah

Hasan ali kena perli kaw kaw oleh bekas mufti perlis, dr asri zainal abidin menerusi rancangan Bicara menerusi Tv Hijrah.  
Menurut dr asri beliau hairan kenapa di Malaysia ini masih ada yang perjuangkan Islam ikut bangsa. Bagaimanakah dengan bangsa lain yang turut mahukan Islam. Hasan Ali kelihatan terkedu malu. 
Penulis harap ada kalangan blogger upload kan video nya nanti. Memang power!,,,

60% Calon Pakatan Rakyat Bukan Orang Melayu

DUA hari berlalu sejak himpunan Janji Bersih yang gagal mencapai sasaran penyokong yang hadir itu, sebenarnya telah sedikit sebanyak ’melesukan’ penulis dan mengurangkan sedikit semangat untuk berpolitik.

Nasib baik ada aksi ‘luar biasa’ oleh peserta himpunan yang sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit kelesuan itu. Walaupun tidak dapat banyak sokongan (dilihat dari komen-komen yang penulis terima), sekurang-kurangnya kita tahu bahawa penentangan terhadap kerajaan Najib Tun Razak adalah benar-benar serius, bukan main-main.

Baiklah, lupakanlah yang itu, penulis tidak berminat untuk memanjangkan soal itu lagi kerana penulis faham tidak semua orang berfikir seperti penulis yang suka melihat sesuatu isu itu dari sudut yang tidak terfikir oleh sesiapa (tapi dengan alasan yang boleh diterima logik).

Hari ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca akan maklumat yang penulis percaya penting untuk memastikan kejayaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang……Baca Sambungan Selanjutnya Di Sini

Perdana Menteri Sudah ingin bubar Parlimen

SHAH ALAM - Di sebalik teka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU), Datuk Seri Najib Tun Razak semalam secara berseloroh berkata beliau sudah ada semangat untuk membubarkan Parlimen.

"Semangat nak bubar Parlimen... tengoklah dulu," kata beliau di akhir ucapannya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan berkumpulan enam bahagian Umno Selatan Kedah di Kompleks Rakan Muda Baling di sini, semalam.

Sebelum ini ramai meramalkan bahawa PRU13 akan diadakan Jun atau awal Julai lalu sebelum bermulanya bulan Ramadan.

Bagaimanapun spekulasi terbaru selepas 1 Syawal menunjukkan ramai meramalkan PRU13 akan diadakan November ini selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini.

Pun begitu ada yang menjangkakan ia hanya akan dipanggil selepas Februari depan.

Najib selaku Perdana Menteri mempunyai budi bicara untuk membubarkan Parlimen dengan memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Hari ini, Najib akan menghadiri Perhimpunan Merdeka 55: Janji Ditepati, selepas sambutan perbarisan Hari Kemerdekaan, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Di Stadium Nasional juga, pada 11 Mei lalu, Najib menyampaikan ucapan dengan berseloroh bahawa "rasa-rasa esok saya hendak menghadap Yang di-Pertuan Agong (untuk mendapatkan perkenan)... adakah kita sudah bersedia, sudah bersedia, sudah bersedia?"

Dalam ucapannya, Najib yang Pengerusi mengulangi peringatannya bahawa pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang adalah penentu survival Umno dan Barisan Nasional (BN).

Dipetik Bernama, Najib yang juga Presiden Umno turut mengingatkan anggota parti supaya belajar daripada pengalaman pilihan raya umum 2008 agar tidak melakukan perbuatan yang menyebabkan BN tewas di beberapa negeri.

"Saya tidak mahu lagi politik adu domba sesama kita, tidak mahu lagi politik puak sesama puak... tidak mahu lagi dalam kempen orang merajuk dan mengkhianati.

"Jika semua ahli sokong calon yang dipilih, mustahil kita boleh kalah pilihan raya," katanya.

Perdana Menteri berkata, sebagai anggota sebuah parti yang cukup matang dan dewasa, segala masalah yang melanda seharusnya diselesaikan.

"Dah empat tahun. Jangan lagi ada masalah. Jangan tunjuk jari... sudah sudahlah. Rapatkan barisan.

"Jika sayang parti, kita hendaklah reda. Dipilih Alhamdulillah, tak dipilih pun kita ucap Alhamdulillah. Jika itulah sikap kita bermakna kita telah dewasa dan matang," kata Najib yang juga Presiden Umno.

Najib berkata, apabila beliau menyatakan parti hendakkan 'winnable candidate' (calon boleh menang) semua akan kata mereka adalah 'winnable candidate' tetapi sebenarnya separuh sahaja yang boleh menang.

Walaupun dalam politik ada pasang-surut, Umno masih lagi parti yang relevan dan akan hidup untuk satu jangka masa panjang.

"Belajarlah daripada kejayaan tapi guru paling berkesan adalah kegagalan.

Kita pula mudah berjanji sebaliknya sukar melaksanakannya. Kita patut sayang parti tanpa meletak syarat.

"Saya dah lama.... bila salam dah boleh baca. Bila genggam lagi boleh baca. Semua calon PRU kita kena lulus ujian," katanya sambil memberitahu bahawa banyak petunjuk yang menunjukkan sokongan rakyat terhadap BN telah kembali.

Beliau berkata, pelbagai program dan dasar kerajaan untuk membantu rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dihargai rakyat.

"Kami sedar tuntutan rakyat, tidak seperti pembangkang yang menimbulkan isu hukum hudud menjelang pilihan raya. Kami bina ribuan masjid. Pas pula bina dua masjid sahaja selama 22 tahun perintah Kelantan.

"Umno akan terus perjuangkan Islam dan peradabannya dipertingkat. Insya-Allah kami letakkan orang yang betul, layak dan amanah. Ulama dan umarak tidak disisih supaya kemajuan Islam terus berkembang," katanya.

Mengenai Kedah, Najib berkata selatan Kedah adalah teras bagi BN memenangi semula negeri ini.

Perdana Menteri dan isteri turut menghadiri jamuan Hari Raya bersama penduduk Baling sebelum berlepas ke Alor Setar untuk majlis Hari Raya bersama perdana menteri di perkarangan Stadium Darul Aman.Sumber

Abby Abadi Pertikai Kenyataan Hudud Dr Asri

Wow. Abby Abadi ini memang agak lantang semenjak dua ini lebih-lebih lagi menerusi Twitter. Terbaru, Dr Asri, bekas mufti Perlis telah pun menulis tentang hudud menerusi Twitternya seperti di bawah.
hudud dr asri
Tertarik dengan tulisan Dr. Asri, Abby Abadi membalas tweet tersebut seperti di bawah.
hudud dr asri
Dr Asri menjawap tweet yang ditujukan kepada itunya dengan kata-kata yang agak pedas jugak.
hudud dr asri
Dan Abby Abadi memaklumkan kepada Dr Asri yang dia tidak pernah berceramah dan hanya sekadar berkongsi sahaja.
hudud dr asri
Bagi Abang Nara, kalau tak yakin dengan diri dan tak berapa pandai sesuatu bab, baik diamkan diri sahaja. Biarlah mereka yang lebih arif tentang hal tersebut yang menghuraikannya. Apa kata anda?