Bentuk masjid dijadikan sasaran latihan menembak

Beberapa kumpulan Islam mendakwa tentera Britain menjadikan replika tujuh masjid di sebuah padang sasar di Yorkshire Utara sebagai sasaran latihan menembak, lapor sebuah akhbar semalam.

Semua replika itu termasuk masjid terbesar di Afghanistan, Mazar-e-Sharif dapat dilihat dari jalan raya berhampiran lokasi berkenaan.

Mengulas mengenai kontroversi itu, Majlis Masjid Bradford (BMC) menyatakan, masjid-masjid itu dijadikan 'simbol bahaya' bagi mengukuhkan tanggapan negatif mengaitkan Islam dengan keganasan.

"Kami berharap tentera Britain segera mengalihkan struktur berkenaan dan mengakui kesilapan mereka," kata wakil BMC, Ishtiaq Ahmed.

"Kami melawat lokasi itu pada Selasa lepas setelah menerima aduan orang ramai," tambahnya.

Ekoran pendedahan berita itu, agensi berita AP melaporkan, pihak tentera Britain kemudian memohon maaf kerana mengaibkabn kumpulan Islam tersebut dengan menjadikan masjid sebagai sasaran tembakan. - Agensi
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar BERITA / Ar DERHAKA / Ar LUAR NEGARA dengan judul Bentuk masjid dijadikan sasaran latihan menembak. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/07/bentuk-masjid-dijadikan-sasaran-latihan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Bentuk masjid dijadikan sasaran latihan menembak"