
JOHOR BAHRU – Pelak-sanaan hukum hudud di negara ini amat perlu kerana ia sebenarnya sebuah sistem memberi kesaksamaan kepada manusia, sekali gus menyelesaikan masalah sedia ada.
Pendakwah yang juga Eksekutif Unit Dakwah dan Pemasaran Khas Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ahmad Husni Abd Rahman berkata, ini bermaksud pelaksanaan hukum itu sangat relevan dengan keadaan masalah sosial dan jenayah yang
kian berleluasa meskipun negara kita telah mempunyai undang-undang tersendiri.
Menurutnya, ini disebabkan hukum hudud adalah undang-undang yang menekankan unsur pendidikan dalam pelaksanaannya, sekali gus meningkatkan keinsafan dan kesedaran kepada umat Islam untuk menjauhi kemungkaran.
“Namun, pelaksanaan hukum hudud bukanlah menzalimi manusia. Tapi ia sangat bertepatan dengan fitrah semula jadi manusia sendiri. Hukuman tidak semudah-mudah akan dijatuhkan kerana pesalah hanya akan dikenakan hukuman jika benar-benar didapati bersalah,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Dr Abdul Basit Abd Rahman berkata, hukum hudud sudah termaktub dalam al-Quran, maka ia merupakan sebuah undang-undang yang mempunyai kekuatan yang tersendiri.
Menurutnya, perbincangan lebih jelas perlu dilakukan bagi membentuk kefahaman dan kesedaran kepada orang ramai tentang perkara ini kerana ianya bersifat memberi pembelaan, bukannya cuba bersifat menzalimi manusia.
P-- allah yang menciptakan kita, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, ikutlah pasti akan berjaya dunia dan akhirat,
Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar AKHLAK /
Ar AQIDAH /
Ar FIQAH /
Ar HIKMAH /
Ar INFORMASI /
Ar TAHUKAH
dengan judul Hukum hudud beri kesaksamaan. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/07/hukum-hudud-beri-kesaksamaan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Hukum hudud beri kesaksamaan"
Post a Comment