Remaja Keluar Ikut Tingkap Untuk Dirogol

Pelajar dakwa dirogol 'Awie'

BESUT - Rahsia seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini yang sering keluar melalui tingkap bilik tidurnya untuk bertemu teman lelaki pada awal pagi pecah tembelang apabila perbuatan itu disedari ibunya. Gambar fail

Rahsia itu terbongkar pada jam 2.30 pagi, Sabtu lalu oleh ibu remaja itu apabila dia terjaga daripada tidur kemudian selepas memeriksa bilik tidur anaknya namun mendapati anaknya tidak ada di dalam bilik manakala pintu tingkap terbuka.

Lebih malang, gara-gara tindakan mencuri keluar pada awal pagi menyebabkan pelajar itu mendakwa dirogol teman lelakinya yang dikenali dengan panggilan Awie yang tinggal bersebelahan rumahnya di sebuah kampung dekat Kuala Besut.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Noorzainy Mohd Noor mengesahkan menerima laporan tersebut dan memberitahu, sebaik menyedari anaknya tidak ada di dalam bilik, ibu mangsa pergi ke rumah jirannya itu dan mendapati mangsa berada di ruang tamu rumah bersama Awie. Menurutnya, ibu mangsa terus membawa anaknya pulang.

“Ibu mangsa turut mengesyaki Awie melakukan hubungan seks dengan anaknya kerana anaknya mengaku beberapa kali pergi ke rumah suspek ketika ibu dan ahli keluarganya sedang tidur,” katanya

Noorzainy berkata, polis sudah mengenal pasti suspek berumur 35 tahun yang sudah berkahwin itu dan usaha memburunya sedang giat dilakukan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. -SH


P--Kes ini diklassifikasikan sebagai jenayah rogol sebab pelajar itu berusia bawah 16 tahun.

Undang-undang di dalam negara kita menetapkan semua yang dibawah 16 tahun dianggap kes rogol sekalipun suka sama suka kerana menjadi tanggungjawab lelaki untuk menjaga dan menasihati mereka yang dikategorikan di bawah umur, bukan mengambil kesempatan dari kerelaan mereka.

Di dalam kes di atas berlaku kecuaian ibubapa menjaga anak perempuannya sehingga beliau boleh keluar melalui tingkap untuk ke rumah jirannya lantas dirogol. Sumber
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar AKHIR ZAMAN / Ar AKHLAK / Ar MAKSIAT / Ar MUNAKAHAT / Ar WANITA dengan judul Remaja Keluar Ikut Tingkap Untuk Dirogol. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/07/remaja-keluar-ikut-tingkap-untuk.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Remaja Keluar Ikut Tingkap Untuk Dirogol"