SAYA inginkan kepastian tempoh sebenar bagi qada puasa kerana ada pendapat menyatakan wajib diganti sebelum masuk tahun baru hijrah (bulan Muharam).
Jika dilakukan selepas Muharam wajib membayar fidyah puasa. Ada pula pendapat menyatakan wajib diganti sebelum tiba Ramadan seterusnya jika tidak, wajib membayar fidyah.
Saya berpegang kepada pendapat kedua sebagaimana yang pernah dipelajari dan difahami. Bagaimana dengan puasa ganti yang saya lakukan selama ini?
NOOR,
Selangor
DENDA membayar fidyah hanya dikenakan kepada orang yang melengah-lengahkan qada puasa wajib tanpa ada keuzuran sehingga masuk bulan Ramadan pada tahun berikutnya.
Tidak benar pendapat menyatakan wajib digantikan sebelum masuk tahun baru hijrah (bulan Muharam) dan jika dilakukan selepas Muharam wajib membayar fidyah puasa.
Islam menyediakan asas agama yang mudah dan jangan menyusahkan amalan dengan pendapat sedemikian.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar FIQAH /
Ar KEMUSYKILAN /
Ar SOAL JAWAP
dengan judul Tempoh sebenar untuk qada puasa. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/07/tempoh-sebenar-untuk-qada-puasa.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Tempoh sebenar untuk qada puasa"
Post a Comment