Titisan Susu Terakhir Buat Si Kecil...Menarik

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidupnya. Subhanallah...
Gambar Hiasan

P-- Kisah ini mungkin saja benar dan mungkin saja tak benar ( Rekaan ) tapi Walau Bagaimana Pun Pada hakikatnya memang Ada perkara Seperti ini Telah Berlaku..
 
 Itulah kasih Sayang Ibu kepada Anak-anak ( kepada Kita ), Tapi tahukah Anda Kasih sayang Allah kepada hamba-Nya melebihi kasih sayang ibu itu Berpuluh Kali Ganda.” Firman Allah.

 وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَةَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ اللّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
"Dan jika kamu menghitung-hitung ni'mat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (an-Nahl: 18)
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar AKHLAK / Ar AQIDAH / Ar INFORMASI / Ar RAMADHAN / Ar TAHUKAH dengan judul Titisan Susu Terakhir Buat Si Kecil...Menarik. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/07/titisan-susu-terakhir-buat-si.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Titisan Susu Terakhir Buat Si Kecil...Menarik"