Permusuhan Yahudi Terhadap Islam
فرمان الله تعالى دالم أية 82 سورة المائدة :
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُواْ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الَّذِينَ قَالُوَاْ إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ
Maksudnya : Sesungguhnya kamu dapati mereka yang paling keras permusuhannya terhadap orang mukmin ialah orang yahudi dan orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati orang yang paling dekat persahabatannya dengan orang beriman ialah orang yang berkata : “ Sesungguhnya kami ini orang Kristian”. Demikian itu disebabkan ada di antara mereka itu, terdapat pendeta dan rahib, (juga) kerana mereka tidak menyombong diri.
Pada tahun ini umat Islam memperingati Nakbah atau malapetaka yang menimpa umat Islam Palestin yang sehingga kini terus menderita sejak 60 tahun yang lalu. Pada 31 Ogos 1897 merupakan tarikh Persidangan Basel, Swisszerland iaitu permulaan kepada sejarah tercetusnya gerakan untuk menubuhkan sebuah Negara untuk umat Yahudi . Ini diekori dengan Deklarasi Balfor untuk merealisasikan hasrat ini di mana pada 15 Mei 1948 negara Israel diisytiharkan yang didokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat. Tepat 15 hb Mei 2008 yang baru lalu maka genaplah 60 tahun berlaku peristiwa Nakbah iaitu peristiwa malapetaka ke atas rakyat Palestin. Pada 15 hb Mei 1948 itu tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik iaitu sejumlah 750,000 orang atau tiga perempat populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediaman mereka. Mereka telah dipaksa menjadi pelarian dalam negara Palestin sendiri dan negara-negara jiran yang kini telah mencecah lebih 4.5 juta orang. Kini sudah 6 dekad pelarian Palestin hidup dalam kemiskinan dan penafian keperluan asasi yang sangat parah.
Saudara seagama kita di bumi Palestin terpaksa hidup tanpa makanan yang mencukupi , tanpa tempat tinggal , tiada pekerjaan , pendidikan dan kemudahan rawatan. Nasib mereka hingga kini tidak dipeduli oleh masyarakat antarabangsa yang didominasi oleh Amerika Syarikat. Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini , sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah . Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan , Lubnan dan Syria.
Kesilapan Umat Islam Menjadi Hamba Sistem Yahudi
Kekalahan demi kekalahan umat Islam zaman kini apabila berdepan dengan yahudi akibat daripada kecuaian dan kesilapan umat Islam sendiri yang lebih sanggup menjadi hamba abdi kepada sistem yahudi daripada tunduk kepada sistem Islam.
Sabda nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri:
قال الرسول e : لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ اَّلذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاٍع حَتَّى لَوْدَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ لاتبَّعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يارسولَ الله آليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟. قَالَ : فَمَنْ ؟
Maksudnya: Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani?. Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka
Janji Kemenangan Islam Mengalahkan Yahudi
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ : لاَتَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ المُسْلِمُوْنَ اليَهُوْدَ فيقتلهم المُسْلِمُوْنَ حَتَّى يَخْتَبِيْءَ اليَهُوْدِيُّ مِنْ وَرَاءِ الحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُوْلُ الحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ : يَا مُسْلِمُ يَاعَبْدَاللهِ هَذَا يَهُوْدِيُّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إَلاَّ الغَرْقَد فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ اليَهُوْدِ.
Maksudnya : Tidak berlaku qiamat sehingga orang Islam memerangi kaum yahudi maka mereka akan diperangi oleh orang Islam sehingga yahudi akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok lalu berkatalah batu atau pokok :Wahai orang Islam hamba Allah! ini dia yahudi dibelakangku maka datanglah dan bunuhlah dia melainkan pokok gharqad maka sesungguhnya ia merupakan pokok yahudi.
Kemenangan yang dijanjikan oleh Allah ini tidak mampu dicapai tanpa keinsafan dan kembalinya semula umat Islam daripada pemimpin sehingga rakyat jelata untuk kembali memartabatkan seluruh sistem Islam dengan membuang selruh sistem yahudi daripada kehidupan............UstazCambodia
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar AKHIR ZAMAN /
Ar HIKMAH /
Ar INFORMASI /
Ar MUSUH ISLAM /
Ar TAHUKAH
dengan judul Yahudi Pasti Akan Kalah... Janji Allah.... Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/07/yahudi-pasti-akan-kalah-janji-allah.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Yahudi Pasti Akan Kalah... Janji Allah..."
Post a Comment