TUMPAT – “Setiap kali mendengar bunyi letupan mercun, badan saya menggigil ketakutan dan rasa ngilu serta pedih mula mencucuk di jari tangan kiri,” luah Wan Mohd. Zafuan Wan Zadri, 13, yang masih trauma dengan kejadian terkena letupan mercun buatan sendiri tahun lalu.
Tragedi 26 Ogos tahun lalu iaitu lima hari lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri, Wan Mohd Zafuan terpaksa beraya di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Lebih menyedihkan, dia terpaksa beraya tanpa empat jari kerana jarinya putus terkena letupan mercun buatan sendiri.
Wan Mohd Zafuan berkata, tragedi malang itu sudah setahun berlalu tetapi ia tetap segar dalam ingatannya serta masih trauma dengan kejadian terkena letupan mercun yang dibuat sendiri itu.
“Saya serik dan tidak akan mengulangi lagi bermain mercun buatan sendiri, diharap kawan–kawan lain juga tidak bermain mercun,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dalam Rhu di sini.
Menurutnya, sekarang ini dia dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) kerana jari tangan sebelah kirinya hanya tinggal jari telunjuk sahaja, empat jari lagi semuanya dipotong.
“Saya malu dengan keadaan diri saya ini sehingga sanggup memakai sarung tangan dan memasukkan tangan di dalam poket seluar setiap masa semata-mata untuk menyembunyikan kecacatan,” katanya.
Mengimbas semula kejadian Wan Mohd Zafuan terkena letupan mercun, ketika kejadian kira–kira jam 10.30 pagi dia tinggal bersendirian di rumah selepas ibunya, Shairah Samad, 37, keluar bekerja.
“Saya ingin membuat mercun yang berbunyi kuat lalu mengisi kabaid dalam besi paip dan kemudiannya mengetuk batang besi tersebut untuk memampatkannya.
“Tiba-tiba batang besi itu meletup terkena saya menyebabkan tangan cedera parah dan serpihan besi itu tertusuk di lutut,” katanya....Sinar
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar BERITA
dengan judul Badan Menggigil dengar letupan mercun. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/08/badan-menggigil-dengar-letupan-mercun.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Badan Menggigil dengar letupan mercun"
Post a Comment