Ciri-ciri Pemimpin Mengikut Islam

Pemimpin adalah orang yang memimpin sebuah komuniti sama ada ia besar mahupun kecil. Namun pada zaman sekarang, bukan mudah untuk mencari pemimpin yang adil dan amanah terhadap tanggungjawabnya.

Bukan mudah untuk menjadi pemimpin. Sedikit sangat jumlah di kalangan manusia yang memiliki ciri-ciri serta syarat-syarat kelayakan sebagai pemimpin. Lebih-lebih lagi, kita kita seperti semakin terasa bahang Pilihanraya Umum kelak. Masing-masing tertunggu-tunggu bilakah Perdana Menteri mahu mengumumkan pembubaran ahli kabinet.

Dalam ajaran Islam, pemimpin itu adalah orang yang sangat berwibawa dan berupaya membawa manusia kepada Tuhan, punya ilmu untuk menunjuk ajar manusia dengan syariat Tuhan, mampu mendidik hati manusia ke arah iman dan taqwa, mampu menjinakkan nafsu manusia sebagaimana dia menundukkan nafsu dirinya sendiri. Sifat-sifat kekhalifahannya sangat menonjol dan sekaligus sifat-sifat kehambaannya juga seiring, yakni sangat menonjol. Dialah yang berperanan menghubungkan hati manusia kepada Tuhan. Ketahui apakah Ciri Pemimpin Perwatakan Rasul.

1. Lemah-lembut

2. Kasih sayang dan pemurah

3. Tidak emosi

4. Mendoakan penentang

6. Mengingatkan kepada Tuhan dan menyedarkan kepada mati

7. Tutur kata dan bahasanya sangat dijaga

8. Tenang menerima ujian

9. Tidak senang dengan pujian

10. Tidak menjawab kejian

11. Marahnya dalam batas syariat

12. Selalu memberi maaf

13. Sedikit gurauan dan tidak bercakap lucah

14. Mendengar pandangan

15. Peka dengan kehidupan rakyatnya

16. Sangat sabar dengan kerenah manusia

17. Adil pakaiannya

18. Pemurah tradisinya

19. Cita-cita dan kemahuannya tinggi dan keras

20. Tidak mengugut sesiapa

21. Tidak kecewa dan putus asa

22. Musuhnya sangat benci biarpun hati mereka mengakui kebenaran yang dibawanya.

23. Sangat mencorak masyarakat dan bukan masyarakat yang mencoraknya kerana dia mempunyai prinsip yang teguh.Prinsip hidupnya adalah syariat Tuhan yang amat sempurna yang tidak berubah sepanjang zaman.

24. Percakapannya atas dasar ilmu yang termasuk dari sumber ilham dalam memahamkan sesuatu ajaran Islam.

25. Tidak menjawab tuduhan. Atau kalau perlu menjawab tuduhan sekadar menjelaskan sesuatu kekeliruan atau untuk tujuan menghilangkan fitnah.

26. Tidak mendabik dada atas kejayaan, untuk menghindari syirik khafi kerana menafikan Tuhan dan merasakan dirinya yang berbuat dan yang menempah kejayaan.

27. Tidak sombong dan menjauhi diri dari mengungkit jasa-jasanya.

28. Merendah diri atau tawadhuk.

29. Bercakap bila perlu, dan banyak diamnya.

30. Tiada kerja yang sia-sia.

31. Dirinya menjadi contoh atau model

Admin - Untuk menjadi seorang pemimpin bukanlah satu perkara yang mudah, kita memerlukan sikap ada rasa tanggungjawab dan amanah dalam semua aspek. Jika pemimpin yang tidak bertanggungjawab dalam kepimpinannya, maka akan binasalah rakyatnya dan ini akan ditanya oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar NASIHAT / Ar PENDIDIKAN / Ar TAHUKAH / Ar TELADAN dengan judul Ciri-ciri Pemimpin Mengikut Islam. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/08/ciri-ciri-pemimpin-mengikut-islam.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Ciri-ciri Pemimpin Mengikut Islam"