Inilah Keluarga Paling Tua Di Dunia..

Inilah Keluarga Paling Tua Di Dunia..
Itali – Hari ini adalah hari jadi Consolata Melis dan seperti kebiasaan sambutan hari lahir, dia dikelilingi oleh adik beradiknya.

Namun bezanya, Consolata menyambut ulang tahun ke 105, dan tidak seperti keluarga lain, keluarga Consolata telah mencipta nama dalam Guinness Book of Record sebagai adik beradik tertua di dunia.

Apa tidaknya, jika dicampur umur Consolata dan lapan orang adiknya, umur mereka adalah 818 tahun, sekali gus menjadi keluarga paling tua di dunia.

Consolata yang merupakan anak sulung daripada sembilan beradik itu berasal dari kampung Perdasdefogu yang terletak di tenggara Sardinia, iaitu wilayah yang menempatkan golongan tua paling ramai di dunia.

Adik-adiknya yang lain adalah Claudina yang bakal menyambut hari jadi ke-100, Maria (97 tahun), Antonino (93 tahun), Consetta (91 tahun), Adolfo (89 tahun), Vitalio (86 tahun), Fida Vitalia (81 tahun) dan yang paling bongsu iaitu Mafalda berusia 78 tahun.

Consolata yang mempunyai sembilan anak, 24 cucu serta 25 cicit itu telah melalui perang dunia kedua serta berada di bawah pentadbiran 50 Perdana Menteri.

Ditanya apa rahsia keluarganya sehingga mereka masih sihat walaupun berusia lebih 70 tahun, ini jawapan Consolata:

“Kami makan makanan yang segar, kurangkan daging dan sentiasa bergerak,”.

Namun kata Consolata, rahsia mereka ialah mengamalkan diet yang sihat selain kehidupan bebas daripada tekanan.

“Cucu-cucu saya membasuh baju dengan menggunakan mesin basuh dan mencuci rumah menggunakan pencuci hampagas, namun saya masih mereka merungut bahawa hidup mereka tertekan.

“Saya tidak faham dengan keadaan ini,” katanya.

Dalam pada itu, profesor biokimia dari Universiti Sassari, Luca Deiana, yang telah membuat kajian terhadap 2,500 warga tua di kawasan berkenaan sejak 1996 berkata, kebanyakan mereka kekal sihat pada usia tua disebabkan beberapa faktor.

Ia termasuk genetik dan pengambilan sayur serta buah-buahan terutama buah prun dan pear yang sememangnya ditanam di kawasan tersebut.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar BERITA / Ar LUAR NEGARA dengan judul Inilah Keluarga Paling Tua Di Dunia... Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/08/inilah-keluarga-paling-tua-di-dunia.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Inilah Keluarga Paling Tua Di Dunia.."