Tan Sri Antara Pemilik Ijazah Palsu


SHAH ALAM – Polis memberi jaminan tidak akan menahan individu yang tampil memberi keterangan berhubung pembelian ijazah palsu daripada sebuah syarikat di negeri ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan berkata, keterangan daripada individu terbabit bertujuan membantu siasatan kes tersebut dan bukan untuk menahan mereka.

“Setakat ini kita telah mengambil keterangan daripada 40 individu termasuk Tan Sri dan ahli politik berhubung pembelian ijazah palsu.

“Kepada mereka yang terlibat dan belum diambil keterangan diminta tampil membantu pihak polis menyelesaikan siasatan kes tersebut,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Mengulas lanjut kes tersebut, Thaiveegan berkata, ijazah palsu terbabit tidak diiktiraf dan tidak disahkan kerajaan dan polis meminta mereka yang membeli ijazah itu agar tampil membantu pihak polis.

Pada 16 Julai lalu sebuah akhbar tempatan melalui laporan eksklusifnya membongkar kegiatan menjual ijazah palsu oleh sebuah institusi pendidikan di Subang Jaya....UstazCambodia – mynewshub.my
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar AKHLAK / Ar BERITA / Ar JENAYAH / Ar KEMUSYKILAN dengan judul Tan Sri Antara Pemilik Ijazah Palsu. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/08/tan-sri-antara-pemilik-ijazah-palsu.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Tan Sri Antara Pemilik Ijazah Palsu"