3000 tahun takungan air ditemui di Baitulmuqaddis

http://i.imgur.com/1zSq6.jpg
BAITULMUQADDIS – Beberapa pakar arkeologi menemui sebuah takungan air kuno di sini yang digunakan oleh jemaah semasa ke kota suci bangsa Yahudi, Temple Mount atau dikenali sebagai Haram Ash-Sharif oleh orang Islam.

Akhbar MailOnline melaporkan bahawa takungan yang dinamakan cistern itu boleh menyimpan sebanyak 250 kubik meter air.

Tempat simpanan air itu dipercayai dibina pada era Tempat Ibadat Pertama sekitar 3,000 tahun dahulu.
Menurut kitab Bangsa Yahudi, Tempat Ibadat Pertama dibina oleh Nabi Sulaiman pada kurun ke-10 sebelum masihi (S.M.) sebelum dimusnahkan 400 tahun kemudian.

“Penemuan ini menjelaskan bahawa sumber air pada era Tempat Ibadat Pertama bukan sahaja bergantung kepada mata air tempatan tetapi juga takungan awam,” kata ketua ahli arkeologi Pihak Berkuasa Alam Semulajadi dan Taman Israel, Tvika Tsuk.

Menurutnya, tapak Tempat Ibadat Pertama yang dibina oleh Nabi Sulaiman kini berada di bawah Dome of the Rock atau Masjid Kubah Emas di sini. – Agensi
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar LUAR BIASA / Ar PELIK / Ar SEJARAH / Ar TAHUKAH dengan judul 3000 tahun takungan air ditemui di Baitulmuqaddis. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/09/3000-tahun-takungan-air-ditemui-di.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

1 Komentar untuk "3000 tahun takungan air ditemui di Baitulmuqaddis"

Unknown said...

Ustaz, sy nk tanya bgmana sekiranya kita dpt bantu dgn menyumbangkan ibu lembu utk tujuan pembiakan di Kemboja? Sy rs dlm tempoh 3-4 tahun lagi mmg byk dah lembu daging n susu, cukup utk keperluan mereka. Cara ini dpt juga bantu mereka berniaga. Mgkin ustaz tahu caranya, atau mgkin dh ada pun dijalankan. Harap ustaz dpt bantu menjelaskan. Tq