SEREMBAN –
“Saya dan isteri cuba buat eksperimen dengan menumpahkan air satu jag di atas
lantai. Memang mengejutkan kerana lantai itu kering dalam masa beberapa minit
sahaja,” kata Abdul Rahman Gumpal, 71, yang dibelenggu misteri apabila lantai
garaj rumahnya secara tiba-tiba menjadi panas.
Menurutnya,
kejadian itu hanya disedari berlaku jam 9 malam kelmarin ketika dia dan
isterinya pulang ke rumah selepas menunaikan solat di masjid.
“Ketika
memijak kaki di lantai garaj, saya menyedari ia panas luar biasa. Jadi, saya
memanggil isteri untuk memberitahu kejadian itu dan dia juga turut terkejut
dengan apa yang berlaku.
“Tapi yang
menghairankan kesan panas hanya dirasai di satu tempat berhampiran pintu masuk
rumah sahaja dan bukannya di keseluruhan kawasan garaj,” katanya kepada Sinar
Harian di sini, semalam.
Menurut
Abdul Rahman, dia kemudian meminta rakannya untuk mengenal pasti punca kejadian
itu kerana berkemungkinan membabitkan kabel di dalam tanah.
Bagaimanapun
rakannya mencadangkan agar dia menghubungi pihak bomba sahaja bagi mengelakkan
kejadian tidak diingini.
“Saya
menghubungi Balai Bomba Senawang dan pegawainya datang membuat pemeriksaan.
Tapi mereka sendiri berasa pelik dengan kejadian itu dan menyerahkannya kepada
Jabatan Mineral dan Geosains negeri untuk siasatan lanjut.
“Kejadian
ini memang menakutkan saya dan isteri kerana hampir 30 tahun mendiami rumah
ini, inilah pertama kali berlaku,” katanya.
Abdul Rahman
yang merupakan pesara tentera berkata, apa yang membimbangkannya ialah kesan
panas terbabit mula merebak ke tempat lain.
Katanya, dia
dan isteri bimbang untuk memijak lantai itu kerana takut ia meletup disebabkan
tekanan dalam tanah.
“Malam
semalam (kelmarin) hanya di kawasan garaj rasa panasnya, tapi sekarang sudah
merebak ke bahagian pintu.
“Ada rakan
saya cakap mungkin buatan sihir, tapi saya tidak fikir macam itu kerana saya
tidak mempunyai musuh,” katanya.
Menurutnya,
kejadian pelik seumpama itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini air
dalam lubang tandas rumahnya secara tiba-tiba ‘menggelegak’ sehingga
mengeluarkan bunyi.
Abdul Rahman
berkata, kejadian itu berlaku seolah-olah ada tekanan di bawah tanah rumahnya,
namun ia kembali normal selepas beberapa jam.
“Saya ada
membuat bacaan Yasin dan menyiram air ke atas jubin berkenaan namun tetap tidak
berkesan.
“Jadi
sekarang saya dan isteri hanya menunggu Jabatan Mineral dan Geosains negeri
datang untuk membuat pemeriksaan. Saya cuma berharap kejadian misteri ini
berakhir segera,” katanya.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar AKHIR ZAMAN /
Ar MISTERI /
Ar PELIK
dengan judul Misteri Tiba-Tiba Lantai Garaj Panas. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/11/misteri-tiba-tiba-lantai-garaj-panas.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Misteri Tiba-Tiba Lantai Garaj Panas"
Post a Comment