Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, berikut merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.
1. Pulau Pinang (bahagian pulau)
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching, Sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru
2. Bintulu, Sarawak
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu
7. Kuching, Sarawak
8. Klang
9. Labuan
10. Johor Bahru
Perkara
yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam,
sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga
keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.
Johor Bahru mencatatkan negeri ke 10 dengan kos sara hidup paling tinggi di Malaysia. |
Seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang. |
Dengan
kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan
keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji
sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di
Pulau Pinang.
Ia dikira
paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut
mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak
dan Paka di Terengganu.
Namun,
harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di
tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai penduduk
Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.
Mungkin ini
juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau
Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat
untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu.
Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur, RM6.50 di Klang.
Kadar sewa
rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga
bilik di Tanjung ToKong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun
kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh
diperolehi sekitar RM500 sebulan.
Walau kos
sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan
keperluan hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain
di Semenanjung Malaysia.
Harga ayam
di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala Lumpur
RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun
Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal,
mungkin kerana kesegarannya.
Harga ikan
kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke
RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu.
Namun oleh
kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia
menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan pendapatan
RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan
memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar INFORMASI /
Ar KEMISKINAN
dengan judul 10 Bandar Kos Sara Hidup Paling Mahal di Malaysia . Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2014/06/10-bandar-kos-sara-hidup-paling-mahal.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "10 Bandar Kos Sara Hidup Paling Mahal di Malaysia "
Post a Comment