Showing posts with label Ar AKHIR ZAMAN. Show all posts
Showing posts with label Ar AKHIR ZAMAN. Show all posts

Perlu Tabah Menghadapi Ujian Tuhan

Menjelang akhir 2014, kita disajikan dengan khabar kurang gembira. Berita banjir besar melanda tanah air, terutama negeri di Pantai Timur, sedikit sebanyak membimbangkan kita.
Apabila membaca akhbar dan menonton berita di televisyen, hati ini terasa diruntun mengenangkan ujian yang terpaksa dilalui saudara kita yang ditimpa musibah besar ini.

Kenalan saya yang berkunjung ke dua negeri yang teruk dilanda banjir iaitu Kelantan dan Terengganu baru-baru ini, berkongsi pengalaman melihat fenomena bencana alam ini.
Katanya, rancangan awal dia bersama keluarga membeli-belah di Rantau Panjang terpaksa dibatalkan apabila semua jalan menuju ke tempat popular itu ditutup kepada awam.

Di kiri dan kanan, dia melihat rumah ditenggelami air hingga ada yang nampak atap saja. Dia juga menceritakan detik cemas terpaksa mengharungi banjir yang mengalir deras seperti air sungai ketika dalam perjalanan ke Pasir Mas.

Ketika artikel ini ditulis juga, ada perkhabaran kurang enak mengenai lori yang terjerumus ke dalam lembah gaung di laluan Banjaran Titiwangsa akibat tanah runtuh yang meranapkan jalan berkenaan.
Sesungguhnya, 2014 adalah tahun yang menggamit pelbagai memori kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Ia pasti dikenang sebagai tahun yang banyak meninggalkan memori duka kepada rakyat negara ini.

Ujian demi ujian datang bertimpa-timpa. Pasti kita masih segar dengan tragedi MH370 yang hilang secara misteri hinggakan bukan saja kita, malah dunia juga buntu mengenai pesawat yang masih gagal dikesan hingga ke hari ini.

Belum reda kehilangan MH370, Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dengan insiden hiba dan menyayat hati mengenai pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh pengganas di Ukraine. Lebih merobek hati kita dan menyentap perasaan apabila keseluruhan penumpang dan anak kapal pesawat MH17 terkorban dalam tragedi itu.

Selain dua berita di atas, rakyat Malaysia berdepan ujian lain yang tidak kurang juga getirnya iaitu nilai mata wang kita susut di pasaran dunia.
Krisis ekonomi sedikit sebanyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang sebelum ini dibebani kos sara hidup yang semakin tinggi. Mereka yang biasa ke luar negara untuk urusan bisnes pasti merasai kesan ekonomi yang saya perkatakan ini.

Selain musibah yang menimpa Malaysia, dunia Islam digemparkan dengan khabar duka sepanjang 2014.
Kisah berdarah Palestin yang diserang Israel berulang lagi pertengahan tahun ini sehingga mengorbankan ribuan nyawa, termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa.

Begitu juga air mata saudara kita di Syria yang belum berhenti mengalir akibat penindasan rejim Al-Assad yang rakus mengebom dan membunuh rakyatnya sendiri.
Sejak minggu lalu juga, kita digemparkan dengan perkhabaran duka mengenai pengeluaran waran tangkap Interpot terhadap ulama tersohor dunia, Syeikh Yusof Al-Qardhawi yang didakwa rejim zalim Mesir Al-Sisi sebagai penyokong keganasan. Mudah-mudahan Allah melindungi ulama ini yang pernah dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah di Malaysia satu ketika dulu.

Jika dilihat dan dimuhasabah kembali satu persatu kisah duka sepanjang tahun ini dengan pandangan mata hati, pasti kita dapat merasakan segala ujian ini adalah bayangan peringatan daripada Allah kepada kita di Malaysia dan masyarakat Islam di seluruh dunia secara amnya.

Dunia semakin tua ketika pelbagai arus kemodenan yang melalaikan manusia daripada memperingati-Nya terus subur di sana sini. Syariat dan larangan Allah tidak dihiraukan, malah dipandang enteng.
Apakah kerana gelapnya hati menutup mata dan hati manusia untuk mengambil semua ini sebagai iktibar yang harus dimuhasabah pada kadar segera. Tepuk dada, tanya iman
--- Sumber

Alasan Wanita Melayu Akhir Zaman

1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.."
Jawapan: 
Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..

2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."
Jawapan:
Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?

3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"
Jawapan:
Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..

4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"
Jawapan:
Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?

5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?
Jawapan:
Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu.

Isi Khutbah Rasulullah Bahasa Melayu


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Pengarah Filem Hina Nabi Masuk Islam

ADAKAH anda pernah menonton filem Fitna. Filem pendek berdurasi 15 minit ini satu ketika dahulu pernah menggemparkan dunia apabila filem ini dilihat sebagai menghina agama Islam, menghina Rasulullah SAW dan umatnya.

Ramai pemerhati berpendapat kelahiran filem ini sebagai manifestasi sikap prejudis dan Islamofobia kepada Islam dan umat Islam yang meningkat sejak kejadian serangan 11 September 2001.


Karya ini dapat dihasilkan kerana orang yang menjadi tulang belakang pembikinan filem ini adalah seorang ahli politik Party for Freedom (PPV) yang terkenal dengan anti Islam, Arnoud Van Doorn.


Sesungguhnya hidayah ALLAH tidak mengenal siapa. Orang yang dahulunya beriya-iya menghina Nabi Muhammad SAW dan umat Islam kini memeluk Islam!


Van Doorn menjelaskan antara faktor utama pengislamannya adalah apabila hati kecilnya terusik melihat penghasilan filem itu dan juga sikap partinya yang selalu memusuhi Islam.

Perasaan itu membuatkan Van Doorn mencari terjemahan al-Quran, hadis, dan buku rujukan Islam. Hari demi hari berikutnya dilalui dengan membaca dan mengkaji buku satu per satu, tanpa meninggalkan aktivitinya yang lain. Selama ini Van Doorn hanya tahu Islam daripada mulut orang yang membenci agama ALLAH ini.


“Saya mempelajari al-Quran kerana rasa ingin tahu yang menebal. Saya mula mempelajarinya setelah keluar daripada Parti PVV. Sebelum itu saya hanya mendengar cerita yang buruk mengenai Islam. Semakin banyak saya membaca semakin saya yakin Islam sesungguhnya agama yang indah dan penuh kebijaksanaan.


“Sebenarnya, sebagai penganut Kristian, banyak nilai baik yang saya pelajari daripadanya. Keadaan ini memudahkan saya untuk menerima Islam sebagai pedoman hidup. Lebih mudah untuk beralih daripada seorang penganut agama Kristian menjadi Muslim daripada seorang atheis (tidak percaya agama), kerana sebelumnya saya  telah mengenal konsep kenabian, adanya malaikat dan disiplin yang selalu ada dalam mana-mana ajaran agama mana pun,” katanya.


Temui jalan hidayah
Kenalan dan individu terdekat Van Doorn tahu yang dia membaca rujukan Islam, langsung tidak terlintas di benak mereka sikapnya itu akan menjadi jalan hidayah bagi Van Doorn. Kerana lazim dalam dunia mereka, mengkaji sesebuah pemikiran atau suatu fahaman tanpa harus mempercayai dan mengikutinya. Bahkan, ramai yang mempelajari Islam kemudian menyerangnya.


Van Doorn menghabiskan waktu hampir setahun untuk mengkaji al-Quran, Sunnah dan sejumlah rujukan Islam tersebut. Dia juga sempat berdialog dengan penganut Islam untuk mengetahui lebih jauh perihal agama yang kini menarik hatinya.


Semakin lama mempelajari Islam, Van Doorn semakin tertarik. Meskipun sebelum ini dia juga memiliki asas Kristian sebagai agamanya, Van Doorn berasakan Islam itu istimewa.
Apa yang selama ini ada dalam kepalanya, Islam itu fanatik, menindas wanita, tidak toleransi, membabi buta memusuhi Barat, perlahan-lahan hilang daripada fikirannya.
Ternyata Islam  sesuatu yang sama sekali berbeza dari apa yang pernah dia sangka. Islam adalah agama yang cintakan kedamaian. Tidak seperti tuduhan media Barat yang selama ini mengisahkan Islam sebagai pengganas.


Jalan hidayah bagi Van Doorn semakin terbuka lebar ketika bertemu dengan seorang Muslim bernama Abu Khoulani, rakannya yang bekerja di Dewan Kota Den Haag.
Selain menjelaskan Islam dengan lebih jauh lagi, beliau juga  menghubungkan Van Doorn dengan Masjid As-Sunnah.


Dianggap pengkhianat
Tidak ada manusia yang tidak pernah diuji ALLAH SWT. Begitu juga dengan empunya diri Van Doorn.


Tidak semua yang suka dan menerima baik pengislamannya lebih-lebih lagi rakan sejawatnya dalam Parti PPV. Kebanyakan daripada mereka marah dengan perubahannya itu bahkan menganggap Van Doorn sebagai pengkhianat.


"Saya jelaskan kepada mereka keputusan ini adalah keputusan peribadi dan terpulang kepada diri ini untuk menganut mana-mana agama memandangkan setiap orang mempunyai hak untuk memilih agama dan kepercayaan.


“Walaupun ramai yang menganggap saya sebagai pengkhianat, tetapi sebahagian daripada masyarakat yang lain memberi reaksi positif. Saya juga menerima sokongan daripada masyarakat lain yang menghantar reaksi melalui Twitter.


“Saya berasa bahagia dan gembira melihat orang yang tidak mengenal saya secara peribadi menyokong dan memahami dengan pilihan yang saya lakukan,” jelasnya yang mengakui ada hikmahnya beliau pernah menjadi sebahagian daripada ahli parti PPV.


Ajak kenali Islam
Van Doorn kini berasakan telah menemui pedoman hidupnya dan beliau ingin mengajak mereka yang bukan Islam  memahami Islam dan mempelajarinya dengan lebih mendalam agar mereka dapat membuang segala prasangka buruk terhadap Islam.

“Pelajarilah Islam, buangkan segala prasangka buruk, Insya-ALLAH kamu akan lihat bahawa Islam itu agama yang sangat indah dan murni, agama Islam yang memiliki sejarah yang begitu agung. Umat Islamnya pula saling mengambil berat antara satu sama yang lain, baik dalam senang mahupun susah.


“Di Barat, Islam umumnya dituding sebagai agama yang melahirkan dan mewujudkan pengganas dan menindas perempuan. Bagaimanakah tanggapan anda terhadap segala tuduhan semacam ini? Semuanya berlaku kerana prasangka yang buruk dan kurangnya wawasan.


Kumpulan fanatik sememangnya wujud dalam mana-mana agama pun di dunia ini. Tapi sayangnya golongan fanatik yang cuma satu peratus itu dipertunjukkan di televisyen dan media-media yang lain, sekali gus pengaruh mereka diperbesar-besarkan.

Sedangkan 99 peratus umat Islam yang lain terus bekerja keras dan hidup dengan aman damai.


Jika semakin ramai orang mempelajari Islam yang sebenarnya, kian bertambahlah yang melihat keindahan Islam,” ujarnya.


Beliau menyedari pengislamannya juga adalah permulaan baru dan banyak lagi yang perlu dilakukan dirinya mengenali Islam.

Kini, sebagai penebus atas kesalahannya membuat Fitna, Van Doorn menyatakan akan membuat karya besar untuk mengangkat Islam.


“Saya berdoa semoga air mata saya ini mampu menghapus segala dosa yang dilakukan pada masa lalu, dan saya akan bekerja untuk menghasilkan karya besar dan ingin mengangkat Islam dan kaum Muslimin setelah kembali daripada ibadah haji,” katanya pada akhir bicara. Sinar Harian

Oral Seks Pandangan Ulama Dalam Islam

Oral seks, yang tidak dijumpai secara tegas dalam hadits, menjadi bahasan tersendiri dalam seksologi Islam. Apakah oral seks diperbolehkan dalam Islam? Secara tegas dilarang, atau ada syarat-syarat dan batasan tertentu yang menjadikannya halal atau haram?

Ketiadaan nash yang sarih inilah yang membuat para ulama berbeda pendapat mengenai oral seks. Sebagian ulama memperbolehkan karena tidak ada dalil yang melarangnya.


“Istri-istrimu adalah ladang bagimu, maka datangilah ladangmu itu dari mana saja kamu kehendaki” (QS. Al Baqarah ayat 223)

Namun, sebagian ulama lainnya menghukuminya makruh atau melarangnya dengan berargumen menjaga kehormatan (muru’ah), oral seks menjijikkan, dan tidak termasuk menjaga kemaluan seperti ciri orang yang beriman: ’alaa furuujihim yuhaafidhuun..

Perbedaan pendapat ini dan semakin banyaknya pertanyaan tentang oral seks membuat para ulama muta’akhirin berijtihad dalam masalah ini lebih detail. Dari ijtihad itulah kemudian didapatkan fatwa seputar hukum oral seks ini.


Fatwa Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin
Dalam buku Sutra Ungu, Abu Umar Basyir mengutip jawaban Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin ketika ditanya tentang oral seks. Beliau menjawab, “Itu perilau kurang bagus, namun hukumnya boleh-boleh saja.”


Fatwa Syaikh Mukhtaar As Sinqithi
Dikutip dari buku yang sama, Syaikh Mukhtaar As Sinqithi menyatakan mubah secara mutlak, karena hukum asal dari segala cara berhubungan seks adalah halal. Tentu catatannya, selama tidak ada dalil yang mengharamkannya.


Fatwa Syaikh As Saami Ash Shuqair
Menurut murid utama Syaikh Shalih bi Utsaimin ini, oral seks hukumnya mubah asal tidak sampai menjilat madzi. Jika sampai menjilat cairan najis itu, maka hukumnya haram. Meski mubah, Syaikh ini memberikan catatan: “hanya saja, kami merasa jijik (dengan oral seks itu)”.


Fatwa Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdirrahman Al Jibrin
Ketika ditanya oral seks, beliau menjawab, “Boleh, namun dimakruhkan. Karena asalnya suami istri boleh bersenang-senang satu dan lainnya, menikmati seluruh badan pasangannya kecuali jika ada dalil yang melarang. Boleh antara suami istri menyentuh kemaluan satu dan lainnya dengan tangannya dan memandangnya. Akan tetapi, mencium kemaluan semacam itu tidak disukai oleh jiwa karena masih ada cara lain yang lebih menyenangkan.”


Fatwa Syaikh Yusuf Al Qardhawi
Dikutip dari buku Bahagianya Merayakan Cinta, Syaikh Yusuf Al Qardhawi berfatwa bahwa oral seks diperbolehkan dengan syarat menghindari madzi agar tidak terjilat atau tertelan, serta memperhatikan kebersihan mulut dan kemaluan karena jika tidak terjaga kebersihannya, terdapat potensi bakteri yang membahayakan kesehatan.


Kesimpulan: Oral seks boleh dilakukan –khususnya untuk foreplay- dengan syarat tidak sampai menjilat madzi atau menelannya, menjaga kebersihan mulut dan kemaluan, dan disepakati oleh suami istri (tidak jijik salah satunya). Wallahu a’lam bish shawab

Syiah Adalah Musuh Islam Dalam Selimut



Imam Ibnu Katsir رحمه الله telah menjelaskan fenomena ini dalam kitabnya ketika menyebutkan biografi salah seorang tokoh Syiah yaitu Ibnu Nu'man :

"Ibnu Nu'man ini adalah seorang tokoh Syiah dan pembela mereka. Ia punya kedudukan di kalangan penguasa-penguasa daerah karena mayoritas penduduk di daerah-daerah tersebut pada masa itu mulai condong kepada tasyayyu' (Syi'ah). Di antara muridnya adalah asy-Syarif ar-Radhi dan al-Murtadha."1

Beberapa sekte, seperti Isma'iliyah, Buwaihiyah, Qaramithah dan lain-lainnya memakai jubah Syiah ini untuk meraih tujuannya. Contoh kasusnya adalah yang terjadi di Afrika utara, salah seorang juru dakwah Syiah yang bernama Husain bin Ahmad bin Muhammad bin Zakariya ash-Shan'ani yang berjuluk Abu 'Abdillah asy-Syi'i masuk ke wilayah Afrika seorang diri tanpa harta dan tanpa satu pun orang yang mendampinginya. Ia terus melakukan kegiatan dakwah di sana hingga ia berhasil menguasainya.2

Abu 'Abdillah asy-Syii'i inilah yang berhasil meyakinkan kaum Muslimin untuk menerima 'Ubaidullah al-Qaddah sebagai imam dakwah sehingga mereka membaiatnya. Lalu 'Ubaidullah ini menggelari dirinya sebagai al-Mahdi dan mendirikan daulah 'Ubaidiyah yang kemudian lebih dipopulerkan dengan sebutan sebagai daulah Fathimiyyah. Padahal pada hakekatnya merupakan daulah yang beraliran bathiniyah.

Di antara kejahatan yang dilakukan oleh 'Ubaidullah ini, suatu kali kudanya masuk ke dalam masjid. Lalu rekan-rekannya ditanya tentang hal itu, mereka menjawab, "Sesungguhnya kencing dan kotoran kuda itu suci, karena ia adalah kuda al-Mahdi (yakni 'Ubaidullah). Pengurus masjid mengingkari hal itu. Maka mereka pun membawanya ke hadapan 'Ubaidullah al-Mahdi, dan akhirnya ia menghabisi pengurus masjid tersebut. Ibnu 'Adzara رحمه الله berkata, "Sesungguhnya di akhir hayatnya 'Ubaidullah ini ditimpa sebuah penyakit yang mengerikan yaitu adanya cacing yang keluar dari duburnya dan kemudian memakan kemaluannya. Begitulah keadaannya hingga kematian merenggutnya."3

Abu Syamah رحمه الله        berkomentar tentang 'Ubaidullah ini dengan berkata, "Ia adalah seorang zindiq (kafir), khablts (sangat buruk), dan merupakan musuh Islam. Menunjukkan diri sebagai Syiah dan berupaya keras untuk menghilangkan agama Islam. Ia banyak membunuh Fuqaha', ahli hadits, orang-orang shalih dan banyak manusia lainnya. Anak keturunannya tumbuh dengan pola pikir seperti itu dan apabila ada kesempatan mereka akan menunjukkan taringnya, jika tidak maka mereka akan menyembunyikan diri."4

Adz-Dzahabi رحمه الله berkata, "Duhai kiranya kalau ia hanya seorang penganut Syiah saja, tetapi ternyata di samping itu ia juga seorang zindiq."5

  1. Al-Bidayah wan Nihayah (XII/17)
  2. Wafayatut Ayan, Ibnu Khalikan (11/192)
  3. Akhbar Muluk Bani Ubaid tulisan ash-Shanhaji hlm. 96
  4. Ar-Raudhataini fi Akhbari Daulatain hlm. 201
  5. Tarikh Islam , adz-Dzahabi

Tugas Para Ulama Bukan Sekadar Ceramah




Tentera musyrik Tartar baru menghancurkan Baghdad , ibu kota Daulah Abbasiyah . Mereka membantai ribuan jiwa , menodai kehormatan para Muslimah , serta membakar jutaan lembaran buku - buku Islam dan sains . Selanjutnya , mereka mengintai negeri Islam lain semacam Syam ( kini Syria dan sekitarnya ) dan Mesir .

Di tengah situasi genting , penguasa Syam dan Mesir bersiap damai . Sebelumnya , mereka berebut pengaruh dan nyaris berperang usai kejatuhan Baghdad sebagai pusat pemerintahan Islam . Maka , umara ( para pegawai ) dan ulama ( para ahli agama ) mesyuarat menyiapkan pertahanan . Selain teknikal tentera , satu soal yang diributkan adalah pembiayaan jihad kerana kas negara nyaris ludes .

Maka , majulah Syekh Izzuddin bin Abdussalam yang digelar Sulthanul Ulama ( pemimpin ulama ) . Dengan lantang beliau berkata , '' Jika dana di Baitul Maal telah habis , persediaan emas dan perak ( untuk mencetak mata wang ) juga begitu , sementara keadaan para pegawai telah seperti rakyat jelata , maka tidak salah menarik cukai . Bagaimanapun , itu untuk melawan musuh , rakyat wajib memberikan harta dan jiwanya . ''

Seketika mantaplah jiwa umara dan ulama . Izzuddin pun menyatukan kembali kerajaan dengan rakyat , ulama dengan kerajaan , dan antara umara dan ulama itu sendiri . Bagaimanapun , penamatan permusuhan antar - Muslim , terutama antarumara dan antarulama , berikut penyatuan sikap hingga bersatu dalam pengorbanan harta adalah modal utama menyelamatkan negara dan umat Islam .

Sebaliknya , perpecahan tadilah yang memudahkan Tartar merampas dan merompak negeri - negeri Islam . Ini terbukti apabila Izzuddin bersama umara dan ulama lain menghadang Tartar di Ain Jaluth tarikh 25 Ramadhan 658 H ( 1260 M ) . Tartar yang awalnya amat hebat , keok . Padahal , dua tahun sebelumnya begitu berleluasa menghancurkan negeri - negeri Islam . Maka , selamatlah negeri - negeri Islam , dan bebas kembalilah Iraq , Uzbekistan , dan lain - lain .

Izzuddin mampu menyatukan kerana ikhlas berdakwah dan berjuangan , termasuk berani mengungkap kekeliruan pemimpin dengan segala risiko . Ketika Ismail bertahta di Syam beberapa tahun sebelumnya , Izzuddin mengkritik kerjasamanya dengan negara - negara Kristian Eropah saat menghadapi Mesir . Akibatnya , beliau ditahan di rumah , dan dilarang mengajar serta menanggapi pelbagai masalah umat dengan Islam , padahal itulah kehidupan hakiki ulama .

Malangnya , tidak banyak ulama sepertinya . Jangankan menyatukan dan menyelamatkan umat , mereka justru seakan sumber perpecahan . Padahal , cubaan tak seberat Izzuddin , bahkan kehidupan mereka mudah Allah .

'' Bukankah telah tiba masanya bagi orang - orang yang beriman , untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun ( kepada mereka ) . '' ( QS 57 : 16 ) .

Keistimewaan Orang Israel


Kelebihan ataupun kesitimewaan Israel di bandingkan dengan Negara2 lain di Dunia ini adalah:
1. Satu-satunya Negara yang boleh Membunuh, Memusnahkan suatu Etnik, bangsa, ataupun Negara tanpa Bisa di Hukum Oleh PBB

2. Satu-satunya Negara di mana ada Tenteranya, maka itu juga Punya israel. Contoh: Jika para Tentera Israel Datang ke Kedah, maka kedah adalah Milik Israel, bukan lagi punya Malaysia, dan Kerajaan Malaysia tidak boleh keberatan, jika Kerajaan Malaysia Bantahan maka akan di Serang oleh Amerika, dan PBB.

3. Menguasai 90% Perekonomian Dunia, para Banker Yahudi, 10 Orang Terkaya di Dunia (Bill Gates, dan lainnya), dan illuminati.

4. Satu-satunya Negara di Dunia yang mempunyai Senjata Nuklear Tapi tidak di Larang oleh Amerika dan PBB. Cuba anda bayangkan jika yang mempunyai senjata nuklear itu negara2 Islam, maka Amerika dan PBB akan Memberikan Hukuman.

5. Bahawa bangsa Yahudi (Israel) diberi kelebihan oleh Allah SWT sehingga mereka memiliki keunggulan dalam bidang kecerdasan dan kekuatan berbanding dengan bangsa-bangsa lain di dunia.Anggapan tersebut berdasarkan pada Al-Qur’an surat Al-Baqarah ayat 47, yang berbunyi:
“Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmatKu yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingat pula) bahwasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat.” (QS 2:47)

6. Merokok adalah barang yang Sangat Haram bagi mereka. Akan tetapi tahukah anda Philip Morris adalah seorang Yahudi, pemilik syarikat rokok yang telah menguasai 70% pasaran rokok di seluruh dunia. Termasuk di Malaysia, HM Sampoerna, Gudang Garam, dan Djarum adalah termasuk milik Philip Morris.

7. Menguasai filem Box office, tahukah anda Makna dan rahsia dari HOLLYWOOD?

8. Anak2 Remaja (13-17 Tahun) dan Dewasa Awal (18-22 Tahun) di Israel Sangat Tidak di Benarkan Berhubungan Sex dengan Lawan Jenis, tetapi Justeru di Benarkan oleh Orang Tua Mereka Berhubungan Sex dengan Sesama Jenis (Homo – Lesby) sebelum Menikah Rasmi dgn Lawan Jenis. Oleh kerana itulah Tidak Hairan jika di Israel Seorang Remaja ataupun lelaki dewasa awal (18-22 tahun) sudah pernah Berhubungan Sex dengan rakannya.

9. Satu-satunya Negara yang Mengusai Hampir di seluruh Sektor Kehidupan Umat Manusia, melalui Persaudaraan Bebas (Freemasonry).

10. Negeri yang mempunyai IQ Penduduknya ataupun Keturunannya Rata2 140 ke Atas, Albert Einstein adalah seorang Yahudi yang mempunyai IQ 165, Bill Gates Keturunan Yahudi yang mempunyai IQ 155

Sumber...http://melayukini.info/keistimewaaan-orang-israel/#sthash.X8egTPJH.dpbs