Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
“Wahai
manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun
ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah
ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai
manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai
suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah
suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya
yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak
menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui
Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan
riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah
terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa
untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai
Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga
mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka
keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian
dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan
berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah
teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah
mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai
kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai
Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,
dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah
Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara
kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang
lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah,
bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung
jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah
agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas
ketiadaaku.
Wahai
Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan
tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan
betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan
tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang
lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang
terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku
sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar AKHIR ZAMAN /
Ar DAKWAH /
Ar KELEBIHAN
dengan judul Isi Khutbah Rasulullah Bahasa Melayu. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2014/05/isi-khutbah-rasulullah-bahasa-melayu.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Isi Khutbah Rasulullah Bahasa Melayu"
Post a Comment