ASSALAMUALAIKUM….
Oleh UstazYahya Al-Amin Al-hafiz ( UstazCambodia )
Selepas kejatuhan Rajim Polpot tahun
1979 Rakyat kemboja hanya tinggal sehalai kain saja, mereka berusaha
untuk meneruskan kehidupan mereka sampai ke hari ini dengan sedaya
upayanya, tapi walaubagaimana pun FAKTA kehidupan umat islam di kemboja
seperti saya terangkan di bawah:
sebahagian besar orang Melayu Kemboja
hidup dalam keadaan miskin dengan purata pendapatan harian antara
RM5-RM10, Mereka bekerja sebagai nelayan petani atau peniaga kecil.
Keadaan yang menghimpit itu telah
mendorong sebahagian di kalangan anak-anak muda Melayu Kemboja berhijrah
ke Malaysia dan beberapa negara lain.
Keadaan semakin menghimpit apabila
barangan keperluan asas seperti minyak petrol, minyak masak, gula, susu
pekat dan ikan amat mahal jika dibandingkan dengan pendapatan yang
mereka perolehi.
Bayangkan harga minyak petrol di Kemboja pada hari ini adalah 5,600 rial (RM5.30) seliter, minyak masak 8,200 rial (RM8) sekilogram, susu pekat kecil 3,400 rial (RM3.10) setin ayam kampung 22,000 (RM20)sekilogram, ayam daging 13,000 (RM11) sekilogram, dan ikan 12,000 rial (RM10) sekilogram.
ITULAH HAKIKATNYA KEHIDUPAN UMAT ISLAM DI KEMBOJA
Tentang Makanan Daging? keadaan mereka di Sana lagi menyedihkan, umat islam di sana sangat kurang daging,
Kebanyakan Mereka Tak Dapat Makan Daging,Kerana Daging Disana Amat Mahal, Sekilo Rm26 Mata Wang Disana Sama Dengan 29ribu Rial, 29 Ribu Rial Itu Bagi Orang Kemboja Nilainya Sangat Tinggi, Kadang-Kadang Sebahgian Mereka Tak Dapat Cari 29ribu Riel Itu Dalam Masa Sebulan,
oleh itu mereka hanya akan dapat makan /
merasai daging itu di musim qurban saja, itu pun jika ada insan-insan
yang bermurah hati untuk berqurban disana. mereka selalu mengharapkan ehsan dari
orang malaysia, bila ada ustaz-ustaz balik dari malaysia mereka akan
bertanya tentang korban, termasuk saya sendiri. sebab orang malaysia di kenal memang
baik hati dan banyak bersedakah, kebanyakan bantuan-bantuan seperti
pembinaan masjid, sekolah dan lain-lain memang datang dari malaysia
termasuklah korban / aqiqah. oleh itu saya sangat berharap bahawa
kita teruskan amalan yang baik ini sampai bila-bila selagimana kita
mampu untuk melakukan nya. saya bagi pehak orang kemboja
mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat malaysia yang telah
melaksanakan ibadah korban ke kemboja, melalui saya / melalui
ustaz-ustaz lain, moga-moga di murahkan rezaki dan di panjangkan umur
oleh allah swt. Bantulah mereka, Mereka Saudara kita, Mereka Sentiasa Mengharapkan Ehsan Dari kita…
Nabi Muhamad SAW Bersabda Maksudnya:
Perumpamaan Orang Mukmin Tentang Kasih
Sayang Sesama Mereka Adalah Ibarat Satu Tubuh, Apabila Salah Satu
Anggota Sakit, Maka akan terasalah Seluruh Tubuhnya. Hadis…
Allah SWT telah berfirman:
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
BERDASARKAN DALIL AYAT INI: OLEH
ITU SAYA SANGAT BERHARAP KITA SEMUA TOLONG WAR-WARKAN, PALING TIDAK PUN
TOLONGLAH SHARE KAN PADA FACEBOOK KITA / PADA KAWAN KITA, DENGAN ITU
KITA SAMA-SAMA AKAN MENDAPAT PAHALA DISISI ALLAH s.w.t..
kami juga mengalu-alukan tuan-puan
datang bersama kami, untuk melihat sendiri kehidupan mereka disana, atau
menyembelih sendiri korban anda, jom kita melancong sambil beribadah !!
tempahan awal-awal diperlukan untuk dapat tiket murah !! BORANG KORBAN KLIK DISINI
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Admin /
Ar INFORMASI /
Ar KELEBIHAN /
Ar KORBAN /
Ar LUAR NEGARA /
Ar MUSUH ISLAM
dengan judul Ibadah Korban Di Kemboja. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2013/08/ibadah-korban-di-kemboja.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Ibadah Korban Di Kemboja"
Post a Comment