
Penyerang
kelab bola sepak Al-Ahly, Ahmed Abdel-Zaher digantung tanpa gaji kerana
menunjukkan simbol empat jari (R4BIA) selepas menjaringkan gol
kemenangan 2-0 ketika menentang kelab Afrika Selatan, Orlando Pirates,
Ahad lalu.
Kelmarin, jurucakap kelab bola sepak Mesir itu
memaklumkan tindakan tersebut dibuat kerana kononnya Abdel-Zaher, 28,
mencampuradukkan politik dengan sukan.
Perbuatan Abdel Zaher
mendapat kritikan daripada Menteri Sukan kudeta, Kelab Al-Ahly dan
Persekutuan Bola Sepak Mesir yang menganggap perbuatan itu sangat
menghinakan.
Abdel Zaher menyatakan, "Saya mengangkat tanda R4BIA,
tetapi tidak memaksudkan sebarang unsur politik kepada mana-mana pihak
atau peminat. Saya melakukannya bagi memperingati mereka yang telah
meninggal, tak kira di Rabaah, mana-mana warganegara ataupun polis"
Menteri
Sukan kudeta Taher Abu Zeid turut menggesa Persekutuan Bola Sepak Mesir
supaya menggantung dan mendenda pemain tersebut sama seperti yang
dikenakan ke atas juara Kung Fu dunia, Mohamed Youssef.
Difahamkan,
laporan dipetik dari Al Arabiya, Youssef dilarang menyertai mana-mana
kejohanan antarabangsa selama dua tahun kerana beliau memakai baju T
tertera lambang R4BIA dan menunjukkan simbol empat jari tersebut selepas
memenangi pingat emas di Rusia pada bulan lalu.
Hasbunallahu wani'mal wakeel.
Sumber : Sinar Harian/Egyptian Streets
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar AKHIR ZAMAN /
Ar INFORMASI /
Ar KEMUSYKILAN /
Ar LUAR NEGARA
dengan judul Digantung kerana Simbol R4BIA. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2013/11/digantung-kerana-simbol-r4bia.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Digantung kerana Simbol R4BIA"
Post a Comment