Peristiwa Israk Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab amat berkait
rapat dengan solat fardu lima waktu yang dikerjakan mukmin. Fardu solat
diterima Nabi SAW secara langsung daripada Allah SWT, sekali gus
membuktikan pentingnya solat dalam kehidupan seorang mukmin.
Ibadah solat anugerah terbesar dihadiahkan Allah SWT kepada Nabi
Muhammad SAW dan umatnya untuk dilaksanakan sepanjang hayat di dunia
ini. Hadiah inilah juga sebab mengapa Allah SWT menjadikan solat sebagai
keutamaan dalam menghisab amal umat Islam pada hari akhirat kelak.
Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada
hari akhirat ialah solat seseorang. Jika solatnya diterima, maka
sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima,
maka kecewa dan rugilah ia. Jika terdapat kekurangan dalam solat
fardunya, Allah berfirman (kepada Malaikat): Periksalah, adakah hamba-Ku
itu mempunyai solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang
dari solat fardunya?” (Hadis hasan riwayat al-Tirmizi)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan dirikanlah solat.
Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar.”
(Surah al-Ankabut, ayat 45)
Pahala bersamaan 50 waktu
Sungguh berbahagia dan beruntung seorang mukmin yang mendirikan solat
seperti diperintahkan Allah SWT, kerana walaupun solat fardu yang pada
asalnya 50 waktu hanya tinggal lima fardu saja, namun tetap mendapat
ganjaran pahala 50 fardu.
Anas bin Malik berkata, “Diwajibkan solat ke atas Rasulullah SAW pada
malam Israk dengan 50 waktu, kemudian ia dikurangkan sehingga menjadi
lima waktu. Setelah itu Rasulullah SAW diseru: Wahai Muhammad,
sesungguhnya percakapan di sisi-Ku tidak berubah. Sesungguhnya bagimu
lima waktu ini sama pahalanya dengan 50 waktu.” (Riwayat al-Nasa’ie dan
Ahmad)
Apabila seorang mukmin sentiasa mengingat Allah SWT melalui solat
yang dilaksanakan dengan baik dan ikhlas, maka pengaruh solat itu akan
membekas di jiwanya. Ia akan merasa dirinya sentiasa dalam pengawasan
Allah SWT di mana saja, begitu juga sewaktu ia solat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan dirikanlah solat.
Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar.”
(Surah al-Ankabut, ayat 45)
Pelbagai masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang berlaku dalam
kalangan masyarakat Islam hari ini berpunca daripada pengabaian solat,
selain tidak menjaga kualiti solat sehingga menghilangkan roh solat itu
sendiri menyebabkan umat Islam masih tetap terjerumus ke lembah maksiat.
Imam Hasan al-Basri berkata, “Rasakanlah kemanisan dalam tiga perkara
(iaitu) ketika melakukan solat, membaca al-Quran dan berzikir. Jika
engkau merasakan kemanisan dalam ibadah itu, maka bergembiralah kerana
hatimu masih hidup dan sihat. Namun, jika engkau tidak merasakan
kemanisan dalam ibadah itu, maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah
tertutup.”
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar DAKWAH /
Ar HIKMAH /
Ar KELEBIHAN
dengan judul Pelihara Solat Cara Memperkukuh Ummah. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2014/06/pelihara-solat-cara-memperkukuh-ummah.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Pelihara Solat Cara Memperkukuh Ummah"
Post a Comment