Showing posts with label Ar TELADAN. Show all posts
Showing posts with label Ar TELADAN. Show all posts

Ajari Anak-anak Dengan Akhlak Islam

Daripada Abu Hafs ‘Amru bin Abi Salamah  ‘Abdullah bin Abdul Asad anak tiri Rasulullah SAW katanya “Aku seorang kanak-kanak didalam peliharaan Rasulullah SAW dan pada waktu makan tanganku menjemput di sana sini di setiap sudut pinggan maka Rasulullah bersabda, “Wahai anak, bacalah بسم الله  (sebutkan nama Allah ketika hendak makan) dan makanlah dengan tangan kananmu dan hendaklah ambil makanan yang hampir dengan kamu. Selepas itu sentiasalah engkau ikut cara makan (yang ditunjuk oleh Rasulullah)”.

Huraian Hadith: 
  1. Rasulullah mengajar umatnya supaya membaca “بسم الله”ketika hendak makan, makan dengan tangan kanan dan mendahului mengambil makanan yang dekat.
  2. Islam menitikberatkan peradaban dalam semua aspek dikalangan umat Islam termasuk adab makan dan sebagainya.
  3. Kita berkewajipan mendidik anak-anak dengan adab-adab dan akhlak Islam dengan memberi tunjuk ajar dan teguran apabila mereka melakukan kesilapan.
  4. Para pendidik hendaklah memberi tunjuk ajar kepada golongan muda dan kanak-kanak apabila ada kesempatan yang sesuai kerana pada keadaan begitu tunjuk ajar adalah lebih berkesan.
  5. Hadis ini juga menunjukkan kepatuhan para sahabat kepada tunjuk ajar Nabi SAW sehingga kanak-kanak dikalangan mereka.

Anak Adalah Perisai Dari Api Neraka


Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.


Huraian Hadith: 

  1. Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit.
  2. Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.
  3. Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka.
  4. Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga dan mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah dan rasulnya.

Mutiara Hikmah Dari Abu Bakar as Siddiq ra


" Patuhilah Aku selama Aku patuh kepada Allah swt dan Rasulullah saw , bila Aku tidak mematuhi Allah swt dan Rasulullah saw , maka jangan patuhi Aku lagi . "

" Tidak ada perbincangan yang baik , jika tidak diarahkan untuk memperoleh redha Allah swt 

" Tidak ada manfaat dari wang jika tidak dibelanjakan di jalan Allah . Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang jika kebodohannya mengalahkan kesabarannya . Dan jika seseorang tertarik dengan pesona dunianya yang rendah , Allah swt tidak akan redha kepadanya selama dia masih menyimpan hal itu dalam hatinya .

" Kita mencari kedermawanan dalam Taqwa ( kesedaran akan Allah ) , kekayaan dalam Yaqin ( kepastian ) , dan kemuliaan dalam kerendahan hati . "" Berhati-hati terhadap kebanggaan , sebab kalian akan kembali ke tanah dan tubuhmu akan dimakan oleh cacing .

" Ketika beliau dipuji oleh orang - orang , beliau akan berdo'a kepada Allah dan berkata , " Ya Allah , Engkau mengenalku lebih baik dari diriku sendiri , dan Aku lebih mengenal diriku daripada orang - orang yang memujiku . Jadikanlah Aku lebih baik daripada yang difikirkan oleh orang - orang ini mengenai diriku , maafkanlah dosa - dosaku yang tidak mereka ketahui , dan janganlah jadikan Aku bertanggung jawab atas apa yang mereka katakan . "" Jika kalian mengharapkan berkah Allah , berbuatlah baik terhadap hamba - hamba - Nya . 


" Suatu hari beliau memanggil ' Umar ra dan menasihati nya sampai ' Umar ra menangis . Abu Bakar ra berkata kepadanya , " Jika engkau memegang nasihatku , engkau akan selamat , dan nasihatku adalah " Harapkan kematian selalu dan hidup sesuai dengannya "" Mahasuci Allah yang tidak memberi hamba - hamba - Nya jalan untuk mendapat pengetahuan mengenai - Nya kecuali dengan jalan ketidak - berdayaan mereka dan tidak ada harapan untuk meraih pencapaian itu 

" Tolonglah Aku , jika Aku benar dan koreksilah Aku jika Aku salah . Orang - orang yang lemah di antara kalian harus menjadi kuat bersamaku sampai atas Kehendak Allah swt , haknya telah disyahkan . Orang - orang yang kuat di antara kalian harus menjadi lemah bersamaku sampai , jika Allah swt menghendaki , Aku akan mengambil apa yang harus dibayarnya "

Kisah Imam Syafei Ditangkap Dan Dirantai

Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.
Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.
“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”

Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”
“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie. 

Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi

Pierre Andre Sudah Masuk Jamaah Tabligh



Ucapan penuh dakwah Pierre Andre ketika menerima Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 minggu lalu menjadi perhatian ramai peminat — dan tertanya tanya.

Menerusi temubual bersama Kosmo! hari ini, Pierre Andre mendedahkan yang beliau memang sudah berhijrah & memilih jemaah tabligh sebagai jalan untuk berdakwah.

“Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh”

“Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari,” ujar beliau yang menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

Menurut Pierre Andre lagi, beliau ketika ini tidak mempunyai projek filem terbaru selain karya sebelum berhijrah dan beliau bercadang untuk menyiapkan sebuah novel dakwah.

Kenapa Saya Suka Pakai Tudung Labuh ?


Inilah Sebabnya Saya Suka Bertudung Labuh
  • Menutup aurat
  • Dapat pahala bila jaga aurat, pahala berganda bila ikhlas
  • Nampak macam panas, tapi bila pakai, nyaman sangat
  • Nampak solehah, kekadang macam ustazah
  • Bantu jaga mata lelaki, lindungi diri daripada lelaki jahat
  • Bonus : Nampak lebih cantik, ayu dan sopan
  • Ikut sunnah
  • Boleh terus buat pakaian solat
  • Didik diri hormat diri sendiri sebelum orang lain hormat kita
  • Menyihatkan badan : Bebas sinar UV dan debu
  • Tingkatkan perasaan malu dalam diri
  • Satu cabang dakwah
  • Ciri-ciri yang boleh dijadikan isteri solehah
  • Petanda awal ke arah menjadi insan yang bertakwa
  • Cuba menjadi seorang yang baik   Sumber
Terbongkar: Hafiz sebenar tegur bacaan ‘Sheikh’

Terbongkar: Hafiz sebenar tegur bacaan ‘Sheikh’



MENIPU...Sheikh terbabit berbual dengan AJK surau.


KUALA LUMPUR: Kemahirannya ‘menjual air liur’ kononnya bergelar hafiz dan mempunyai pendapatan lebih RM100,000 sebulan membuatkan seorang lelaki diberi kuasa dan dijulang dengan penuh hormat oleh kariah masjid dan surau.

Menggelarkan dirinya ‘Sheikh’, lelaki yang mengaku berusia 31 tahun dari Terengganu itu dilantik menjadi pengerusi masjid dan surau, malah mengislamkan seorang lelaki dan wanita dengan disaksikan jawatankuasa surau yang terpedaya dengan temberang kehebatannya.


Dia juga diberi kepercayaan sebagai imam dan mengajar tadarus al-Quran.


Namun, tembelangnya pecah apabila seorang hafiz sebenar menjadi makmumnya ketika solat dan menyedari kesalahan ayat dibaca lelaki terbabit, lalu menegurnya.


Bertitik tolak daripada itu, jawatankuasa surau satu kawasan perumahan di Kepong mula melakukan siasatan dan akhirnya mendapati Sheikh itu menipu mereka dan sejak itu dia tidak lagi kelihatan di situ. sumber:http://www.hmetro.com.my
Bomoh Gila Seks Kena Cekup

Bomoh Gila Seks Kena Cekup

Bomoh Nikah Batin Ditangkap 
SEREMBAN – Bernikah secara batin dan perlu melakukan hubungan seks selama 100 hari. Itulah syarat ditetapkan seorang bomoh terhadap pesakit wanitanya bagi mengubat penyakit dihadapi.
Bomoh berusia 48 tahun mengenakan caj RM200 terhadap pesakit dan dipercayai melakukan pukau sebelum menjalankan upacara pernikahan.

Dengan memegang sebuah kitab suci al-Quran, bomoh berkenaan akan memegang tangan pesakit dan mengucap akad ‘Aku nikahkan dikau dengan aku berserta fidyah’.

Bagaimanapun, tindakan bomoh warga tempatan itu terbongkar apabila dicekup Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di rumah pesakitnya di Kampung LB Johnson, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, bomoh terbabit ditahan sebaik saja selesai bernikah batin dengan seorang wanita berusia 24 tahun yang mengalami masalah kesihatan.

Serbuan diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah bersama 15 anggotanya hasil risikan dan maklumat orang awam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa berkata, ketika serbuan, bomoh bersama pasangannya itu berada dalam bilik hanya memakai pakaian dalam dipercayai mahu melakukan hubungan seks, selepas upacara nikah batin selesai.
“Upacara nikah batin dilakukan bomoh berkenaan tanpa saksi. Dia hanya menggunakan kitab suci al-Quran dan diikuti bacaan mantera.

“Pesakit dikenakan bayaran untuk setiap upacara nikah batin. Selain membaca akad dan mantera, pesakit perlu melakukan hubungan seks bersama bomoh itu selama 100 hari sebagai syarat untuk menyembuhkan penyakit,” katanya.

Menurutnya, bomoh berkenaan sudah mempunyai isteri dipercayai datang dari Kuala Lumpur dan berasal dari negara jiran, namun mendapat kerakyatan di negara ini.

“Dia datang ke rumah wanita yang tinggal bersendirian itu kononnya mahu mengubati penyakitnya,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, semalam.
Ahmad Husaini berkata, bomoh yang tidak mempunyai pekerjaan itu dipercayai sudah lama bergiat aktif dalam kegiatan tidak bermoral itu.

“Dia cuba mengaburi mangsa dengan mendakwa mampu menyembuh penyakit dan dipercayai menggunakan ilmu pukau supaya mangsa berada dalam keadaan tidak sedar ketika upacara itu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, bomoh tersebut kini ditahan dan akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini.

“Dia akan didakwa mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mencela agama Islam, Seksyen 50 enakmen yang sama kerana menggunakan ayat al-Quran secara salah dan Seksyen 77 kerana memikat dan melarikan gadis untuk tujuan seks,” katanya.

Menurutnya, JHEAINS percaya terdapat beberapa individu lain yang terlibat dan sedang mengenal pasti mangsa yang pernah dinikahinya sebelum ini, termasuk di negeri-negeri lain. – SinarHarian

Manusia Yang Lebih Jahat Dari Syaitan

Manusia Yang Lebih Jahat Dari Syaitan


f4lmL Inilah Gambar Gadis Campak Bayi Dari tingkat 3 flat
PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, wanita berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat itu.
Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang tinggal bersama keluarganya.

“Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin dan keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya.
“Kita percaya bayi itu masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala,” katanya.
nWOSD Inilah Gambar Gadis Campak Bayi Dari tingkat 3 flat
Beliau berkata, bayi yang masih bertali pusat itu dicampak dari tingkat tiga melalui bahagian dapur rumah suspek.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi kelmarin, seorang penduduk terkejut apabila menemui mayat seorang bayi perempuan ketika sedang membaiki motosikal di kawasan tempat letak kereta pangsapuri terbabit.

Penduduk terbabit menyedari ada bunyi benda jatuh namun tidak menyangka ‘benda’ itu adalah bayi yang dicampak dari bangunan tempat tinggalnya.

Mayat bayi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan menjurus pelbagai aspek termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian.
PFvmc Inilah Gambar Gadis Campak Bayi Dari tingkat 3 flat
zDFwT Inilah Gambar Gadis Campak Bayi Dari tingkat 3 flat
Artikel Sebelum Ini : Gadis Sanggup campak bayi dari tingkat 3 flat

Empat Syarat Utama Jadi Seorang Pemimpin


Para ulama terdahulu membahaskan syarat-syarat yang wajib dipenuhi oleh seseorang yang hendak diangkat menjadi khalifah. Imam Al-Baghdadi meletakkan empat syarat, al-Mawardi tujuh, Ibn Hazm lapan, al-Ghazali sepuluh dan seterusnya. Perbezaan ini disebabkan beberapa perkara; ada ulama yang mendetailkannya, ada yang meringkaskannya lalu dimasukkan dua syarat atau lebih ke dalam satu syarat. Juga ada syarat yang mereka sepakati dan berbeza. Syarat yang mereka sepakati ialah Islam, baligh, berakal, merdeka, dan lelaki.

Di akhirat kelak, seorang pemimpin akan diminta pertanggungjawap dihadapan allah SWT, Dan ia akan ditanya tentang segala hal yang telah dipimpinnya semasa hidup didunia.

Dalam dunia / negara berpolitik pada hari ini, Tentu saja kita faham bahawa yang dimaksudkan dengan pemimpin / Khalifah itu adalah: Seorang perseden / perdana menteri sebagainya.

Diantara semua pendapat ulama saya lebih suka mengambil pendapat ibnu khaldun untuk menjadi pegangan.

Menurut ibnu khaldun: Seorang pemimpin itu harus memiliki 4 sayarat:
1- seorang pemimpin harus berilmu atau memiliki kapasitas intelektual yang memadai. Sebab, seorang pemimpin dibebankan menegakkan hukum Allah. Selain itu, pemimpin harus mampu berijtihad, atau mampu mengambil keputusan tepat di saat kritis. Jika seorang pemimpn hanya bisa bertaklid (mengekor) tanpa sikap kritis, maka itu sesuatu kekurangan.

2-  calon pemimpin harus mampu berlaku adil. Sifat adil ini wajib dimiliki seorang pemimpin. Sebab dalam kekuasaan ada hak kelompok yang dipimpin. Menurut Ibnu Khaldun, sifat adil seorang pemimpin berguna untuk menghindari perpecahan antarsesama.

3-  calon pemimpin harus cakap dalam berbagai bidang (alkifayah). Pengertian kifayah adalah mampu menegakkan hukum, memimpin peperangan, bertanggung jawab kepada bawahan, mengenal kelompok-kelompok ashabiyah. Mengenal pula orang-orang cerdas dan potensial dalam wilayah yang bisa dimintakan bantuannya. Kemampuan-kemampuan tersebut, bisa menciptakan kemaslahatan masyarakat.

4-  calon pemimpin sebaiknya tidak cacat panca indera dan anggota tubuh. Kelengkapan dan kesempurnaaan alat indera dan anggoa tubuh sangat penting bagi calon pemimpin, karena hal itu akan mempengaruhi keoptimalan hasil kerjanya. Namun yang lebih penting adalah kita harus menyadari bahwa segala sesuatu yang kita inginkan, termasuk menjadi seorang pemimpin dan memilih pemimpin, harus bisa dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Kini, sama-sama kita catat janji-janji calon pemimpin yang saat ini tengah merebut simpati rakyat.
Akhir kata: Mencari pemimpin dalam negara seperti Malaysia, hendaklah tidak hanya melihat kepada nas-nas agama, tetapi juga kepada realiti yang sedang dihadapi oleh rakyat negara ini dan juga suasana politik di peringkat antarabangsa. Nas-nas agama berkaitan muamalat dan siyasah sebahagiannya mempunyai konteks yang tersendiri. Perubahan suasana hendaklah diambil kira oleh seseorang yang ingin menegakkan siyasah syari’iyyah.

Kes Dr.maza Naik Angin Dengan Abby Abadi

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan penyanyi dan pelakon, Abby Abadi mengkritiknya berhubung soal agama dalam twitter sebagai kebudak-budakan, selain tidak memahami secara mendalam maksud komennya menerusi laman sosial itu.

Dr Mohd Asri yang juga pensyarah Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia (USM), ahli Majlis Agama Islam Perlis dan Fellow OCIS di Universiti Oxford berkata, menuntut ilmu agama penting sebelum memberi pandangan kepada orang lain.

“Apabila seseorang itu tidak belajar banyak mengenai agama, dia tidak dapat membezakan orang yang mempertikai hukum Tuhan dengan pendapat manusia. Abby menganggap pendapat manusia itu adalah mempertikai hukum Tuhan.

“Apakah seseorang yang ingin menjadi ilmuwan dan ulama hanya mengambil masa sehari untuk belajar agama. Justeru, mereka yang berhijrah seperti artis dialu-alukan tetapi jangan lupa, ilmu agama bukan hanya pada semangat tetapi mendalaminya,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad semalam.

Pada 29 Ogos lalu, Abby memberi komen terhadap kenyataan Dr Asri yang menulis: “Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi dipenjara kerana berbeza agama?”

Abby kemudian mencelah, “Maafkan saya Dr, Hudud hukum Allah. Dr belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan? Tanggungjawab kita berat di dunia tapi manis di sana.”

Komen Abby kemudian dijawab Dr Mohd Asri yang mengatakan: “Seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak bererti dia benar-benar faham Islam. Teliti sebelum komen.”

Sementara itu, Abby ketika dihubungi Metro Ahad semalam berkata, komennya dalam laman sosial itu adalah pandangan peribadinya yang tidak berniat menghentam atau memaki penceramah itu.

“Tidak payah cakap soal hudud tapi dalam Islam, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang atau dipersoalkan. Saya akui tidak pandai agama, tetapi saya faham maksud dalam twitter dia.

“Sepatutnya, kena dengar suara jemaah apa yang perlu dibuat tanpa mempersoalkan hukum Tuhan. Saya faham komennya secara asas dan terdetik mengapa dia berpelajaran tinggi tetapi mempersoalkannya.

“Saya hormat dia kerana belajar tinggi dalam bidang agama tetapi saya tetap dengan pendirian saya, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dipersoal,” katanya.

Menurut Abby, ada segelintir pihak menyebelahinya kerana mereka faham, namun dia tetap menghormati setiap pandangan orang lain.

Katanya, dia mahu berbaik dengan ramai pihak, termasuk individu bergelar ustaz. Selepas berhijrah dengan imej bertudung sejak pulang umrah pertengahan Mac lalu, dia mengakui menerima banyak jemputan menghadiri majlis keagamaan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Memang tak menang tangan dan saya pun tidak sangka atas jemputan diterima. Apapun, saya tahu kemampuan sendiri walaupun ada yang mengharapkan sesuatu yang lebih daripada saya.

“Sebagai sahabat, saya bukan mahu mengajar tetapi berkongsi pengalaman dan pandangan. Saya akui memang dilahirkan Islam tetapi apabila tidak faham dan mengikut perintah Tuhan, orang panggil jahil,” katanya. ~hmetro


 Ulasan Admin:

Saya Sokong Dengan Pendapat Dr,Maza. Memang Dalam Islam Memberi Nasihat / Berdakwah Itu Jangan Tunggu Kita Sempurna Baru Nak Berdakwah, Tetapi Islam Menggalakan Kita Berdakwah Walaupun Kita Belum Betul / Baru Berubah. Sabda Nabi Dalam Satu Hadis: Hendaklah Kamu Melarang Orang Dari Meminum Arak Walaupun Kamu Masih Juga Minum Arak,

Tetapi: Dalam Ilmu Islam Itu Sangat Banyak Cabang-Cabang Dan Liku-Likunya, Hanya mereka yang Ahli saja akan Faham Sesutau itu Dengan Benar.Oleh itu Jangan Cepat Memberi Hukum Keatas Sesuatu Yang Kita Belum Pasti, Jangan Cepat Mengatakan Sesuatu Kalau Kita Belum Faham, Ambillah kisah Imam Syafei Sebagai Contoh Dan Teladan:

Pada Suatu Hari Imam Syafei Sedang Naik Seekor Kuda, Tiba-Tiba Ada Seorang Bertanya, Wahai Abdullah Berapakah Kaki Kuda Kamu?? Maka Imam Syafei Tidak Terus Menjawap Soalan Itu, Imam Syafei Turun Dari Kuda Dan Bilang Kaki Kuda Dulu Baru Dia Jawap Kaki Kudaku Ini 4, Lelaki Itu Bertanya Dengan Nada Hairan ! Wahai Imam Syafei Kenapa Kamu Tidak Jawap Saja Diatas Kuda Tadi Sebelum Kamu Turun? Kan Semua Kuda Hanya Berkaki 4 Saja?

Imam Syafei Jawap: Memang Kuda Hanya Berkaki 4, Tapi Saya Kena Pastikan Dulu Sebelum Saya Memberi Jawapan. Kalau Saya Jawap 4, Tapi Bila Saya Turun Bilang Allah Hilangkan Satu Tinggal 3 Maka Saya Tidak Amanah.

Nasihat Saya:

Dalam Hal Agama Biarlah Ahlinya Yang Selasaikan, Tugas Kita Hanyalah Berdakwah

Ustaz Fathul Bari 'BELASAH' Abby isu aurat lelaki...

Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU) meminta pihak-pihak yang mendakwa bahawa lelaki memakai seluar pendek atas kepala lutut lebih tiga kali tidak boleh menjadi wali supaya mengemukakan dalil dan nas bagi menyokong hukum itu.

Pengerusinya, Ustaz Fathul Bari yang dihubungi Mynewshub.my berkata, bukti dari sumber yang kukuh diperlukan agar kenyataan tidak boleh menjadi wali itu tidak mengelirukan fikiran masyarakat Islam.

Seterusnya kata beliau, ia bagi mengelakkan dari timbulnya persepsi masyarakat yang mudah menjatuhkan hukum sesat kepada individu-individu tertentu.

“Wali sebenarnya bukan dilantik oleh manusia tetapi ia pilihan Allah S.W.T. Ciri-ciri wali ada disebut dalam Al-Quran iaitu mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.

“Kesimpulannya, tunjukkan dalil dan nas Al-Quran yang menyatakan kenyataan itu (lelaki berseluar pendek) tidak boleh menjadi wali,” kata Ustaz Fathul di sini hari ini.

Kata Ustaz Fathul, seseorang lelaki yang memakai seluar pendek itu sememangnya mendapat dosa kerana mendedahkan sebahagian anggota badan. Namun, beliau menegaskan, setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa termasuklah alim ulamak dan juga wali. “

Setiap anak Adam itu tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Kalau melakukan dosa kecil sebanyak tiga kali, jadi tak layaklah menjadi wali? Macam mana kalau dia bertaubat?

Jadi, keadaan itu semua adalah penentuan oleh Allah S.W.T mengenai siapa yang yang dekat di sisi Allah S.W.T. “Kesimpulannya, seseorang lelaki itu boleh jadi wali selama mana tidak melakukan dosa yang besar, tidak terkeluar dari Islam dan tidak ada kekhilafan,” katanya.

Justeru itu, Ustaz Fathul juga menasihati orang ramai untuk melakukan kajian dan berhati-hati ketika berbicara mengenai dosa atau pun memberikan hujah mengenai ilmu Islam. “Minta berhati-hati dalam mengulas isu ini. Kita boleh dapatkan pendapat dari golongan ilmuan dan ulamak yang arif supaya tidak tersalah cakap,” tambahnya 

Ulasan admin: 
Apa Yang Abby Abadi Kata Itu Ada Yang Benar, Saya Sendiri Pun Pernah Jumpa Hukum Itu Dalam Kitab Melayu Lama.

Dan Dalam Kitab Arab Pun Ada Juga Hukum Itu, Cuma Ia Tidaklah Muktamad ( Sepakat Para Ulama ) Berpegang Dengan Fahaman Itu Tidak Salah Kerana Ada Sebahgian Ulama Yang Menghukum Begitu. 

Dan Kalau Nak Ditelitikan Balik Mengikut Syariat Islam Kita,  Tutup Aurat Satu Perkara Yang Besar, 

Satu Hadis Yang Nabi Pernah Bersabda: Sesiapa Yang Meliahat Aurat Seseorang Maka Allah Tidak Menerima Doa Orang Itu Selama 40 Hari, 

Mana Mungkin Dalam Hal Ini Ustaz Fathul Baari Kata Perkara Kecil?? 

Saya Tidak Menyokong Abby Abadi, Cuma Ingin Sampaikan Sedikit Pendapat, 

Ustaz Fathul Baari Kata Kalau Dia Bertaubat: Apabila Masuk Perkataan “Kalau” Maka Ia Dah Masuk Cerita Lain, Bukan Masalah Tutup Aurat Saja Malah Masalah Apa Pun Kalau Dah Bertaubat Maka Selesailah Masalah Itu, 

Tiap-Tiap Hukuman Yang Ulama Tetapkan Itu Sebelum Bertaubat, Bukan Selepas Bertaubat, Takkan Ustaz Fathul Baari Tak Tahu??