Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU) meminta pihak-pihak yang mendakwa bahawa lelaki memakai seluar pendek atas kepala lutut lebih tiga kali tidak boleh menjadi wali supaya mengemukakan dalil dan nas bagi menyokong hukum itu.
Pengerusinya, Ustaz Fathul Bari yang dihubungi Mynewshub.my berkata, bukti dari sumber yang kukuh diperlukan agar kenyataan tidak boleh menjadi wali itu tidak mengelirukan fikiran masyarakat Islam.
Seterusnya kata beliau, ia bagi mengelakkan dari timbulnya persepsi masyarakat yang mudah menjatuhkan hukum sesat kepada individu-individu tertentu.
“Wali sebenarnya bukan dilantik oleh manusia tetapi ia pilihan Allah S.W.T. Ciri-ciri wali ada disebut dalam Al-Quran iaitu mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.
“Kesimpulannya, tunjukkan dalil dan nas Al-Quran yang menyatakan kenyataan itu (lelaki berseluar pendek) tidak boleh menjadi wali,” kata Ustaz Fathul di sini hari ini.
Kata Ustaz Fathul, seseorang lelaki yang memakai seluar pendek itu sememangnya mendapat dosa kerana mendedahkan sebahagian anggota badan. Namun, beliau menegaskan, setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa termasuklah alim ulamak dan juga wali. “
Setiap anak Adam itu tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Kalau melakukan dosa kecil sebanyak tiga kali, jadi tak layaklah menjadi wali? Macam mana kalau dia bertaubat?
Jadi, keadaan itu semua adalah penentuan oleh Allah S.W.T mengenai siapa yang yang dekat di sisi Allah S.W.T. “Kesimpulannya, seseorang lelaki itu boleh jadi wali selama mana tidak melakukan dosa yang besar, tidak terkeluar dari Islam dan tidak ada kekhilafan,” katanya.
Justeru itu, Ustaz Fathul juga menasihati orang ramai untuk melakukan kajian dan berhati-hati ketika berbicara mengenai dosa atau pun memberikan hujah mengenai ilmu Islam. “Minta berhati-hati dalam mengulas isu ini. Kita boleh dapatkan pendapat dari golongan ilmuan dan ulamak yang arif supaya tidak tersalah cakap,” tambahnya
Ulasan admin:
Apa Yang Abby Abadi Kata Itu Ada Yang Benar, Saya Sendiri Pun Pernah Jumpa Hukum Itu Dalam Kitab Melayu Lama.Dan Dalam Kitab Arab Pun Ada Juga Hukum Itu, Cuma Ia Tidaklah Muktamad ( Sepakat Para Ulama ) Berpegang Dengan Fahaman Itu Tidak Salah Kerana Ada Sebahgian Ulama Yang Menghukum Begitu.Dan Kalau Nak Ditelitikan Balik Mengikut Syariat Islam Kita, Tutup Aurat Satu Perkara Yang Besar,Satu Hadis Yang Nabi Pernah Bersabda: Sesiapa Yang Meliahat Aurat Seseorang Maka Allah Tidak Menerima Doa Orang Itu Selama 40 Hari,Mana Mungkin Dalam Hal Ini Ustaz Fathul Baari Kata Perkara Kecil??Saya Tidak Menyokong Abby Abadi, Cuma Ingin Sampaikan Sedikit Pendapat,Ustaz Fathul Baari Kata Kalau Dia Bertaubat: Apabila Masuk Perkataan “Kalau” Maka Ia Dah Masuk Cerita Lain, Bukan Masalah Tutup Aurat Saja Malah Masalah Apa Pun Kalau Dah Bertaubat Maka Selesailah Masalah Itu,Tiap-Tiap Hukuman Yang Ulama Tetapkan Itu Sebelum Bertaubat, Bukan Selepas Bertaubat, Takkan Ustaz Fathul Baari Tak Tahu??
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar AKHIR ZAMAN /
Ar BERITA /
Ar HIKMAH /
Ar KELUARGA /
Ar PELIK /
Ar TAHUKAH /
Ar TAK BAIK /
Ar TELADAN /
Ar WANITA
dengan judul Ustaz Fathul Bari 'BELASAH' Abby isu aurat lelaki... . Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/09/ustaz-fathul-bari-belasah-abby-isu.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Ustaz Fathul Bari 'BELASAH' Abby isu aurat lelaki... "
Post a Comment