ALOR GAJAH: Tindakan seorang lelaki terjun ke sungai dipercayai bagi mengelak disengat tebuan ketika menjaring ikan berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui lemas di sebuah lubuk sungai di Kampung Sungai Petai, Rembia, di sini, kelmarin.
Mangsa, K Mogan, 33, yang masih bujang dikatakan keluar dari rumah sepupunya sejak jam 7.30 pagi, namun disedari masih tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya membuat laporan polis.
Berikutan itu, sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Alor Gajah dengan kerjasama polis melancarkan operasi mencari bermula jam 3.30 petang, sebelum mayatnya ditemui pada jam 8.15 malam kelmarin.
Kehilangan mangsa disedari seorang ahli keluarganya, R Bhuavanie, 36, yang mendapati Mogan belum pulang daripada menjaring ikan di lubuk sungai itu pada kira-kira jam 2 petang.
“Sebelum kejadian, dia memberitahu terpaksa keluar awal kerana mahu menjaring ikan, manakala saya keluar membawa bapa ke Hospital Alor Gajah.
“Setibanya di rumah, saya pelik apabila mendapati dia masih tidak pulang sedangkan kebiasaannya dia akan bersama kami pada waktu tengah hari,” katanya di sini, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid dan Ketua Turus Trafik dan Ketenteraman Awam daerah, Inspektor Mohd Zuki Abd Ghani turut meninjau lokasi kejadian.
Menurut Bhuavanie, dia memaklumkan kehilangan mangsa kepada adik iparnya yang bertindak mencari mangsa di sekitar ladang sawit berhampiran sungai.
“Saya yang turut mencarinya terkejut apabila melihat baju dipakainya terdampar atas tebing termasuk selipar dan dompetnya “Kami seterusnya memanggil namanya berkali-kali, namun tiada jawapan dan saya mengesyaki dia diserang tebuan tualang kerana terdapat sarang tebuan berhampiran tempatnya menjaring ikan,” katanya yang terkilan dengan kehilangan mangsa yang rajin menjaring ikan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.
Sementara itu, Pegawai Muda Pertahanan Awam Alor Gajah, Zainal a/l Awing berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat awam pada jam 3.30 petang.
“Kami menghadapi sedikit kesukaran dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa kerana keadaan air deras serta berpusar sebelum terpaksa dihentikan pada jam 6.30 petang.
“Bagaimanapun, usaha mengesan mangsa kembali diteruskan dan menemui mayat mangsa terapung tidak jauh dari tempat dia meninggalkan jaring serta pakaiannya di tebing sungai,” katanya.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin yang mengesahkan kejadian berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber : Hmetro
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar BERITA /
Ar KELUARGA
dengan judul Seorang lelaki Mati lemas dikejar tebuan.... Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/06/seorang-lelaki-mati-lemas-dikejar.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Seorang lelaki Mati lemas dikejar tebuan..."
Post a Comment