Keadaan rumah Muhdalina yang tidak berpenghuni ketika tinjauan Sinar Harian semalam.
KUALA LUMPUR - Ahli keluarga lelaki yang mengamuk di Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) kelmarin, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, enggan ditemubual dan meminta polis untuk menjauhkan wartawan daripada mereka.
Perkara itu dimaklumkan pegawai Hospital Kuala Lumpur (HKL) kepada wartawan kira-kira jam 3.30 petang semalam.
Difahamkan, mayat Khalil tiba di HKL kira-kira jam 10 pagi untuk proses bedah siasat.
“Ahli keluarga mangsa enggan memberi kerjasama dan tidak mahu mengulas berkaitan insiden yang berlaku di Jabatan Perdana Menteri, kelmarin. Mereka juga minta pihak polis untuk mengawal keadaan dan menjauhkan wartawan daripada mereka,” katanya.
Menurutnya, jenazah akan diuruskan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebelum diserahkan kepada keluarga.
Tinjauan Sinar Harian di Unit Perubatan Forensik Negara, HKL semalam mendapati, beberapa anggota polis mengawal pintu masuk unit itu daripada dimasuki wartawan.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di rumah keluarga suspek wanita amuk, Muhdalina Ahmad, 28, di Kota Damansara mendapati kediaman itu tidak berpenghuni.
Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, dia tidak begitu mengenali Muhdalina kerana wanita itu tidak tinggal di situ.
Katanya, dia difahamkan, Muhdalina tinggal dan bekerja di Klang serta hanya sekali-sekala pulang ke rumah keluarganya.
“Saya sangat terkejut mendengar berita yang melibatkan Muhdalina dengan kejadian itu. Saya harap keluarganya bersabar,” katanya.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar AKHLAK /
Ar BERITA /
Ar MISTERI /
Ar PELIK
dengan judul Keluarga AMUK jauhi wartawan. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/07/keluarga-amuk-jauhi-wartawan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Keluarga AMUK jauhi wartawan"
Post a Comment