Kebakaran Kelab Malam Di Phuket 4 Pelancong asing Mati

alt
 
BANGKOK 17 Ogos - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala berbelas lagi cedera apabila sebuah kelab malam di Phuket terbakar, awal pagi tadi.
 
“Empat disahkan meninggal dunia. Kami percaya mangsa adalah pelancong asing tetapi ia tidak disahkan lagi,” kata Timbalan Gabenor Phuket, Chamroen Tipayapongtada.
 
Chamroen berkata, kebakaran itu berpunca daripada kilat yang menyambar litar sehingga menyebabkan seluruh kawasan berkenaan terbakar.
 
Dalam pada itu, pegawai wilayah berkenaan berkata, seramai 12 mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut. - AFP
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar BERITA / Ar DERHAKA dengan judul Kebakaran Kelab Malam Di Phuket 4 Pelancong asing Mati. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/08/kebakaran-kelab-malam-di-phuket-4.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Kebakaran Kelab Malam Di Phuket 4 Pelancong asing Mati"