Isteri Mengandung Tolak Suami Dari Tingkat 17

 
TULSA, Oklahoma - Seorang wanita yang sarat mengandung dan baru berkahwin di Amerika Syarikat (AS) membunuh suaminya dengan menolaknya keluar dari tingkap tingkat ke-17 bangunan menara Universiti Club.

Mangsa, Joshua Hilberling, 23, ialah seorang anggota tentera udara AS.

Lelaki tersebut dipercayai sedang mengemas barang-barangnya sebelum memberitahu isterinya, Amber Hilberling bahawa dia mahu meninggalkannya selepas kurang setahun mereka berkahwin.

Berang mendengar pengakuan suaminya, Amber, 19, menerpa ke arah lelaki itu dan menolaknya keluar dari menara Unievrsiti Club itu yang menempatkan kediaman mereka .

Mangsa meninggal dunia selepas terjatuh di atas sebuah garaj pada ketinggian 115 meter.

Amber ditangkap tidak lama kemudian dan dia dilaporkan mengaku kepada beberapa saksi di tempat kejadian bahawa dia menolak suaminya keluar dari tingkap bangunan itu.

Polis pada asalnya menahan Amber kerana disyaki membunuh tanpa niat tetapi dakwaan itu diubah kepada membunuh dengan niat selepas siasatan lanjut dilakukan.

Wanita tersebut yang sedang mengandung tujuh bulan dibebaskan dengan bon jaminan berjumlah AS$250,000 (RM755,375) sementara menunggu perbicaraan. - Agensi
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar BERITA / Ar JENAYAH dengan judul Isteri Mengandung Tolak Suami Dari Tingkat 17 . Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/09/isteri-mengandung-tolak-suami-dari.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Isteri Mengandung Tolak Suami Dari Tingkat 17 "