SEOUL – Korea Selatan menggubal satu undang-undang baru bertujuan menyekat pengiklanan alkohol susulan kebimbangan yang memuncak akibat pesta minuman keras dan penggunaan alkohol yang menyumbang kepada aktiviti jenayah, kata pegawai kerajaan, hari ini.
Menurut Kementerian Kesihatan dan Kebajikan negara itu, draf perundangan turut melarang program TV yang mensasarkan remaja daripada menjalankan sebarang iklan alkohol. Ia juga bertujuan bagi mengharamkan pengiklanan alkohol pada sistem pengangkutan awam termasuk bas, tren bawah tanah, teksi, kereta api, kapal terbang dan feri.
Timbalan Pengarahnya, Park Chang-Kyu, berkata undang-undang itu menjadi penanda aras kepada Korea Selatan bertujuan bagi menimbulkan kesedaran awam tentang bahaya arak dan sikap rakyat yang sering mengadakan pesta minuman keras.
“Kebanyakan jenayah yang berlaku di Korea Selatan ketika ini adalah dikaitkan dengan minuman keras. Terdapat juga kata sepakat seluruh negara mengenai keperluan untuk mengubah sikap sabar rakyat terhadap penggunaan alkohol.
“Undang-undang baru itu bakal diluluskan Parlimen menjelang akhir tahun ini,” katanya.
Undang-undang berkenaan juga mengenakan denda berat sehingga 5 juta won (AS$ 4,420) terhadap pesalah yang menjual alkohol di sekolah. Ia turut membenarkan kerajaan tempatan untuk mengharamkan meminum alkohol di tempat awam seperti taman dan pantai. – AFP
Admin: ada sebahgian negara islam hari ini tidak sama dengan Korea Utara
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar AKHIR ZAMAN /
Ar BERITA /
Ar TELADAN
dengan judul Korea Utara Gubal Undang-undang Sekat Iklan Alkohol. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/09/korea-utara-gubal-undang-undang-sekat.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Korea Utara Gubal Undang-undang Sekat Iklan Alkohol"
Post a Comment