![]() |
| Kepulan asap dilihat di stesen televisyen Al-Aqsa selepas dibedil Israel. - Foto AP |
Gaza: Angka korban penduduk Gaza meningkat kepada 64 semalam selepas
serangan Israel pada hari ke-5 menyebabkan enam warga Palestin maut,
empat daripadanya kanak-kanak. Ketika usaha mewujudkan gencatan senjata
berjalan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, membayangkan
tenteranya mungkin memasuki Gaza atas alasan mahu menghentikan serangan
roket pejuang ke negara Yahudi itu. Tiga mangsa termuda ialah Tamer Abu
Sefan, 3, adiknya, Jumana yang berusia 18 bulan dan Iyyad Abu Khusa,
1. Serangan peluru berpandu terhadap kem pelarian Shati pula membunuh
Tasneem al-Nahal, 13, dan seorang lagi anggota keluarganya. Ketika
diplomat kanan Perancis, Laurent Fabius tiba untuk mengadakan gencatan
senjata, Israel meneruskan serangan.
Pesawat tempur Israel membedil dua stesen televisyen, al-Aqsa dan
al-Quds menyebabkan sekurang-kurangnya lapan wartawan cedera, seorang
daripadanya kehilangan sebelah kaki. Pejuang Palestin sehingga ini
melancarkan 33 roket sejak tengah hari semalam, lima daripadanya
dipintas sistem pertahanan Israel. Sehubungan itu, Netanyahu sebelum
menemui Fabius berkata: Kami hukum Hamas dan pertubuhan pengganas lain
yang memberi ancaman. Tentera sedia memperluas operasi. Sehingga ini,
tentera menyerang lebih 1,000 sasaran pengganas di Gaza dan meneruskan
usaha itu. Setiausaha Luar Britain, William Hague pula mendesak Israel
supaya tidak meningkatkan lagi konflik dengan menghantar tentera masuk
ke Gaza. Perdana Menteri (David Cameron) dan saya menekankan bahawa
sebarang langkah masuk ke Gaza akan menyebabkan Israel kehilangan
sokongan dan simpati antarabangsa, kata Hague kepada Sky News.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar MUSUH ISLAM /
Ar TAK BAIK
dengan judul Hari Kelima Serangan Israel Laknatullah. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2012/11/hari-kelima-serangan-israel-laknatullah.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -

Belum ada komentar untuk "Hari Kelima Serangan Israel Laknatullah"
Post a Comment