MANILA 5 Mac - Dua kapal Pengawal Pantai Filipina diletakkan dalam
keadaan bersiap sedia di Zamboanga City atas kemungkinan dihantar ke
perairan sempadan Malaysia-Filipina bagi memberi bantuan kemanusiaan
kepada rakyat negara ini yang terjejas akibat ketegangan insiden
pencerobohan ke atas Sabah.
Jurucakap Pengawal Pantai, Leftenan Komander Armand Balilo berkata,
kapal mencari dan menyelamat PCG BRP Edsa (SARV 002) dan BRP Davao del
Norte (SARV 3504) kini ‘sedang menunggu arahan daripada Jabatan Hal
Ehwal Luar untuk ditempatkan di sempada antara kedua-dua negara jiran
ini’.
"Ekoran misi itu adalah untuk tujuan kemanusiaan, kami berharap kerajaan
Malaysia akan membenarkan kapal-kapal tersebut membawa pulang rakyat
Filipina yang mahu meninggalkan Sabah ketika ketegangan antara pasukan
keselamatan Malaysia dengan tentera Sultan Sulu berterusan," katanya
yang dipetik oleh Inquirer.net.
Balilo berkata, kedua-dua kapal itu akan membantu dalam operasi
pemindahan atau penghantaran pulang rakyat Filipina dari timur laut
Sabah. - AGENSI
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar AKHIR ZAMAN
dengan judul 2 Kapal Perang Filipina Bersedia Di Sempadan. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2013/03/2-kapal-perang-filipina-bersedia-di.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
2 komentar untuk "2 Kapal Perang Filipina Bersedia Di Sempadan"
Tuan admin sila sms email tuan ke 0163783068.
saya ingin kirim ebook bagaimana untuk menarik traffik ke blog tuan.
sebagai bukti boleh berkunjung ke www.perniagaansiber.blogspot.com dan www.perniagaansiber.com.my untuk lihat sendiri
Bahaya ni nak perang
Entry Terkini : Serangan Polis 4 Mati
Post a Comment