Bahaya Sifat Menyombong Diri


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 
Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. 

Baginda s.a.w. bersabda Lagi..
Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan. 
Riwayat Muslim 

Huraian Hadith:
  • Sifat sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya demi menjaga kesejahteraan hidup. 
  • Kita harus melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesahan dirinya sendiri mahupun keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas syariat dan janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain yang mengakibatkan permusuhan. 
  • Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam sesuatu perkara kerana keindahan itu adalah kesempurnaan yang boleh membangkitkan ketenangan.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar DERHAKA / Ar MAKSIAT / Ar NASIHAT dengan judul Bahaya Sifat Menyombong Diri. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2013/12/bahaya-sifat-menyombong-diri.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Bahaya Sifat Menyombong Diri"