Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah Salawatu Alai Wasalam.
bersabda, “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang
belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang
mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul
orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang,
berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala
mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang
senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan
dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah
tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.
H.R. Muslim
Huraian:
- Kebenaran sabdaan Rasulullah Salawatu Alai Wasalam. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.
- Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar MAKSIAT
dengan judul Dua Golongan Menjadi Penghuni Neraka. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2014/04/dua-golongan-menjadi-penghuni-neraka.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Dua Golongan Menjadi Penghuni Neraka"
Post a Comment