“Sesungguhnya tidak
ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali ke atas
mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat”
( Al-Hijr: 42)
( Al-Hijr: 42)
“Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya” ( An-Nahl : 99)
“Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi
mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si
tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur
dengan agama Nabi Muhammad SAW ” ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la,
Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)
Di zaman moden hari ini masih ramai
lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir
untuk pelbagai tujuan dan maksud.Walaupun sudah jelas larangan
Rasulullah s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang
mendapatkan khidmat bomoh.
Mereka ini terdiri dari berbagai lapisan masyarakat dan tujuan,bahkan
ada juga dari kalangan artis dan ahli politik yang mendapatkan khidmat
tukang-tukang sihir ini.
Ada juga yang ingin membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.
Apa yang saya nak sentuh pada kali ini ialah berkenaan dengan
penggunaan pelaris kedai.Di sangkakan dengan bercambahnya ilmu dan
pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid ,surau-surau dan
forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi nampaknya masih
rancak di negara kita malaysia.
Jika dulu amalan pelaris yang menggunakan khidmat jin khadam atau
tangkal ini hanypopular di Indonesia dan Sabah sarawak sahaja tapi
sekarang sudah merebak sampai ke semenanjung.Jadi kita sebagai pengguna
harus berhati-hati dalam memilih kedai makan.Persoalannya bagaimana nak
tahu kedai makan yang di syaki itu benar2 mengamalkan pelaris atau
tidak.
Ini satu petua yang di ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.
Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai.
Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke
arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he he
Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan
kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam
tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
“Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan
(surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu
mencukupkan kamu dari segala sesuatu”.
( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ;
Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul
Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) link
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar AQIDAH /
Ar DERHAKA
dengan judul Cara Nak Tahu Kedai Guna Pelaris?. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://ustazmodeen.blogspot.com/2014/04/cara-nak-tahu-kedai-guna-pelaris.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Cara Nak Tahu Kedai Guna Pelaris?"
Post a Comment