Showing posts with label Ar INFORMASI. Show all posts
Showing posts with label Ar INFORMASI. Show all posts

10 Bandar Kos Sara Hidup Paling Mahal di Malaysia

Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysian Insider, berikut merupakan 10 tempat/bandar paling mahal di Malaysia dari segi kos sara hidup.
1. Pulau Pinang (bahagian pulau)
2. Bintulu, Sarawak  
3. Paka/ Kerteh, Terengganu
4. Miri, Sarawak  
5. Kuala Lumpur
6. Kuala Terengganu, Terengganu  
7. Kuching, Sarawak  
8. Klang  
9. Labuan  
10. Johor Bahru
Perkara yang dikaji pula adalah harga barangan keperluan harian seperti ayam, sayuran seperti sawi dan cili merah, ikan, kadar sewa rumah dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup sempurna.
Johor Bahru mencatatkan negeri ke 10 dengan kos sara hidup paling tinggi di Malaysia.
Seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.
Dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang memerlukan gaji sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.
Ia dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut mengiringi Pulau Pinang adalah bandar perindusrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu.
Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di tanah besar iaitu di Seberang Prai. Mungkin kerana itulah ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.
Mungkin ini juga menjadi punca kesesakan berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan ke pulau Mutiara itu.
Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7.00 di Kuala Lumpur, RM6.50 di Klang.
Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik di Tanjung ToKong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun kadarnya lebih rendah di Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh diperolehi sekitar RM500 sebulan.
Walau kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu, namun harga barangan keperluan hariannya antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia.
Harga ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala Lumpur RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga harga ikan, walaupun Terengganu ramai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal, mungkin kerana kesegarannya.
Harga ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu.
Namun oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia menyebabkan kos hidupnya tidaklah terlalu tinggi. Dengan pendapatan RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.

Fakta Sebenar: Kehidupan Umat islam Di Kemboja

Selepas kejatuhan Rajim Polpot tahun 1979 Rakyat kemboja hanya tinggal sehalai kain saja, mereka berusaha untuk meneruskan kehidupan mereka sampai ke hari ini dengan sedaya upayanya, tapi walaubagaimana pun FAKTA kehidupan umat islam di kemboja seperti saya terangkan di bawah:

sebahagian besar orang Melayu Kemboja hidup dalam keadaan
miskin dengan purata pendapatan harian antara RM5-RM10-RM15 Mereka bekerja sebagai nelayan petani atau peniaga kecil.

Keadaan yang menghimpit itu telah mendorong sebahagian di kalangan anak-anak muda Melayu Kemboja berhijrah ke Malaysia dan beberapa negara lain.

Keadaan semakin menghimpit apabila barangan keperluan asas seperti minyak petrol, minyak masak, gula, susu pekat dan ikan amat mahal jika dibandingkan dengan pendapatan yang mereka perolehi.

Bayangkan harga minyak petrol di Kemboja pada hari ini adalah 5,300 rial (RM5) seliter, minyak masak 8,000 rial (RM8) sekilogram, susu pekat kecil 4,000 rial (RM3.60) setin ayam kampung 25,000 (RM23)sekilogram, ayam daging 13,000 (RM10) sekilogram, dan ikan 13,000 rial (RM10) sekilogram.

ITULAH HAKIKATNYA KEHIDUPAN UMAT ISLAM DI KEMBOJA

Tentang Makanan Daging? keadaan mereka di Sana lagi menyedihkan, umat islam di sana sangat kurang daging, adakah mereka tidak mempunyai lembu? bukan. mereka adalah pesawah mesti ada lembu, cuma lembu disana amat bernilai buat mereka, seekor lembu RM1700 sama dengan 2 juta Riel, 2 juta real bukan nilai yang sedikit buat mereka. kadang kadang 2 tahun belum boleh dapat, ada keluarga yang bertahun tahun pun belum dapat kumpulkan 2 juta itu, bagaimana mungkin mereka sanggup korbankan ?

Kebanyakan Mereka Tak Dapat Makan Daging,Kerana Daging Disana Amat Mahal, Sekilo RM32 Mata Wang Disana Sama Dengan 36ribu Rial, 36 Ribu Rial Itu Bagi Orang Kemboja Nilainya Sangat Tinggi, Kadang-Kadang Sebahgian Mereka Tak Dapat Cari 36ribu Riel Itu Dalam Masa Sebulan.

Oleh itu mereka hanya akan dapat makan / merasai daging itu di musim qurban saja, itu pun jika ada insan-insan yang bermurah hati untuk berqurban disana.

mereka selalu mengharapkan ehsan dari orang malaysia, bila ada ustaz-ustaz balik dari malaysia mereka akan bertanya tentang korban, termasuk saya sendiri.

sebab orang malaysia di kenali memang murah hati dan banyak bersedakah, kebanyakan bantuan-bantuan seperti pembinaan masjid, sekolah dan lain-lain memang datang dari malaysia termasuklah korban / aqiqah.

Oleh itu saya sangat berharap bahawa kita teruskan amalan yang baik ini sampai bila-bila selagimana kita mampu untuk melakukan nya.

saya bagi pehak orang kemboja mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat malaysia yang telah melaksanakan ibadah korban ke kemboja, melalui saya / melalui ustaz-ustaz lain, moga-moga di murahkan rezaki dan di panjangkan umur oleh allah swt.

Bantulah mereka, Mereka Saudara kita, Mereka Sentiasa Mengharapkan Ehsan Dari kita...

Nabi Muhamad SAW Bersabda Maksudnya:
Perumpamaan Orang Mukmin Tentang Kasih Sayang Sesama Mereka Adalah Ibarat Satu Tubuh, Apabila Salah Satu Anggota Sakit, Maka akan terasalah Seluruh Tubuhnya. Hadis...
Allah SWT telah berfirman:
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
Tuan / Puan boleh sertai kami untuk ke kemboja, untuk melihat penduduk disana dan melihat sembelihan korban kita, pakej yang kami tawarkan agak berpatutan. info lanjut sila ke PAKEJ MELANCONG SAMBIL KORBAN 2014

Tujuh Perkara Yang Wajib Kita Ingati

Tujuh Perkara Yang Wajib Kita Ingati
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar r.a. berkata:
“Saya dipesan oleh junjunganku Nabi Muhammad s.a.w. tujuh macam yang tidak sampai saya tinggalkan dan tidak akan saya tinggal semua itu iaitu:

1. Saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka

2. Saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang-orang yang di bawahku dan tidak melihat pada orang-orang yang di atasku

3. Saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meskipun mereka jauh dan memutuskan hubungan

4. Saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca: Laa haula walaa quwwata illa billahi, kerana itu sebagai perbendaharaan kebaikan atau tabungannya

5. Saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia

6. Saya dipesan supaya jangan takut di dalam melaksanakan hukum Allah s.w.t. dari cela (ejekan) orang-orang yang mengejek

7. Saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat
Dan adanya Abu Dzar jika jatuh pecut dari tangannya sedang ia diatas kenderaannya, maka tidak suka minta tolong kepada orang untuk mengambilkannya.

Orang Yang Akan Muflis Di Akhirat


 Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?” Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.” Lantas Baginda s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadith Riwayat Muslim)



Berdasarkan hadith itu, dapat kita fahami bahawa golongan yang menjadi muflis pada akhirat adalah berasal daripada orang yang memiliki pahala yang banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadat mereka itu habis kerana digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikhianati, dihina, dibunuh atau dizaliminya. Alangkah ruginya golongan muflis ini. Ganjaran pahala yang mereka kumpul dengan mengerjakan bermacam ibadat, akhirnya menjadi barang tukaran kerana denda yang perlu mereka bayar disebabkan kesalahan mereka terhadap orang lain.



Meskipun kita malu jika isytiharkan muflis di dunia ini, namun kita masih lagi beruntung kalau dibandingkan dengan situasi muflis di akhirat. Jika muflis di dunia, masih ada lagi orang yang bersimpati dan dapat membantu kita. Tetapi bagaimana pula hal keadaan kita apabila muflis di akhirat? Siapakah yang akan bersimpati? Siapakah yang bakal menolong kita dan siapakah pula yang akan menyelamatkan kita dari azab seksaan neraka Allah? Kuat beribadah dan memiliki pahala yang banyak tidak menjamin terpeliharanya seseorang itu daripada azab Allah jika pada masa sama dia masih melakukan penganiayaan, penindasan dan kezaliman kepada insan lain.



Firman Allah bermaksud: “Pada hari itu Kami akan tutup mulut mereka dan memberi peluang tangan mereka memberitahu Kami (mengenai kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi terhadap apa yang sudah mereka perbuatkan (ketika hidup di dunia).” (Surah Yaasin, ayat 65)



Selain itu, kita juga diingatkan agar bertanggungjawab terhadap amanah keluarga iaitu isteri dan anak-anak. Dibimbangi di akhirat kelak, mereka akan menuntut segala pertanggungjawaban yang tidak kita tunaikan kepada mereka. Tanggungjawab memberi mereka ilmu, pendidikan, perlindungan, makanan, kesihatan dan sebagainya akan dipersoalkan kepada kita sama ada terlaksana atau terabai. Jika kita perhatikan realiti hari ini, berapa ramai ibu bapa yang selalu solat berjemaah di masjid, mendengar ceramah, menghadiri kelas pengajian agama dan melakukan pelbagai amal kebajikan, sedangkan anak mereka terbiar tanpa mendapat pendidikan agama sempurna, terbabit dengan jenayah, gejala sosial, maksiat dan kegiatan kemungkaran?



Golongan ibu bapa seperti ini mengerjakan amal ibadat dengan penuh kesungguhan, tetapi mereka beribadah dalam situasi yang kurang bijak. Mereka lupa bahawa tanggungjawab memberikan pendidikan agama terhadap anak-anak juga ibadat besar dan mulia. Jika amanah dan tanggungjawab ini sengaja dibiarkan terabai, dikhuatiri ia akan menjadi penghalang untuk seseorang hamba itu memasuki syurga Allah, walaupun memiliki banyak pahala hasil daripada amal ibadatnya.



Oleh itu marilah kita memohon kemaafan kepada orang yang kita sakiti, aniayai, hina dan pelbagai perbuatan buruk yang telah dilakukan dengan menghayati satu hadith dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:



Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” (Hadith Riwayat Bukhari) Sumber

Kisah Imam Syafei Ditangkap Dan Dirantai

Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.
Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.
“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”

Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”
“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie. 

Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi

Benarkah Barack Obama Seorang Muslim ?

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama merupakan seseorang yang amat menarik untuk diikuti kisah hidupnya. Masa kecil Presiden ini dihabiskan di Indonesia, negara dengan penduduk Muslim terbesar di dunia. Untuk menyingkap kisah Presiden Obama, diadakan wawancara dengan ketua sekolah pertama Presiden, Bapa Bart Janssen, oleh Charles C. Johnson wartawan The Blaze, yang pergi ke Indonesia untuk mengetahui lebih lanjut tentang masa lalu Obama. Dokumen pendaftaran sekolah digunakan sebagai bukti untuk mengesahkan bahawa Barack Obama muda terdaftar sebagai warga negara Indonesia dan seorang Muslim pada pendaftaran sekolah di tahun 1960-an.
Dokumen ini difoto beberapa kali di bilik ketua sekolah Santo Fransiskus Assisis, sebuah sekolah Katolik tempat Obama bersekolah dari Januari 1968 hingga Disember 1970 di Jakarta. Catatan menunjukkan bahawa Obama (atau orang tuanya) - setidaknya untuk selama hidupnya - disahkan sebagai warga negara Indonesia, bahawa dia mengambil nama Soetoro terakhir (nama terakhir dari langkah ayah-nya, Lolo), bahawa agamanya terdaftar sebagai Islam, dan dia lahir di Honolulu. 

Syarat Pemimpin Yang Ideal


Al - Mawardi rahimahullah dalam kitab al - Ahkâm ash - Shulthaniyah menyebutkan syarat - syarat seorang pemimpin , di antaranya : 

  • Pertama , adil dengan ketentuan - ketentuannya . 
  •  Kedua , ilmu yang boleh membawa kepada ijtihad dalam menetapkan permasalahan kontemporari dan hukum - hukum . 
  • Ketiga , sehat jasmani , berupa pendengaran , penglihatan dan lisan , agar ia dapat langsung menangani tugas kepimpinan . 
  • Keempat , normal ( tidak cacat ) , yang tidak menghalangnya untuk bergerak dan bertindak balas.
  • Kelima , bijak , yang boleh digunakan untuk mengurus rakyat dan mengatur kepentingan negara .
  • Keenam , keberanian , yang boleh digunakan untuk melindungi wilayah dan memerangi musuh . Nilai lebih dalam hal dasar , kesabaran , keberanian , sehat jasmani dan rohani serta kecerdikan merupakan kriteria yang mutlak harus dimiliki oleh seorang pemimpin . Tanpa mempunyai kriteria itu , seorang pemimpin akan kesulitan dalam mengatur dan mengurus negara dan rakyatnya . 

Muhammad al - Amin asy - Syinqithi menjelaskan , " Pemimpin haruslah seseorang yang mampu menjadi Qadhi ( hakim ) bagi rakyatnya ( kaum muslimin ) . Haruslah seorang alim mujtahid yang tidak perlu lagi meminta fatwa kepada orang lain dalam menyelesaikan kes - kes yang berkembang di tengah masyarakatnya . Ibnul - Muqaffa ' dalam kitab al - Adabul - Kabir wa Adabush - Shaghir menyebutkan tiang - tiang penting yang perlu diketahui seorang pemimpin : " Tanggung jawab kepimpinan merupakan sebuah bala ` yang besar . Seorang pemimpin harus mempunyai empat kriteria yang merupakan tiang dan rukun kepimpinan . di atas keempat kriteria inilah sebuah kepemimpinan akan tegak , ( yaitu ) : tepat dalam memilih , keberanian dalam bertindak , pengawasan yang ketat , dan keberanian dalam menjalankan hukum " .
Digantung kerana Simbol R4BIA

Digantung kerana Simbol R4BIA

Penyerang kelab bola sepak Al-Ahly, Ahmed Abdel-Zaher digantung tanpa gaji kerana menunjukkan simbol empat jari (R4BIA) selepas menjaringkan gol kemenangan 2-0 ketika menentang kelab Afrika Selatan, Orlando Pirates, Ahad lalu.

Kelmarin, jurucakap kelab bola sepak Mesir itu memaklumkan tindakan tersebut dibuat kerana kononnya Abdel-Zaher, 28, mencampuradukkan politik dengan sukan.

Perbuatan Abdel Zaher mendapat kritikan daripada Menteri Sukan kudeta, Kelab Al-Ahly dan Persekutuan Bola Sepak Mesir yang menganggap perbuatan itu sangat menghinakan.

Abdel Zaher menyatakan, "Saya mengangkat tanda R4BIA, tetapi tidak memaksudkan sebarang unsur politik kepada mana-mana pihak atau peminat. Saya melakukannya bagi memperingati mereka yang telah meninggal, tak kira di Rabaah, mana-mana warganegara ataupun polis"

Menteri Sukan kudeta Taher Abu Zeid turut menggesa Persekutuan Bola Sepak Mesir supaya menggantung dan mendenda pemain tersebut sama seperti yang dikenakan ke atas juara Kung Fu dunia, Mohamed Youssef.

Difahamkan, laporan dipetik dari Al Arabiya, Youssef dilarang menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun kerana beliau memakai baju T tertera lambang R4BIA dan menunjukkan simbol empat jari tersebut selepas memenangi pingat emas di Rusia pada bulan lalu.
Hasbunallahu wani'mal wakeel.

Sumber : Sinar Harian/Egyptian Streets