Showing posts with label Ar PELIK. Show all posts
Showing posts with label Ar PELIK. Show all posts

Inilah Tembok Besar China Paling Hujung


Tembok Besar China adalah salah satu daripada keajaiban senibina dunia.

Namanya terkenal di seluruh dunia, dan menjadi lokasi pelancongan wajib bagi sesiapa yang mengunjungi China.

Tetapi adakah anda tahu dimanakah letaknya hujung Tembok China?

Tembok Besar China seperti dibangun melampaui batas kemampuan manusia.

Rentetan peristiwa dan tragedi mewarnai pembinaannya, dua ribu tahun lalu, pada masa Dinasti Qing.

Tembok ini dibangun atas perintah ‘kaisar’ pertama China iaitu Qin Shi Huang.

Memerlukan waktu puluhan tahun iaitu dari 220-206 SM untuk menyiapkan tembok raksasa ini.

Tembok ini memanjang lebih dari 20,000 kilometer, membelah dataran luas dan gunung-ganang China.

Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya terletak di Shanhaiguan.

Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon`s Head atau disebut juga Laolongtou.

Hujungnya terapung di permukaan Laut Bohai.

Tempat ini juga menjadi destinasi pelancongana kerana di atasnya terdapat menara pemantau dan sebuah kuil.

Shanhaiguan atau Shanhai Pass berlokasi dekat Kota Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing.

Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara langsung ke laut Bohai.
Misteri Tiba-Tiba Lantai Garaj Panas

Misteri Tiba-Tiba Lantai Garaj Panas



SEREMBAN – “Saya dan isteri cuba buat eksperimen dengan menumpahkan air satu jag di atas lantai. Memang mengejutkan kerana lantai itu kering dalam masa beberapa minit sahaja,” kata Abdul Rahman Gumpal, 71, yang dibelenggu misteri apabila lantai garaj rumahnya secara tiba-tiba menjadi panas.

Menurutnya, kejadian itu hanya disedari berlaku jam 9 malam kelmarin ketika dia dan isterinya pulang ke rumah selepas menunaikan solat di masjid.

“Ketika memijak kaki di lantai garaj, saya menyedari ia panas luar biasa. Jadi, saya memanggil isteri untuk memberitahu kejadian itu dan dia juga turut terkejut dengan apa yang berlaku.

“Tapi yang menghairankan kesan panas hanya dirasai di satu tempat berhampiran pintu masuk rumah sahaja dan bukannya di keseluruhan kawasan garaj,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Abdul Rahman, dia kemudian meminta rakannya untuk mengenal pasti punca kejadian itu kerana berkemungkinan membabitkan kabel di dalam tanah.

Bagaimanapun rakannya mencadangkan agar dia menghubungi pihak bomba sahaja bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Saya menghubungi Balai Bomba Senawang dan pegawainya datang membuat pemeriksaan. Tapi mereka sendiri berasa pelik dengan kejadian itu dan menyerahkannya kepada Jabatan Mineral dan Geosains negeri untuk siasatan lanjut.

“Kejadian ini memang menakutkan saya dan isteri kerana hampir 30 tahun mendiami rumah ini, inilah pertama kali berlaku,” katanya.

Abdul Rahman yang merupakan pesara tentera berkata, apa yang membimbangkannya ialah kesan panas terbabit mula merebak ke tempat lain.

Katanya, dia dan isteri bimbang untuk memijak lantai itu kerana takut ia meletup disebabkan tekanan dalam tanah.

“Malam semalam (kelmarin) hanya di kawasan garaj rasa panasnya, tapi sekarang sudah merebak ke bahagian pintu.

“Ada rakan saya cakap mungkin buatan sihir, tapi saya tidak fikir macam itu kerana saya tidak mempunyai musuh,” katanya.

Menurutnya, kejadian pelik seumpama itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini air dalam lubang tandas rumahnya secara tiba-tiba ‘menggelegak’ sehingga mengeluarkan bunyi.

Abdul Rahman berkata, kejadian itu berlaku seolah-olah ada tekanan di bawah tanah rumahnya, namun ia kembali normal selepas beberapa jam.

“Saya ada membuat bacaan Yasin dan menyiram air ke atas jubin berkenaan namun tetap tidak berkesan.

“Jadi sekarang saya dan isteri hanya menunggu Jabatan Mineral dan Geosains negeri datang untuk membuat pemeriksaan. Saya cuma berharap kejadian misteri ini berakhir segera,” katanya.

Ustaz Fathul Bari 'BELASAH' Abby isu aurat lelaki...

Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU) meminta pihak-pihak yang mendakwa bahawa lelaki memakai seluar pendek atas kepala lutut lebih tiga kali tidak boleh menjadi wali supaya mengemukakan dalil dan nas bagi menyokong hukum itu.

Pengerusinya, Ustaz Fathul Bari yang dihubungi Mynewshub.my berkata, bukti dari sumber yang kukuh diperlukan agar kenyataan tidak boleh menjadi wali itu tidak mengelirukan fikiran masyarakat Islam.

Seterusnya kata beliau, ia bagi mengelakkan dari timbulnya persepsi masyarakat yang mudah menjatuhkan hukum sesat kepada individu-individu tertentu.

“Wali sebenarnya bukan dilantik oleh manusia tetapi ia pilihan Allah S.W.T. Ciri-ciri wali ada disebut dalam Al-Quran iaitu mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.

“Kesimpulannya, tunjukkan dalil dan nas Al-Quran yang menyatakan kenyataan itu (lelaki berseluar pendek) tidak boleh menjadi wali,” kata Ustaz Fathul di sini hari ini.

Kata Ustaz Fathul, seseorang lelaki yang memakai seluar pendek itu sememangnya mendapat dosa kerana mendedahkan sebahagian anggota badan. Namun, beliau menegaskan, setiap manusia tidak akan terlepas dari melakukan dosa termasuklah alim ulamak dan juga wali. “

Setiap anak Adam itu tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Kalau melakukan dosa kecil sebanyak tiga kali, jadi tak layaklah menjadi wali? Macam mana kalau dia bertaubat?

Jadi, keadaan itu semua adalah penentuan oleh Allah S.W.T mengenai siapa yang yang dekat di sisi Allah S.W.T. “Kesimpulannya, seseorang lelaki itu boleh jadi wali selama mana tidak melakukan dosa yang besar, tidak terkeluar dari Islam dan tidak ada kekhilafan,” katanya.

Justeru itu, Ustaz Fathul juga menasihati orang ramai untuk melakukan kajian dan berhati-hati ketika berbicara mengenai dosa atau pun memberikan hujah mengenai ilmu Islam. “Minta berhati-hati dalam mengulas isu ini. Kita boleh dapatkan pendapat dari golongan ilmuan dan ulamak yang arif supaya tidak tersalah cakap,” tambahnya 

Ulasan admin: 
Apa Yang Abby Abadi Kata Itu Ada Yang Benar, Saya Sendiri Pun Pernah Jumpa Hukum Itu Dalam Kitab Melayu Lama.

Dan Dalam Kitab Arab Pun Ada Juga Hukum Itu, Cuma Ia Tidaklah Muktamad ( Sepakat Para Ulama ) Berpegang Dengan Fahaman Itu Tidak Salah Kerana Ada Sebahgian Ulama Yang Menghukum Begitu. 

Dan Kalau Nak Ditelitikan Balik Mengikut Syariat Islam Kita,  Tutup Aurat Satu Perkara Yang Besar, 

Satu Hadis Yang Nabi Pernah Bersabda: Sesiapa Yang Meliahat Aurat Seseorang Maka Allah Tidak Menerima Doa Orang Itu Selama 40 Hari, 

Mana Mungkin Dalam Hal Ini Ustaz Fathul Baari Kata Perkara Kecil?? 

Saya Tidak Menyokong Abby Abadi, Cuma Ingin Sampaikan Sedikit Pendapat, 

Ustaz Fathul Baari Kata Kalau Dia Bertaubat: Apabila Masuk Perkataan “Kalau” Maka Ia Dah Masuk Cerita Lain, Bukan Masalah Tutup Aurat Saja Malah Masalah Apa Pun Kalau Dah Bertaubat Maka Selesailah Masalah Itu, 

Tiap-Tiap Hukuman Yang Ulama Tetapkan Itu Sebelum Bertaubat, Bukan Selepas Bertaubat, Takkan Ustaz Fathul Baari Tak Tahu??
Menarik!! Katak “TERBESAR” Di Dunia

Menarik!! Katak “TERBESAR” Di Dunia

http://i.imgur.com/3rZ91.jpg
Goliath Frog yang berasal dari Sungai Benito, Cameroon, Afrika Barat adalah katak terbesar di dunia. Berat katak ni  boleh mencapai 3.3 kg dan panjangnya pula boleh mencapai 33cm.
Kalau di bandingkan saiznya lebih kurang saiz Kucing. Kanak-kanak di afrika sudah biasa dengan katak ini dan mungkin juga dijadikan binatang kesayangan dan peliharaan. Gambar katak terbesar di dunia Goliath Frog .
http://i.imgur.com/xHxGj.jpg
Wah!! Katak makan tikus??
http://i.imgur.com/K6lF0.jpg
Eeee!! Besar Gilerrr katak nie
3000 tahun takungan air ditemui di Baitulmuqaddis

3000 tahun takungan air ditemui di Baitulmuqaddis

http://i.imgur.com/1zSq6.jpg
BAITULMUQADDIS – Beberapa pakar arkeologi menemui sebuah takungan air kuno di sini yang digunakan oleh jemaah semasa ke kota suci bangsa Yahudi, Temple Mount atau dikenali sebagai Haram Ash-Sharif oleh orang Islam.

Akhbar MailOnline melaporkan bahawa takungan yang dinamakan cistern itu boleh menyimpan sebanyak 250 kubik meter air.

Tempat simpanan air itu dipercayai dibina pada era Tempat Ibadat Pertama sekitar 3,000 tahun dahulu.
Menurut kitab Bangsa Yahudi, Tempat Ibadat Pertama dibina oleh Nabi Sulaiman pada kurun ke-10 sebelum masihi (S.M.) sebelum dimusnahkan 400 tahun kemudian.

“Penemuan ini menjelaskan bahawa sumber air pada era Tempat Ibadat Pertama bukan sahaja bergantung kepada mata air tempatan tetapi juga takungan awam,” kata ketua ahli arkeologi Pihak Berkuasa Alam Semulajadi dan Taman Israel, Tvika Tsuk.

Menurutnya, tapak Tempat Ibadat Pertama yang dibina oleh Nabi Sulaiman kini berada di bawah Dome of the Rock atau Masjid Kubah Emas di sini. – Agensi
Adegan ranjang dalam filem pun dikatakan ikut Sunnah Rasulullah?

Adegan ranjang dalam filem pun dikatakan ikut Sunnah Rasulullah?

http://i.imgur.com/85mFZ.jpg
MELIHAT babak-babak mesra antara Nora Danish dan Rusdi Ramli dalam filem Mencari Cinta, tentunya ramai melabel ia filem lucah dan menjual elemen ranjang untuk menarik penonton.

Apatah lagi sebagai filem sulung arahan pengarah drama, Shirin Khuzaimi dan juga filem pertama terbitan Armnet Integrated Sdn Bhd, elemen kontroversi seperti ini diharapkan untuk memancing penonton ke panggung.

Bagaimanapun, Shirin yang pernah mengarah drama bersiri popular Ariana Mikhail, menegaskan karya sulungnya itu bukan filem lucah malah mengatakan tiada aksi ranjang. Apa yang dipaparkan katanya, adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Katanya, Mencari Cinta menunjukkan cara bagaimana sepasang suami isteri bersama di bilik tidur mengikut sunnah Nabi dan tidak sangka ia menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

“Mereka tidak seharusnya melihat karya saya ini pada satu sudut saja sebaliknya tonton dulu filem ini sebelum memberi sebarang pandangan. Apa yang saya paparkan dalam filem ini adalah kisah cinta suami isteri berlandaskan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

“Saya juga terlebih dulu menapis beberapa babak yang dirasakan keterlaluan untuk mengelakkan ada babak kurang manis seperti suami isteri bercumbu kerana sedar ia pasti akan menimbulkan kontroversi.

“Terus-terang saya katakan, idea menghasilkan filem ini menerusi sunnah Nabi yang mana menyatakan bahawa bersikap romantis dan membahagiakan pasangan dengan belaian mampu mengikat kasih. Lebih penting, apa yang mahu disampaikan menerusi Mencari Cinta adalah suami harus melayan isteri.

“Perkara ini ada yang beranggapan ia terlalu seksual tetapi hendak diikutkan, ia ada dalam sunnah. Saya bukan sengaja untuk menimbulkan kontroversi semata-mata mahu menarik perhatian orang untuk menonton filem ini.

“Apa yang ingin saya paparkan, banyak pengajaran yang boleh diperoleh menerusinya terutama dalam keadaan sekarang apabila ramai daripada kita yang tidak memahami akan konsep berkongsi hidup sebagai suami isteri dan berumahtangga,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran novel Mencari Cinta yang diangkat dari skrip asal filem ini, baru-baru ini.

Filem ini menampilkan Nora berganding dengan Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 (FFM20), Rusdi Ramli. Ia turut dibintangi Riezman Khuzaimi, Daphne Iking, Fouziah Gous, Norlida Ahmad dan Mahmud Ali Basha.

Berdasarkan sunnah juga, sebagai pengarah Shirin cuba menggambarkan bagaimana seorang suami harus menggauli isteri di kamar tidur dan tidak dinafikan ada juga dipaparkan bagaimana Rusdi mencium Nora sebagai isterinya.

Filem Mencari Cinta mengisahkan Rusdi, pemuda kampung dijodohkan dengan gadis kaya. Mereka dinikahkan bukan atas dasar cinta. Tidak suka dengan pilihan keluarga, gadis kaya itu cuba memberontak dan merendah-rendahkan suaminya yang bekerja sebagai peladang. Namun berkat kesabaran dan caranya membeli jiwa isteri mengikut sunnah Nabi, akhirnya mereka bahagia. “Niat saya menghasilkan filem ini baik iaitu ingin memaparkan cara hidup yang baik untuk mereka yang merancang berumahtangga atau sudah berkahwin. Ia banyak memaparkan peranan suami kepada isteri, apatah lagi sekiranya perkahwinan dibina itu bukan atas dasar cinta.

“Biar mereka yang menyaksikan filem ini faham maksud nikah itu apa dan bukan selepas kahwin sebab tidak suka beberapa perkara mahu bercerai. Dalam filem ini, satu saja yang hendak saya jelaskan bahawa kalau baik seorang suami itu, akan jadi baik jugalah isterinya,” katanya.

Bagi memastikan filem ini tidak menimbulkan kontroversi apabila ia ditayangkan kelak pada Disember ini, ia turut dihasilkan dalam bentuk novel khas dengan judul sama yang diangkat dari skrip asal ditulis Shirin.

Kata Shirin, pihaknya memilih untuk menerbitkan novel ini agar ia dapat memberi penjelasan lebih terperinci terhadap babak-babak dalam filem yang kemungkinan bakal dianggap sensitif mahupun keterlaluan bagi sesetengah pihak.

“Selama satu jam setengah, filem ini mungkin tidak mampu untuk bercerita dengan terperinci secara visual terutama babak-babak romantis antara Nora dan Rusdi. Malah ada juga babak dianggap sensitif saya terpaksa buang. “Begitupun, dengan adanya novel ini orang ramai boleh membacanya dan apabila menonton filem ini nanti, mereka akan lebih faham dan diharapkan mesej yang ingin saya ketengahkan akan sampai kepada mereka,” katanya.

Mengenai gandingan Nora dan Rusdi, Shirin berkata, dia sangat berpuas hati terutama komitmen dan penghayatan diberikan Nora. Katanya, peminat akan melihat sisi berbeza Nora dalam lakonan apatah lagi ini kali pertama dia membawa watak wanita antagonis yang degil, bengis dan keras. “Ternyata dia berjaya menzahirkan apa yang saya mahukan. Sementara Rusdi pula agak malu-malu. Malah dia banyak mempersoalkan mengapa saya harus memaparkan dirinya dalam keadaan begitu dan begini.

“Mengambil contoh dia malu untuk berlenggeng dan hanya berkain pelekat. Begitu juga sewaktu menjalani babak sewaktu bersama Nora. Namun selepas dijelaskan dan ditunjukkan sebabnya mengapa, barulah dia faham dan melaksanakan apa yang saya mahukan,” katanya.

Hampir Jadi Mayat Kerana Ingin Suprisekan Kekasih


Demi cinta, seorang lelaki China dikenali sebagai Hu Seng hampir mati ketika ingin memberi kejutan sempena hari ulang tahun kekasihya. Hu Seng telah bertindak kurang bijak dengan masuk ke dalam kotak untuk ‘dikirim’ kepada teman wanitanya, Li Wang.

Idea kurang bijak Hu Seng memakan dirinya sendiri apabila kotak tersebut tertutup rapat dan menyebabkan dia mengalami kesukaran bernafas. Tambah menyulitkan keadaan, kotak tersebut lewat dihantar ke pejabat Li Wang selama 3 jam.

Hu Seng ditemui dalam keadaan pengsan oleh teman wanitanya sebaik sahaja Li Wang membuka kotak tersebut. Sepasukan paramedik berkejar ke pejabat Li Wang dan Hu Seng diberi rawatan kecemasan dengan segera.
http://i.imgur.com/bMck3.jpg
Setelah sedar, Hu Seng mengaku bahawa dia cuba membuat lubang pada kotak tersebut namun gagal kerana kotak tu terlalu tebal. Dia tidak mahu menjerit meminta tolong kerana bimbang kejutannya gagal.

xlupa.com

Pelik: Pelajar Wanita Satu Kelas Hamil Serentak


Gila! Entah apa yang ada di fikiran para remaja perempuan yang belum genap umur 17 tahun ini. Mereka yang masih berstatus pelajar di Gloucester High School di Massachusetts, Amerika Syarikat, bersepakat untuk hamil secara serentak.

Peristiwa yang mengejutkan ini bermula sebaik sahaja musim cuti panas berakhir. Ketika mereka kembali ke sekolah, ternyata diketahui 17 pelajar hamil secara serentak. Uniknya mereka tidak hanya dari satu sekolah, tetapi juga satu kelas yang sama. Di sekolah tersebut, memang setiap kali berakhir musim cuti akan diadakan ujian kehamilan.

Namun, sehingga kini masih belum diketahui siapakah ayah bagi bayi-bayi yang berada di dalam kandungan itu. Ini kerana sekiranya umur lelaki yang menghamilkan pelajar-pelajar ini telah lebih dari 20 tahun, kemungkinan bakal dikenakan hukuman penjara kerana melakukan seks dengan gadis bawah umur.

Berdasarkan siasatan pihak sekolah, ternyata para pelajar yang hamil telah sepakat untuk hamil serentak, bahkan bukan hanya 17 pelajar ini sahaja tetapi juga pelajar-pelajar yang lain juga. Yang lebih mengejutkan, pelajar di kelas itu yang tidak hamil mengaku berasa kecewa kerana gagal hamil.

91lapc.blogspot