Sitcom Citizen Khan Didakwa Hina Islam

BBC menerima kecaman selepas menyiarkan sebuah sitcom mengenai keluarga Islam dalam Citizen Khan yang disifatkan sebagai menghina dan memalukan umat Islam.

Sebaik sahaja siri pertama sitcom itu disiarkan, BBC telah menerima 200 aduan.
Program berkenaan juga menunjukkan tanggapan sterotaip mengenai Asia dan tidak menghormati Al-Quran.
Salah satu aksi yang membangkitkan kemarahan umat Islam ialah apabila anak perempuan Mr Khan yang bermekap tebal, tiba-tiba berlari ke bilik dan memakai hijab sambil berpura-pura membaca Al-Quran, ketika bapanya memasuki rumah.

Rancangan enam siri arahan Adil Ray itu disiarkan pertama kali oleh BBC1, Isnin lalu pada 10.35 malam.
Sitcom berkenaan dibintangi bekas pelakon My Family, Kris Marshall sebagai pengurus sebuah masjid manakala Shobu Kapoor pula melakonkan watak isterinya.

Ia menerima kritikan kerana mengulangi banyak adegan sterotaip melibatkan keluarga Islam di Britain termasuk masalah ketika mengatur perkahwinan untuk anaknya, Shazia.

Dalam pada itu, jurucakap BBC ketika mempertahankan sitcom berkenaan berkata, karakter dalam rancangan itu direka sebagai watak komedi dan tidak mewakili mana-mana masyarakat.
“Pertama kali disiarkan, ia berjaya menarik 3.6 juta penonton dan mewakili 21.5 peratus slot rancangan malam,’’ katanya. MynewsHub
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar BERITA / Ar KEMUSYKILAN / Ar MUSUH ISLAM dengan judul Sitcom Citizen Khan Didakwa Hina Islam. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://ustazmodeen.blogspot.com/2012/08/sitcom-citizen-khan-didakwa-hina-islam.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Sitcom Citizen Khan Didakwa Hina Islam"