Sejarah permulaan Gempa Bumi

Di sini akan dicoretkan tentang sedikit sebanyak mengenai sejarah awal kepada berlakunya gempa bumi di atas muka bumi ini disamping menyentuh beberapa peristiwa yang lain.

Ada kalangan ulama’ yang menyatakan bahawa gempa bumi pertama berlaku di atas muka bumi ini ialah setelah Qabil bertindak kejam membunuh saudaranya Habil akibat perasaan hasad dengki. Apabila pembunuhan pertama ini berlaku akibat perang saudara telah menyebabkan bumi terlalu marah sehingga berlakunya gempa bumi.

Melalui peristiwa ini maka tidak salah kiranya ada orang yang berkata bahawa punca gempa bumi seterusnya tsunami baru-baru ini boleh dikaitkan dengan peperangan saudara terutama di Acheh yang teruk ditelan gempa bumi dan tsunami di mana di situ terjadinya perang saudara begitu lama. Begitu juga di Thailand berlakunya peperangan antara mereka yang berlainan agama, tidak ketinggalan di Sri Lanka, India dan juga di Somalia di mana bantuan hingga kini masih sukar disampaikan akibat peperangan masih meletus.

Gempa bumi turut berlaku pada zaman nabi Muhammad s.a.w di mana nabi telah membaca doa tertentu sehingga bukit yang di atasnya pernah disemadikan beberapa orang nabi, para orang mati syahid telah berhenti daripada bergegar.

Begitu juga gempa bumi yang pernah berlaku semasa pemerintahan Sayyidina Umar al-Khottab di mana setelah berkata sesuatu kepada bukit itu lalu ia berhenti daripada bergegar.

Malah jika kita baca sebuah kitab tentang peristiwa gempa bumi yang telah ditulis oleh seorang ulama’ terkenal iaitu imam Jalaluddin as-Sayuti maka kita dapati beliau telah mendahului ilmuan barat dalam  menulis banyak peristiwa gempa bumi yang telah berlaku sejak dahulu hingga kepada zamannya. Selepas kematiannya maka anak muridnya dan beberapa ulama’ terkemudian menyambung tulisan berkenaan peristiwa gempa bumi yang telah berlaku.

Apa yang patut kita buat ialah menghulurkan bantuan kepada mangsa disamping menginsafi mengenai keadaan diri kita yang masih bersalut dosa. Kita juga mesti menambahkan keyakinan terhapa kekuasaan Allah dan juga berusaha merapatkan lagi hubungan kita sebagai hamba kepada Allah
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar TAHUKAH dengan judul Sejarah permulaan Gempa Bumi. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://ustazmodeen.blogspot.com/2012/01/sejarah-permulaan-gempa-bumi.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Sejarah permulaan Gempa Bumi"