Ibu Simbah Air Panas Kejut Anak Bangun Dari Tidur

ibu, mak, kejam, simbah air panas, kejut anak, tak bangun, miri, marah, berang, anak malas bangun, anak degil, tidak, dikejutkan, siram air panas, mangsa,tidak bersekolah, buruh kasar, tidur, ruang tamu, kesian
SAKIT...mangsa terlantar di Hospital Miri selepas disimbah air panas.

MIRI: Berang anaknya tetap berdegil tidak mahu bangun daripada tidur selepas dikejutkan beberapa kali, seorang ibu bertindak di luar dugaan apabila menyiram remaja berusia 16 tahun itu dengan air panas dalam kejadian di rumah mereka di Tudan, di sini, semalam.

Akibat kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang tidak lagi bersekolah dan bekerja sebagai buruh kasar, melecur teruk di belakang badannya.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa sedang tidur di sofa di ruang tamu rumah apabila ibunya yang berusia 47 tahun mengejutkannya supaya segera bangun daripada tidur dan bersiap untuk pergi bekerja.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar TAK BAIK dengan judul Ibu Simbah Air Panas Kejut Anak Bangun Dari Tidur. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://ustazmodeen.blogspot.com/2012/06/ibu-simbah-air-panas-kejut-anak-bangun.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Ibu Simbah Air Panas Kejut Anak Bangun Dari Tidur"