
Penyertaan seumpama itu sebelum ini didakan di Port Dickson, Negeri Sembilan tahun lalu yang dikatakan disertai 1,163 peserta. Acara ''Ops Gigi: Memberus Gigi Mega 1Malaysia'' itu dianjurkan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut disertai pelajar dari 22 buah sekolah, kakitangan Kementerian Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia serta penuntut Univerisiti Teknologi Mara.
Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) PDRM, Datuk Abdul Rahim Hanafi.
Komandan Pulapol, SAC Zulkifli Mohamad berkata program itu bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dalam penjagaan kesihatan gigi di kalangan masyarakat terutama pelajar sekolah.
Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan WPKL dan Putarajaya, Dr Misliah Ahmad pula berkata program itu dapat memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan gigi secara berterusan.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar LUAR BIASA
dengan judul Malaysia Book of Records kerana berus gigi?. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://ustazmodeen.blogspot.com/2012/06/malaysia-book-of-records-kerana-berus.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Malaysia Book of Records kerana berus gigi?"
Post a Comment