Ulama Terkenal di Maghribi Mahu Pengarang Akhbar Sokong Kebebasan Seksual Dihukum Mati


GAMBAR pada 5 Julai 2012 menunjukkan dua pasang kekasih sedang berdua-duan di sebuah pantai di Rabat, Maghribi.

Ulama terkenal, Omar Heddouchi bercakap pada sidang akhbar dengan Hassan al-Kettani rakan (kanan) dan Abu Hafsin (kiri) di Rabat, Maghribi. 
RABAT, Maghribi – Tiga ulama konservatif paling terkenal di Maghribi secara terbuka membuat permintaan supaya wartawan yang menyokong kebebasan seksual di negara Afrika Utara berkenaan dijatuhi hukuman mati.

Tindakan itu dibuat selepas pengarang akhbar harian Al-Ahdath Al-Maghribia, Mokhtar el-Ghzioui, secara terbuka menyokong seorang aktivis hak asasi manusia Maghribi yang menghalalkan hubungan seks sebelum perkahwinan.

Beliau membuat komen penuh kontroversi itu dalam temu bual dengan sebuah stesen televisyen pada minggu lepas.

Dalam wawancara tersebut Mokhtar berkata, beliau tidak kisah jika emak atau adik perempuannya bersetuju mahu melakukan hubungan seks suka sama suka. 


Sumber: Huffington Post
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar AKHLAK / Ar BERITA / Ar KELUARGA / Ar KEMUSYKILAN / Ar LUAR NEGARA / Ar TAHUKAH dengan judul Ulama Terkenal di Maghribi Mahu Pengarang Akhbar Sokong Kebebasan Seksual Dihukum Mati. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://ustazmodeen.blogspot.com/2012/07/ulama-terkenal-di-maghribi-mahu.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Ulama Terkenal di Maghribi Mahu Pengarang Akhbar Sokong Kebebasan Seksual Dihukum Mati"