Dengan hal demikian, membolehkan "Hang Jebat" itu ke tali gantung.
Bahana lawan Raja...
Air kencing Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas hari ini disahkan positif dadad selepas direman semalaman oleh polis Johor.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.
"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu.
Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.
Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Sesiapa yang ada pengalaman bangkang polis time road block, mula-mula minta lesen. Selepas itu, minta roadtax. Kalau mereka tak puas hati, minta test air kencing (urinalysis). Tak dan apa-apa, terus diberitahu 'positif dadah', lepak di lokap sampai seminggu dan dinafikan hak untuk hubungi waris atau majikan. Last-last, kena buang kerja. Polis yang pernah buat kerja ini, memang HARAM JADAAAH!!!" Tak tumbuh tak melata..tak sungguh org tak kata.. Sumber
P-- Saya tak tahu nak Komen apa-apa. Tapi cukuplah dengan 2/3 ayat yang dibawah ini.

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar AKHIR ZAMAN /
Ar BERITA /
Ar KEMUSYKILAN /
Ar NASIHAT /
Ar TAHUKAH
dengan judul Uncle Seeker bakal ke tali gantung. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://ustazmodeen.blogspot.com/2012/07/uncle-seeker-bakal-ke-tali-gantung.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Uncle Seeker bakal ke tali gantung"
Post a Comment