Bapa Nyanyuk Adakah Sah Abang Menjadi Wali ?

Hiasan


Soalan:
 
saya bakal mendirikan rumah tangga, tetepi bakal bapa mertu saya telah nyanyuk. adakah bakal abang ipar saya boleh menjadi wali tanpa mendapat kebenaran mahkamah? ini kerana, naib kadi dibahagian bakal isteri saya menyatakan bakal abang ipar saya itu perlu mendapat kebenaran mahkamah.


Jawapan:
Assalamualaikum

Wali merupakan orang yang mempunyai hak untuk mewalikan perkahwinan seseorang perempuan yang berada di bawah kuasa perwaliannya. Tertib susunan wali dalam pekahwinan adalah seperti berikut:

a) Bapa

b) Ayah kepada Bapa (datuk)

c) Adik beradik lelaki seibu sebapa

d) Adik beradik lelaki sebapa

e) Anak saudara (anak kepada adik lelaki seibu dan sebapa)

f) Anak saudara (anak kepada adik lelaki sebapa)

g) Bapa saudara seibu sebapa ( adik beradik lelaki kepada bapa yang seibu dan sebapa)

h) Bapa saudara sebapa ( adik beradik lelaki kepada bapa yang sebapa)

i) Sepupu ( anak lelaki kepada bapa saudara yang seibu dan sebapa)

j) Sepupu ( anak lelaki kepada bapa saudara yang sebapa)

h) Jika kesemua wali di atas tidak ada, maka wali yang digunakan adalah wali hakim/sultan

Perpindahan hak perwalian daripada bapa kepada wali-wali lain perlulah mengikut susunan keutamaan wali. Ini bermakna, sekiranya bapa telah meninggal dunia, maka hak menjadi wali akan berpindah kepada datuk. Sekiranya datuk juga telah meninggal dunia, maka hak mewalikan perkahwinan berpindah pula kepada adik beradik lelaki seibu sebapa dan begitulah seterusnya.

Dalam kes anda di atas, memandangkan bapa pengantin perempuan masih ada, maka perpindahan hak perwalian perlu mendapat kebenaran mahkamah. Sekiranya dibenarkan, maka datuk sebelah bapa (sekiranya masih hidup) adalah lebih berhak mewalikan perkahwinan tersebut.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar SOAL JAWAP dengan judul Bapa Nyanyuk Adakah Sah Abang Menjadi Wali ?. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://ustazmodeen.blogspot.com/2014/01/bapa-nyanyuk-adakah-sah-abang-menjadi.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Bapa Nyanyuk Adakah Sah Abang Menjadi Wali ?"