Showing posts with label Ar LUAR NEGARA. Show all posts
Showing posts with label Ar LUAR NEGARA. Show all posts

Pesawat Israel Hancur Sebelum Memasuki Gaza


Pesawat mata-mata milik zionis Israel hancur di perbatasan Gaza. Komandan militer zionis kawasan Selatan pun mengumumkan kondisi darurat. Ia khawatir pesawat tersebut jatuh ke tangan musuh.

Situs Israel, Weila, menyebutkan pasukan zionis kehilangan pasukan zionis kehilangan pesawat jenis Scarlik itu di atas garis perbatasan Gaza, tanpa merinci sebab hancurnya pesawat tanpa awak tersebut.


“Pesawat tersebut jatuh setelah sekitar 10 menit mengudara,” sebut laporan Weila seperti dikutip Republika, Sabtu (11/5).


“Militer Israel masih mencari informasi mengenai penyebab hancurnya pesawat tersebut”

Pasukan diterjunkan untuk menyisir kawasan perbatasan mencari puing-puing pesawat. Disebutkan bahwa pesawat mengalami kerusakan karena jatuh.


Sumber militer menyatakan teknologi yang ada di pesawat tersebut sangat mungkin dimanfaatkan pihak Hamas.


Jatuhnya pesawat tersebut bukanlah kali pertama terjadi. Sebelumnya, sejumlah pesawat zionis jatuh di Jalur Gaza. Pada 15 November 2012 lalu, Al Qassam mengumumkan pasukannya berhasil menembak jatuh pesawat tempur Israel dengan rudal anti pesawat. Pesawat itu ditembak jatuh saat ia melakukan serangan ke wilayah Timur Gaza. Setelah mendengar jatuhnya pesawat tersebut, sejumlah pejuang Palestina menembakkan senjatanya ke udara sebagai tanda gembira. [IK/Rpb/bsb]


Digantung kerana Simbol R4BIA

Digantung kerana Simbol R4BIA

Penyerang kelab bola sepak Al-Ahly, Ahmed Abdel-Zaher digantung tanpa gaji kerana menunjukkan simbol empat jari (R4BIA) selepas menjaringkan gol kemenangan 2-0 ketika menentang kelab Afrika Selatan, Orlando Pirates, Ahad lalu.

Kelmarin, jurucakap kelab bola sepak Mesir itu memaklumkan tindakan tersebut dibuat kerana kononnya Abdel-Zaher, 28, mencampuradukkan politik dengan sukan.

Perbuatan Abdel Zaher mendapat kritikan daripada Menteri Sukan kudeta, Kelab Al-Ahly dan Persekutuan Bola Sepak Mesir yang menganggap perbuatan itu sangat menghinakan.

Abdel Zaher menyatakan, "Saya mengangkat tanda R4BIA, tetapi tidak memaksudkan sebarang unsur politik kepada mana-mana pihak atau peminat. Saya melakukannya bagi memperingati mereka yang telah meninggal, tak kira di Rabaah, mana-mana warganegara ataupun polis"

Menteri Sukan kudeta Taher Abu Zeid turut menggesa Persekutuan Bola Sepak Mesir supaya menggantung dan mendenda pemain tersebut sama seperti yang dikenakan ke atas juara Kung Fu dunia, Mohamed Youssef.

Difahamkan, laporan dipetik dari Al Arabiya, Youssef dilarang menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun kerana beliau memakai baju T tertera lambang R4BIA dan menunjukkan simbol empat jari tersebut selepas memenangi pingat emas di Rusia pada bulan lalu.
Hasbunallahu wani'mal wakeel.

Sumber : Sinar Harian/Egyptian Streets
Ibadah Korban Di Kemboja

Ibadah Korban Di Kemboja

ASSALAMUALAIKUM….

Oleh UstazYahya Al-Amin Al-hafiz ( UstazCambodia )
Selepas kejatuhan Rajim Polpot tahun 1979 Rakyat kemboja hanya tinggal sehalai kain saja, mereka berusaha untuk meneruskan kehidupan mereka sampai ke hari ini dengan sedaya upayanya, tapi walaubagaimana pun FAKTA kehidupan umat islam di kemboja seperti saya terangkan di bawah:
sebahagian besar orang Melayu Kemboja hidup dalam keadaan miskin dengan purata pendapatan harian antara RM5-RM10, Mereka bekerja sebagai nelayan petani atau peniaga kecil.

Keadaan yang menghimpit itu telah mendorong sebahagian di kalangan anak-anak muda Melayu Kemboja berhijrah ke Malaysia dan beberapa negara lain.

Keadaan semakin menghimpit apabila barangan keperluan asas seperti minyak petrol, minyak masak, gula, susu pekat dan ikan amat mahal jika dibandingkan dengan pendapatan yang mereka perolehi.

Bayangkan harga minyak petrol di Kemboja pada hari ini adalah 5,600 rial (RM5.30) seliter, minyak masak 8,200 rial (RM8) sekilogram, susu pekat kecil 3,400 rial (RM3.10) setin ayam kampung 22,000 (RM20)sekilogram, ayam daging 13,000 (RM11) sekilogram, dan ikan 12,000 rial (RM10) sekilogram.
ITULAH HAKIKATNYA KEHIDUPAN UMAT ISLAM DI KEMBOJA
Tentang Makanan Daging? keadaan mereka di Sana lagi menyedihkan, umat islam di sana sangat kurang daging,
Kebanyakan Mereka Tak Dapat Makan Daging,Kerana Daging Disana Amat Mahal, Sekilo Rm26 Mata Wang Disana Sama Dengan 29ribu Rial, 29 Ribu Rial Itu Bagi Orang Kemboja Nilainya Sangat Tinggi, Kadang-Kadang Sebahgian Mereka Tak Dapat Cari 29ribu Riel Itu Dalam Masa Sebulan,
oleh itu mereka hanya akan dapat makan / merasai daging itu di musim qurban saja, itu pun jika ada insan-insan yang bermurah hati untuk berqurban disana. mereka selalu mengharapkan ehsan dari orang malaysia, bila ada ustaz-ustaz balik dari malaysia mereka akan bertanya tentang korban, termasuk saya sendiri. sebab orang malaysia di kenal memang baik hati dan banyak bersedakah, kebanyakan bantuan-bantuan seperti pembinaan masjid, sekolah dan lain-lain memang datang dari malaysia termasuklah korban / aqiqah. oleh itu saya sangat berharap bahawa kita teruskan amalan yang baik ini sampai bila-bila selagimana kita mampu untuk melakukan nya. saya bagi pehak orang kemboja mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat malaysia yang telah melaksanakan ibadah korban ke kemboja, melalui saya / melalui ustaz-ustaz lain, moga-moga di murahkan rezaki dan di panjangkan umur oleh allah swt. Bantulah mereka, Mereka Saudara kita, Mereka Sentiasa Mengharapkan Ehsan Dari kita…

Nabi Muhamad SAW Bersabda Maksudnya:

Perumpamaan Orang Mukmin Tentang Kasih Sayang Sesama Mereka Adalah Ibarat Satu Tubuh, Apabila Salah Satu Anggota Sakit, Maka akan terasalah Seluruh Tubuhnya. Hadis…
Allah SWT telah berfirman:
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ
dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
BERDASARKAN DALIL AYAT INI: OLEH ITU SAYA SANGAT BERHARAP KITA SEMUA TOLONG WAR-WARKAN, PALING TIDAK PUN TOLONGLAH SHARE KAN PADA FACEBOOK KITA / PADA KAWAN KITA, DENGAN ITU KITA SAMA-SAMA AKAN MENDAPAT PAHALA DISISI ALLAH s.w.t..
kami juga mengalu-alukan tuan-puan datang bersama kami, untuk melihat sendiri kehidupan mereka disana, atau menyembelih sendiri korban anda, jom kita melancong sambil beribadah !! tempahan awal-awal diperlukan untuk dapat tiket murah !!  BORANG KORBAN KLIK DISINI
Bahaya Fahaman Syiah

Bahaya Fahaman Syiah

  • Penerangan tentang bahaya Syiah 
BACHOK – Akhir - akhir ini isu Syiah hangat diperkatakan di seluruh negara sehingga ada negeri yang mengeluarkan fatwa mengharamkan penyebaran ajaran Syiah ini dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
Di akhbar baru-baru ini menyatakan keahlian Syiah di negara ini mencecah sejuta orang. Namun mungkin ramai yang kabur mengenai penyebaran Syiah ini terutamanya bagi penduduk luar bandar sedang ia suatu fenomena bagi segelintir penuntut luar negara.

Syiah dianuti berleluasa di Iraq, Iran, Lubnan, Yaman, Bahrain, Kuwait termasuk di negara asia. Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.

Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

Gerakan berlaku di IPT
Pegawai Agama Jajahan Bachok, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob berkata, Syiah ini bertambah meruncing apabila gerakan ini turut berlaku di universiti tempatan yang menyebarkan Syiah Jaafariyah secara serius kepada penuntut di institut pengajian tinggi (IPT).

Berikutan pengaruh Syiah yang semakin merebak, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (Maik) menganjurkan seminar Bahaya Pengaruh Syiah dan Ajaran Sesat di Dataran Perahu, Pantai Irama buat julung kalinya baru-baru ini.

Nik Ahmad Zuhdi berkata, seminar itu diadakan dengan kerjasama Pejabat Agama Jajahan dan Masjid Mahmudi Bachok dan melibatkan 400 peserta.

“Kami menjunjung kasih kepada Tengku Mahkota Kelantan sebagai Yang Di pertua Maik di atas penganjuran seminar ini.

“Masih ramai dalam masyarakat kita yang tak tahu tentang bahaya Syiah ini sebab itu seminar ini diadakan berikutan ia semakin merebak di negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, Syiah adalah menyesatkan akidah umat Islam apabila ia menyanjung Saidina Ali lebih daripada Rasulullah SAW dan mengkafirkan tiga sahabat yang lain.

Gerakan ini terbukti wujud di Kelantan apabila dalam ekspo tahun lalu terdapat banyak sumber buku dan rujukan Syiah dijual secara berleluasa di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Penyelewengan akidah Syiah
Bagi Mohd Zawawi Yusof dari Maahad Darul Kautsar, Kuchelong, Bachok, perkara yang amat disukai anak muda di negara ini apabila mengenal Syiah ialah nikah mut’ah.

“Nikah mut’ah ini digemari mereka yang melanjutkan pelajaran di luar negara sebab bila berkahwin dengan orang sana mereka tak perlu menyewa dan dapat tempat tinggal percuma selain nafkah batin.

“Sedangkan perkara itu adalah zina kerana ia dilakukan tanpa wali dan saksi untuk tempoh masa tertentu dan tidak terikat dengan tanggungjawab seperti pernikahan biasa,” katanya.

Pernikahan ini juga membolehkan dinikahi hingga 1,000 wanita dan tidak perlu ditanya status isteri orang atau tidak.

Selain itu katanya, mereka percaya ilmu ALLAH berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia (Al- Bada’); kemunculan Imam Mahdi; taqiyyah (berpura- pura menipu kerana suatu kepentingan); menambah nama Saidina Ali dalam syahadah; imam 12 adalah maksum; dan menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah termasuk hadis Mutawatir.

Awasi anak-anak yang belajar di luar
Bagi seorang lagi pengajar Maahad Darul Kautsar, Shamsudin Abdul Rahman, perkara ini perlu dititik berat oleh ibu bapa apabila menghantar anak mereka di IPT atau luar negara.

“Jangan biarkan anak-anak terikut dengan gejala ini, kita perlu pantau sebab ramai ibu bapa tak tahu tapi ia sudah merebak dalam kalangan anak muda.

“Jika hal ini berlaku ia boleh merosakkan agama Islam sendiri, keruntuhan keluarga, boleh menjatuhkan kerajaan dan perpecahan serta pembunuhan seperti yang berlaku di luar negara. Jadi saya amat sokong bila penerangan Syiah seperti ini diluaskan di peringkat akar umbi agar penduduk kampung tahu apa Syiah sebenarnya,” katanya.

Haramkan Syiah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan haram, berkuat kuasa 24 Julai 2013. Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, ia diputuskan oleh Menteri Dalam Negeri berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Abdul Rahim berkata, pengikut Syiah pernah memohon mendaftarkan pertubuhan itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di Melaka pada 18 Jun 2011, namun ditolak pada 4 Ogos tahun sama.

Manakala, Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya yang bertarikh 5 Mei 1996 mewartakan kesesatan Syiah dan mengharamkannya di Malaysia.

Antara negeri lain yang memfatwakannya haram ialah Selangor, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan terbaru Kedah juga dikatakan bakal mengeluarkan fatwa yang sama.

Pusat ajaran dikatakan mereka beroperasi sebagai ‘hauzah’ di Gombak, Selangor, Kedah, Perak dan Johor.
Tentera Israel Menerima Ancaman Melalui SMS

Tentera Israel Menerima Ancaman Melalui SMS

Selepas seminggu perang tentera yahudi zionis laknatullah terhadap Gaza tamat, satu khabaran buruk mengejutkan tentera yahudi zionis laknatullah.

Satu ancaman menerusi SMS yang dihantar kepada setiap tentera Israel.

SMS itu berbunyi "Kami akan menukar Gaza menjadi kuburan buat kalian dan membakar Tel Aviv!"

SMS itu dihantar hampir ke semua kakitangan tentera Israel.

Tiak ada seorang pun tentera yahudi zionis laknatullah yang mengaku pernah memberi nombor telefon mereka. "Saya pernah bertemu dengan sejumlah lelaki dari Jihad Islam semasa latihan ketenteraan saya, tapi saya tidak pernah mendedahkan butiran peribadi saya kepada mereka," kata seorang tentera rejim yahudi laknatullah itu.

"Saya bahkan tidak mempunyai akaun Facebook atau apa pun yang boleh membantu mereka menghubungi saya. Ini sangat pelik, "katanya lagi.

Menurut Information Security IDF (kesatuan tentera Israel) sepanjang Operation Pillar of Defence, Jihad Islam lah yang mengirimkan ribuan mesej ancaman itu.

"Mungkin salah satu tentera dalam senarai unit cadangan kami telah mengupload data kami ke Google Docs," kata seorang tentera IDF

Program Ziarah Kemboja Musim Cuti


Kemboja pada hari ini Nampak begitu maju kehadapan, darisegi pembangunan dan lain lain, Banyak tempat melancong yang ada di kemboja seperti tempat bersejarah, pulau, pantai dan lain-lain semuanya Original, Dan hari ini juga, saya Nampak terlalu banyak pelancong dari luar Negara yang pergi melancong di kemboja, Dan begitu juga dengan rakyat Malaysia, dalam sehari 2 kali Air asia pergi kemboja saya rasa ada rakyat Malaysia antara 30/40 akan pergi kemboja, Itu melalui air asia, melalui Mas Airlines pula tak tahu berapa lagi kan.

Kenapa hari ini ramai pelancong luar dan juga Malaysia suka pergi sana? Jawapan Ialah:
1-      Kerana kemboja hari ini sudah 100% aman. Ini yang penting, sebab dulu memang kemboja tidak aman sebab itu ramai orang luar takut, termasuk orang Malaysia sekali, tapi sekarang Alhamdulillah sudah aman.

2-      Kerana kebanyakn tempat yang bersejarah 99% masih original, belum diubahsuai oleh manusia. Jadi kalau kita nak melihat / nak buat kajian/ tempat yang bersejarah sehingga beribu-ribu tahun pergilah kemboja.

3-      Kerana kemboja Negara yang baru membangun, jadi mereka sedang berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik darisegi perkhidmatan, Contoh darisegi kedoktoran banyak mesin yang bagus-bagus terbaru dibawa masuk, mesin ini di Malaysia belum guna lagi tapi dia dah guna, adakah dia lebih maju dari Malaysia? Tidak-tidak. Tapi itulah hakikatnya mereka sedang berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik. Dan Banyak lagi………

4-      Kerana ingin member bantuan sedakah/ zakat/ dan lain-lain, kerana umat islam disana amat dhaif darisegi kewangan, Purata pendapatan mereka RM5 – RM10 sehari, Sedangkan minyak petrol sudah RM5 seliter.

5-      Banyak lagi sebab-sebab yang lain…………………………

OLEH YANG DEMIKIAN SAYA ( Ustaz Yahya Al-Hafiz ) Telah Menyediakan Pakej Untuk Memudahkan Tuan /Puan Yang Ingin Melawat Negara Cambodia, Secara Individu / Rombongan / Keluarga, Dengan Harga Pakej Yang Amat Murah.

LAGIPUN IA LEBIH SELAMAT Berbanding Tuan / Puan Pergi Sendiri Darisegi Susah Nak Cari Hotel Yang Baik Dan Selamat, Dan Juga Darisegi Makanan Halal Yang Kita Perlu Selama Disana.

DAN JUGA SEPERTI Membantu Saya ( Orang Yang Sudah Belajar Ilmu Agama ) Untuk Dapatkan Pekerjaan -------- Berminat Jom Klik Disini

Kembar Siam Amerika Jadi Bintang TV


LOS ANGELES -Pasangan kembar siam Abby dan Brittany Hansel meraikan ulang tahun kelahiran mereka ke-22 dalam episod pembukaan siri realiti televisyen mereka di Amerika Syarikat.

Siri itu berjudul Abby And Brittany memaparkan mereka memakai cermin mata berhias bagi meraikan hari bersejarah itu.

Berasal dari Minnesota, siri itu akan menayangkan detik Abby dan Brittany menamatkan pengajian di universiti, mencari pekerjaan dan mengembara ke Eropah bersama kenalan dalam siri terbaru mereka.

Dalam gambar promosi untuk siri itu, Abby dan Brittany digambarkan bersedia memulakan hidup normal, bergaya di depan kamera dalam kotak telefon awam tradisional di London, berehat bersama rakan di bawah sinar matahari dan memandu kereta.

Mengenai pengalaman memandu, Brittany berkata, tugas menekan pedal minyak dan menukar gear dilakukan Abby.

“Saya mengawal suis lampu isyarat dan lampu,” katanya.

Brittany juga mengakui Abby memandu lebih laju daripadany.

Sebelum ini, pasangan kembar siam terbabit membintangi sebuah dokumentari berjudul Joined For Life, serta sebuah program susulan, Abby And Brittany Turn 16.

Bintang siri realiti yang bakal melakar nama itu mula menjadi perhatian apabila mereka muncul dalam siri The Oprah Winfrey Show.

Brittany dan Abby juga pernah muncul sebagai penghias muka depan majalah Life pada 1996. Ketika itu, mereka baru berusia enam tahun.

Mereka berkongsi hampir semua organ pada bahagian di bawah pusat, namun memiliki dua jantung dengan sistem pengedaran darah dikongsi bersama.
Mereka juga memiliki empat paru-paru dan dua perut.

Walaupun dilahirkan dengan tiga tangan, satu daripadanya dibuang melalui pembedahan.

Abby mengawal badan sebelah kanan, manakala tubuh kiri dikawal Brittany.
Ketika tidak ramai pasangan kembar siam seperti mereka hidup sehingga dewasa, Abby dan Brittany kini sihat tanpa sebarang masalah jantung atau kegagalan organ. – DM

Sumber:www.hmetro.com.my

Akibat Sekiranya Syiah Berkuasa

Saudara seislam seakidah dengan kita ahlu sunnah di wilayah Ahwaz dalam negara Syiah iran..Hampir keseluruhan rakyat di Ahwaz adalah ahlu sunnah..Ahlu sunnah di sana sama seperti umat islam di Palestin dengan Israel..sunni di sana ditangkap dihukum bunuh dengan sewenang2nya oleh rejim syiah Iran..pelbagai kezaliman yang sungguh menyayat hati terpaksa dilalui umat islam di Ahwaz..sumber

Sanggup Panjat Gunung 275 meter Kerana Gambar Perkahwinan

CHARLESTON : Sejauh manakah anda sanggup lakukan untuk mengabadikan ikatan perkahwinan anda?

Di Amerika Syarikat (AS), sepasang pengantin baharu, Bob Ewing dan isterinya, Antonie Hodge bertindak mendaki sebuah gunung batu setinggi 275 meter dengan lengkap berpakaian pengantin.
Mereka berbuat demikian untuk merakam gambar perkahwinan yang unik dan luar biasa.

Walaupun berdepan kesukaran, usaha pasangan itu berbaloi apabila gambar perkahwinan mereka ditonton lebih 500,000 kali di internet.

Gambar perkahwinan yang dirakam itu menunjukkan lokasinya adalah di puncak Gunung Seneca di negeri Virginia Barat.

Idea untuk mendaki gunung yang curam dan sempit itu datang daripada pengantin perempuan ekoran ibunya, Evangeline Hodge merupakan seorang pendaki gunung.

Turut sama melakukan pendakian termasuklah ibu pengantin perempuan dan rakan-rakan mereka yang juga merupakan pendaki amatur.

“Saya perlu membuktikan kepada diri sendiri bahawa saya mampu mendaki gunung batu ini,” kata Hodge.

Mereka melakukan pendakian tersebut baru-baru ini dengan bantuan tali dan abah-abah. – Agensi

Kisah Menarik: Pakar Anatomi Thailand Memeluk Islam

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (QS. An-Nisa: 56)

Bagi sebahagian besar umat Islam, ayat di atas terdengar seperti ayat-ayat serupa dalam Al-Quran yang menjelaskan pedihnya siksa neraka bagi orang-orang yang tidak beriman. Namun tidak demikian bagi Tagatat Tejasen, seorang saintis Thailand di bidang anatomi. Baginya, ayat itu adalah sebuah keajaiban.

Persidangan Perubatan Saudi ke-6 di Jeddah yang diikuti Tejasen pada Mac 1981 menjadi awal detik pertemuannya dengan keajaiban itu. Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, sejumlah ilmuan Muslim mendedahkan kepada Tejasen beberapa ayat Al-Quran yang berkaitan dengan anatomi.

Tejasen yang beragama Buddha kemudian mengatakan bahawa agamanya juga mempunyai bukti-bukti sama yang secara tepat menjelaskan tahap-tahap perkembangan embrio. Para ilmuan Islam yang ada ketika itu tertarik mempelajarinya dan meminta profesor yang berasal dari Thailand itu untuk menunjukkan ayat-ayat tersebut kepada mereka.

Setahun kemudian, pada bulan Mei 1982, Tejasen menghadiri persidangan perubatan yang sama di Dammam, Arab Saudi.

Apabila ditanya tentang ayat-ayat anatomi yang pernah dijanjikannya, Tejasen meminta maaf dan mengatakan bahawa ia telah menyampaikan kenyataan tersebut sebelum mempelajarinya. Ia telah memeriksa kitabnya, dan mendapati bahawa tidak ada rujukan di dalamnya yang dapat dijadikan bahan kajian.

Ia kemudian menerima cadangan para ilmuan Muslim untuk membaca sebuah makalah penelitian karya Keith Moore, seorang profesor bidang anatomi yang berasal dari Kanada.

Makalah itu berbicara tentang keserasian antara embriologi moden dengan apa yang disebutkan dalam Al-Quran.

Tejasen tercengang saat membacanya. Sebagai saintis di bidang anatomi, ia menguasai dermatologi (ilmu tentang kulit).

Dalam tinjauan anatomi, lapisan kulit manusia terdiri daripada tiga lapisan yakni Epidermis, Dermis, dan Sub Cutis. Pada lapisan yang terakhirlah, Sub Cutis, terdapat hujung-hujung pembuluh darah dan saraf.

Penemuan moden di bidang anatomi telah mendedahkan bahawa luka bakar yang terlalu dalam akan mematikan saraf-saraf yang menetapkan sensasi.

Saat terjadi Combustio grade III (luka bakar yang telah menembus Sub Cutis), seseorang tidak akan merasakan sakit. Hal itu disebabkan tidak berfungsi hujung-hujung serabut saraf afferent dan efferent pengatur sensasi yang rosak oleh luka bakar tersebut.

Makalah itu tidak saja menunjukkan kejayaan teknologi perubatan dan perkembangan ilmu anatomi, namun juga membuktikan kebenaran Al-Quran.

Ayat 56 surah An-Nisa ‘mengatakan bahawa Allah akan memasukkan orang-orang kafir ke dalam neraka, dan menukar kulit mereka dengan kulit yang baru setiap kali kulit itu hangus terbakar, agar mereka merasakan pedihnya azab Allah.

Jantung Tejasen berdebar. “Bagaimana mungkin Al-Quran yang diturunkan 14 abad yang lalu telah mengetahui fakta perubatan ini?”

Sebelum berjaya mengatasi kejutan tersebut, Tejasen dilempari soalan oleh para ilmuan Muslim yang mendampinginya, “Mungkinkah ayat Al-Quran ini berpunca dari manusia?”

Ketua Jurusan Anatomi Universiti Chiang Mai Thailand itu sentak menjawab, “Tidak, kitab itu tidak mungkin berasal dari manusia. Ia kemudian termangu dan meneruskan respondnya, “Lalu dari mana kiranya Muhammad menerimanya?”

Mereka memberitahu Tejasen bahawa Tuhan itu adalah Allah, yang membuat Tejasen semakin ingin tahu. “Lalu, siapakah Allah itu?” soalnya.

Dari para ilmuan Muslim tersebut, Tejasen mendapatkan keterangan tentang Allah, Sang Pencipta yang dari-Nya berpunca segala kebenaran dan kesempurnaan. Dan Tejasen tak membantah semua jawapan yang diterimanya. Ia menerimanya.

Profesor yang pernah menjadi dekan Fakulti Perubatan Universiti Chiang Mai lalu itu kembali semula ke negaranya, tempat ia menyampaikan sejumlah kuliah tentang pengetahuan dan penemuan barunya itu.

Maklumat yang dikutip oleh laman special.worlofislam.info menyebutkan bahawa kuliah-kuliah profesor yang masih beragama Buddha itu, di luar dugaan, telah mengislamkan lima mahasiswanya.

Hingga akhirnya, pada Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh, Tejasen kembali hadir dan mengikuti siri pidato tentang bukti-bukti Quran yang berkaitan dengan ilmu perubatan.

Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, Tejasen banyak membincangkan dalil-dalil tersebut bersama para sarjana Islam dan bukan Islam.

Di akhir persidangan, 3 November 1983, Tejasen maju dan berdiri di podium. Di hadapan semua peserta persidangan, ia menceritakan detik awal minatnya pada Al-Quran, juga kekagumannya pada makalah Keith Moore yang membuatnya meyakini kebenaran Islam.

“Segala yang terakam dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu pastilah kebenaran, yang boleh dibuktikan oleh sains. Nabi Muhammad yang tidak boleh membaca dan menulis pastilah menerimanya sebagai cahaya yang diwahyukan oleh Yang Maha Pencipta, “katanya. Tejasen lalu menutup pidatonya dengan mengucap dua kalimah syahadat.Sumber

Gambar Sungai Yang Dikatakan Sungai Susu

Benarkah kejadian 'sungai susu' ni benar-benar berlaku? Apakah yang menyebabkan sungai berkenaan bertukar warna menjadi putih seakan-akan warna air susu..Haa, kalau nak tahu apa fenomena yang menyebabkan keadaan tu berlaku, meh usha kat bawah ni..


Untuk pengetahuan anda, air sungai berkenaan bukanlah air susu dan tiada kejadian atau fenomena semulajadi yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Punca sebenar keadaan air sungai tersebut bertukar menjadi putih adalah disebabkan pencemaran lateks asli yang berlaku kira-kira 2 kilometer di Sungai Quxi yang terletak di selatan-timur China.
Hal ini berlaku disebabkan kecuaian salah satu syarikat perdagangan yang diberi hak untuk menjalankan operasi memunggah getah di sungai dan mereka bertanggungjawab dalam menyebabkan air sungai berubah menjadi warna putih.


p/s: Warna air ja yang putih macam warna susu, bukan boleh buat minum pun..sumber

Inilah Keluarga Paling Tua Di Dunia..

Inilah Keluarga Paling Tua Di Dunia..
Itali – Hari ini adalah hari jadi Consolata Melis dan seperti kebiasaan sambutan hari lahir, dia dikelilingi oleh adik beradiknya.

Namun bezanya, Consolata menyambut ulang tahun ke 105, dan tidak seperti keluarga lain, keluarga Consolata telah mencipta nama dalam Guinness Book of Record sebagai adik beradik tertua di dunia.

Apa tidaknya, jika dicampur umur Consolata dan lapan orang adiknya, umur mereka adalah 818 tahun, sekali gus menjadi keluarga paling tua di dunia.

Consolata yang merupakan anak sulung daripada sembilan beradik itu berasal dari kampung Perdasdefogu yang terletak di tenggara Sardinia, iaitu wilayah yang menempatkan golongan tua paling ramai di dunia.

Adik-adiknya yang lain adalah Claudina yang bakal menyambut hari jadi ke-100, Maria (97 tahun), Antonino (93 tahun), Consetta (91 tahun), Adolfo (89 tahun), Vitalio (86 tahun), Fida Vitalia (81 tahun) dan yang paling bongsu iaitu Mafalda berusia 78 tahun.

Consolata yang mempunyai sembilan anak, 24 cucu serta 25 cicit itu telah melalui perang dunia kedua serta berada di bawah pentadbiran 50 Perdana Menteri.

Ditanya apa rahsia keluarganya sehingga mereka masih sihat walaupun berusia lebih 70 tahun, ini jawapan Consolata:

“Kami makan makanan yang segar, kurangkan daging dan sentiasa bergerak,”.

Namun kata Consolata, rahsia mereka ialah mengamalkan diet yang sihat selain kehidupan bebas daripada tekanan.

“Cucu-cucu saya membasuh baju dengan menggunakan mesin basuh dan mencuci rumah menggunakan pencuci hampagas, namun saya masih mereka merungut bahawa hidup mereka tertekan.

“Saya tidak faham dengan keadaan ini,” katanya.

Dalam pada itu, profesor biokimia dari Universiti Sassari, Luca Deiana, yang telah membuat kajian terhadap 2,500 warga tua di kawasan berkenaan sejak 1996 berkata, kebanyakan mereka kekal sihat pada usia tua disebabkan beberapa faktor.

Ia termasuk genetik dan pengambilan sayur serta buah-buahan terutama buah prun dan pear yang sememangnya ditanam di kawasan tersebut.

Jambatan Runtuh Di China: Tiga Maut

BEIJING – Tiga orang maut dan lima lagi mengalami kecederaan apabila jambatan lapan lorong di timur laut China runtuh awal pagi tadi hanya selepas sembilan bulan dibuka, kata media.

Jambatan itu yang menjadi sebahagian daripada laluan lebuh raya ke lapangan terbang di bandar Harbin, dibuka pada November selepas dua tahun disiapkan membabitkan kos 1.9 bilion yuan (RM929 juta).

Sebahagian jambatan membabitkan 100 meter runtuh apabila empat trak berat melaluinya menyebabkan kemudahan itu rebah dan berkecai.

Jambatan berkenaan dibina dengan kemampuan untuk menampung 9,800 kenderaan setiap sejam. – AFP

12 Terbunuh 50 Cedera Batman Luar Pewagam

Denver – Seorang lelaki bertopeng melontar gas pemedih mata ke dalam sebuah pawagam yang menayangkan filem terbaru Batman – The Dark Knight Rises, sebelum melepaskan tembakan ke arah penonton, menyebabkan 12 terbunuh dan 50 lagi cedera.

Antara yang cedera termasuk kanak-kanak dalam kejadian di kompleks beli-belah Aurora dan mereka dirawat kerana terhidu gas pemedih mata.

“Kejadian ini menakutkan orang awam,” kata Ketua Polis Aurora, Dan Oates.

Beliau memaklumkan seorang suspek ditahan di tempat letak kereta di belakang pawagam itu.

Oates mulanya meletakkan angka korban 14 sebelum diubah kepada 12.

Polis berkata, penyerang Au-rora itu muncul di depan pawagam ketika filem mula ditayangkan dan melepaskan gas pemedih mata sebelum tembakan kedengaran.

Anggota polis berada di tempat kejadian dan pihak berkuasa mengarahkan semua orang keluar bagi memeriksa bahan letupan yang tersembunyi.

Oates juga memberitahu hanya seorang penyerang terbabit dalam keganasan itu.

Jurucakap polis, Frank Fania berkata, suspek James Holmes, dipercayai berusia 20-an, membawa pisau, raifal dan senapang patah ketika ditahan selain memakai jaket kalis peluru.

Polis berkata, pangsapuri suspek juga dikosongkan dan polis mencari bahan letupan selepas suspek membuat kenyataan mengenainya selepas ditahan.

Cable News Network (CNN) memetik seorang saksi sebagai berkata, seorang lelaki melepaskan tembakan rambang manakala seorang lagi saksi berkata dia mula menembak serentak dengan adegan tembak menembak dalam filem itu yang menyebabkan ramai keliru. – Reuters

Bentuk masjid dijadikan sasaran latihan menembak

Beberapa kumpulan Islam mendakwa tentera Britain menjadikan replika tujuh masjid di sebuah padang sasar di Yorkshire Utara sebagai sasaran latihan menembak, lapor sebuah akhbar semalam.

Semua replika itu termasuk masjid terbesar di Afghanistan, Mazar-e-Sharif dapat dilihat dari jalan raya berhampiran lokasi berkenaan.

Mengulas mengenai kontroversi itu, Majlis Masjid Bradford (BMC) menyatakan, masjid-masjid itu dijadikan 'simbol bahaya' bagi mengukuhkan tanggapan negatif mengaitkan Islam dengan keganasan.

"Kami berharap tentera Britain segera mengalihkan struktur berkenaan dan mengakui kesilapan mereka," kata wakil BMC, Ishtiaq Ahmed.

"Kami melawat lokasi itu pada Selasa lepas setelah menerima aduan orang ramai," tambahnya.

Ekoran pendedahan berita itu, agensi berita AP melaporkan, pihak tentera Britain kemudian memohon maaf kerana mengaibkabn kumpulan Islam tersebut dengan menjadikan masjid sebagai sasaran tembakan. - Agensi

Penduduk China Gempar lihat UFO terbang..

BEIJING - Penduduk di Heilongjiang, kelmarin gempar selepas mendakwa mereka terlihat kelibat objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) dalam insiden kali kedua di wilayah timur laut China itu.

Kejadian tersebut turut disaksikan dua pekerja pemprosesanpasir di Harbin.

Mereka mendakwa objek terbang berwarna hitam itu seperti helang dan saiznya adalah lebih besar daripada pesawat.

"Ia berlegar-legar selama seminit pada jarak 500 hingga 1,000 meter dari permukaan tanah," menurut saksi, Zhang Wei.

Sementara itu, akhbar China Daily melaporkan Zhang Wei tidak dapat memastikan sama ada ia adalah objek misteri yang sama dilihat di Taman Hutan Gunung Phoenix pada minggu lalu yang terletak kira-kira 200 kilometer dari kilang pasir tersebut.

Pengurus Taman Hutan Gunung Phoenix, Kang Tai berkata, pihaknya sering kali menerima laporan mengenai kewujudan UFO di kawasan taman itu sejak 18 tahun lalu.

Namun, kurator di Planetarium Beijing yang membuat penyelidikan mengenai UFO mendakwa, objek itu sebenarnya adalah serangga.

"Imej menunjukkan ia adalah spesies serangga kerana mempunyai sayap. Objek itu kelihatan terang berikutan pancaran lampu kilat kamera," jelasnya. 

Remaja Miskin Mesir Mangsa Nafsu Orang Kaya Arab

KAHERAH - Pelancong kaya dari Teluk Parsi sanggup mengeluarkan belanja besar supaya dapat berkahwin sementara dengan gadis remaja Mesir ketika cuti musim panas, lapor Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Menurut kajian Pemerdagangan Orang diterbitkan jabatan itu, ‘pernikahan kontrak’ itu tidak terikat dengan undang-undang dan ia berakhir apabila lelaki terbabit kembali ke negara mereka di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait.

Bagaimanapun, ramai ibu bapa dan orang tengah mengetepikan peraturan berkenaan. Untuk membolehkan pernikahan dilangsungkan, pihak terbabit memalsukan sijil kelahiran - sama ada untuk menambah usia bakal pengantin perempuan atau ‘memudakan’ bakal pengantin lelaki. 

Pada 2009, sebuah mahkamah di Iskandariah memenjara dua pendaftar kerana menjalankan pernikahan kontrak beratus-ratus remaja perempuan di bawah 18 tahun. 

Islam mengharamkan seks sebelum nikah dan kebanyakan hotel dan pemilik bangunan menuntut pasangan yang ingin menginap di premis mereka supaya mengemukakan bukti pernikahan. Laporan Jabatan Negara AS itu menyatakan, ramai ibu bapa menjalankan pernikahan tanpa persetujuan anak perempuan mereka.

“Biasanya mangsa terpaksa bersetuju dengan apa yang diaturkan kerana keluarga mereka miskin,” kata laporan itu. Sesetengah mangsa dibawa pulang ke negara suami mereka untuk dijadikan pembantu rumah, manakala remaja yang ditinggalkan di Mesir biasanya dipulaukan masyarakat.

Keadaan menjadi lebih buruk jika remaja terbabit hamil dalam pernikahan kontrak itu. Kesannya, ramai remaja meninggalkan zuriat mereka di rumah anak yatim atau membiarkannya di jalanan.

“Ramai pengantin itu turut menjadi sasaran lelaki Mesir untuk dijadikan pelacur,” kata laporan itu. 
Gambar  Mike Tyson Menunaikan haji Di Makah

Gambar Mike Tyson Menunaikan haji Di Makah



Malam Ini agak panas , mata pula tak rasa mengantuk, alang-alang tak boleh tidur Buka FB kejap, maka terjumpa Informasi Ini
“ Saya takut kepada Allah. Saya tahu saya banyak buat perkara yang jahat dan salah yang kesemua itu melayakkan saya masuk neraka sahaja. Namun saya memohon keampunan daripada-Nya setiap hari...” - Mike Tyson

Sumber Facebook

Debu Bintang Hilang Risaukan Para Saintis

Misteri Debu Bintang Hilang Risaukan Saintis


WASHINGTON - Beberapa saintis terkejut dan hairan apabila mereka menyaksikan sejumlah debu kosmik yang bersinar di sekeliling sebuah bintang didapati telah hilang.


Menurut salah seorang saintis itu, Ben Zuckerman, debu kosmik yang mengelilingi bintang biasanya akan membentuk planet berbatu-batan.


"Kewujudan debu kosmik berdekatan sebuah bintang menandakan terdapat proses pembentukan planet. Namun, debu itu hilang dengan tiba-tiba," katanya.


Bercakap menerusitelefon dari Universiti California-Los Angeles, Zuckerman berkata, ahli astronomi biasa melihat peristiwa di alam semesta yang berlaku lebih beberapa juta atau bilion tahun dahulu.


Justeru, katanya, adalah pelik untuk melihat debu itu hilang dalam tempoh kurang tiga tahun atau bersamaan sekelip mata dalam konteks ilmu astronomi.


Penemuan tersebut disiarkan dalam jurnal Nature kelmarin.


Terdiri daripada bahan panas, debu angkasa lepas itu boleh dilihat dengan menggunakan teleskop yang memiliki fungsi cahaya infra merah.


Debu itu pada awalnya ditemui pada tahun 1983 oleh Satelit Astronomi Infra Merah Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan di sekitar sebuah bintang muda, TYC 8241 2652.


Lingkaran tersebut bersinar selama 25 tahun sebelum hilang dalam tempoh dua setengah tahun.


Bintang TYC 8241 2652 berada sekitar 450 juta tahun cahaya dari Bumi ke arah gugusan bintang Centaurus.


Satu tahun cahaya bersamaan 10 trilion kilometer atau jarak perjalanan cahaya selama satu tahun...UstazCambodia
--- Reuters
Negara Arab telah mungkir janji

Negara Arab telah mungkir janji


Pelampau Yahudi turut bertindak biadab dengan melancarkan serangan di masjid di Tebing Barat.

Pelampau Yahudi turut bertindak biadab dengan melancarkan serangan di masjid di Tebing Barat.
GENTING GAZA - Menteri Kewangan Palestin, kelmarin memaklumkan kerajaan kini sedang berhadapan dengan krisis kewangan terburuk berikutan beberapa negara penyumbang dana hanya menyalurkan AS$466 juta (RM1.5 bilion) daripada jumlah asal AS$1.2 bilion (RM3.8 bilion).

Nabil Qassis berkata, kebanyakan negara Arab termasuk Amerika Syarikat gagal untuk mengotakan janji mereka.

"Keadaan itu telah memberi kesan terhadap kaki tangan awam kerana mereka hanya memperoleh sebahagian daripada gaji asal pada bulan ini," katanya.

Sementara itu, laporan beberapa agensi antarabangsa dan organisasi bukan kerajaan (NGO) mendedahkan, serangan ganas yang menyasarkan penduduk Palestin semakin meningkat sejak 2009.

Menurut laporan tersebut, angka korban dan kemusnahan harta benda akibat perbuatan biadab pelampau Yahudi juga mencatatkan peningkatan sehingga lebih daripada satu pertiga pada tahun lalu.