
Ketika rombongan haji yang dipimpin oleh Rasulullah SAW pada tahun 10 hijrah tiba di Sarif yang terletak lebih kurang 16 kilometer dari kota Mekah, Saidatina Aisyah ra telah mengalami haid. Beliau sangat risau kerana tidak dapat melaksanakan haji bersama rombongan yang disertai beliau. Apabila masalah ini telah diketahui Rasulullah, Saidatina Aisyah ra telah dipujuk dan di tenangkan oleh Rasulullah dengan sabdanya yang bermaksud :
“Ini adalah satu ketentuan Allah ke atas anak-anak perempuan Adam. Tunaikan hajimu sebagaimana orang lain menunaikannya. Cuma kamu jangan tawaf di Baitullah sehingga kamu mandi (bersuci daripada haid).” (Riwayat Muslim)
Bagi wanita yang sudah selesai mengerjakan segala ibadah haji selain tawaf widak tiba-tiba dia didatangi haid, maka dibolehkan dia pulang, tidak perlu mengerjakan tawaf widak dan tidak perlu membayar dam. Hal ini adalah merupakan kesepakatan para ulamak fikah. Hujah ini berdasarkan kepada hadis daripada Aisyah isteri Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya Aisyah berkata kepada Rasulullah SAW : Ya Rasulullah, Safiah Bin Huyai haid. Rasulullah SAW bersabda : Barangkali dia telah tawaf bersama-sama dengan kamu (tawaf rukun)? Mereka menjawab : Memang dia telah tawaf. Kata Rasulullah : Kalau begitu pulanglah.” (Riwayat Bukhari)
Wanita haid yang mengerjakan haji ifrad tidak ada masalah kerana yang wajib dia kerjakan satu tawaf sahaja iaitu tawaf Ifadah. Manakala tawaf Qudum bagi wanita yang mengerjakan haji secara Ifrad apabila didatangi haid atau nifas, maka tidak wajib dikerjakan lagi baginya. Adapun wanita haid yang menergajakan haji Qiran, maka memadailah dia tawaf ifadah sewaktu dia mengerjakan umrah.
Wanita haid mengerjakan haji Tamattuk ada dua cara yang boleh mereka lakukan iaitu seperti :
- Wanita itu telah suci dari haid sebelum berangkat ke Arafah. Maka hendaklah dia mandi hadas dahulu kemudian pergi ke Baitullah kemudian di sana mengerjakan ibadah umrah. Setelah itu dia tahallul. Selepas itu dia berniat lagi untuk mengerjakan haji pada hari Tarwiah lalu mengerjakan ibadah-ibadah yang masih tertinggal.
- Wanita dating pada hari Tarwiah dalam keadaan haid. Maka hendaklah dia mandi sunat kemudian berniat mengerjakan haji. Setelah selesai mandi, hendaklah dia kerjakan semua ibadah haji kecuali tawaf Ifadah, kerana tawaf ini boleh dikerjakan ketika dia dalam keadaan suci dari haid dan nifas. Jika ia ingin mengerjakan umrah di tanah halal, maka tidak menjadi masalah baginya, kerana isteri Rasulullah Saidatina Aisyah pernah melakukannya.
Wanita haid boleh melakukan semua kerja haji kecuali tawaf sahaja. Apabila wanita tersebut didatangi haid, maka hendaklah dia tunggu dahulu sehingga haidnya berhenti dan mandi, setelah selesai mandi, maka bolehlah dia melakukan tawaf.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar WANITA
dengan judul Hukum Wanita Datang Haid Yang Menunaikan Haji. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://ustazmodeen.blogspot.com/2012/01/hukum-wanita-datang-haid-yang.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Hukum Wanita Datang Haid Yang Menunaikan Haji"
Post a Comment