Tentang Darah Kotor Wanita

Darah fasad adalah darah penyakit seperti darah istihadhah, darah jenis ini keluar dari faraj wanita yang belum berumur Sembilan tahun dan keluar ketika wanita sakit hendak bersalin (sebelum belahirkan anak).

Hukum darah ini sama seperti mana darah istihadhah, iaitu ia boleh mengerjakan segala amalan yang terhalang ketika haid dan nifas. Cara menyucikannya juga sama seperti darah istihadhah iaitu membasuhnya dan tidak perlu mandi hadas seperti keluarnya haid dan nifas.

Bagi wanita yang mengalami darah fasad ketika hendak melahirkan anak, maka diwajibkannya mendirikan solat apabila masuk waktunya. Ketika ini si suami hendaklah memahami keadaan isteri yang sakit. Suami hendaklah membantu isteri untuk bersedia melakukan solat.Caranya ialah seperti berikut :
  1. Wanita yang mengalami kesakitan untuk bersalin, harus berusaha terlebih dahulu untuk memenuhi segala tuntutan syarak yang telah ditetapkan ketika seseorang itu hendak menunaikan solat. Contohnya seperti berusaha membersihkan diri, tempat solat, berwuduk, berpakaian solat atau seumpamanya.
  2. Wanita yang mengalami kesakitan untuk bersalin tidak mampu untuk bagun disebabkan keletihan atau hilang tenaga setelah lama bertarung dengan kesakitan bersalin, maka cukup dia meminta segelas air untuk berwuduk pada anggota yang wajib sahaja, selimutkan seluruh badannya untuk menutup segala auratnya dan teruskan solat secara berbaring.
  3. Jika wanita itu tidak mampu segala-galanya, maka cukuplah dia solat sekadar menghormati waktu sahaja. Apabila ia telah bersalin dan suci dari nifas, maka hendaklah ia qadha segala solat yang ia tinggalkan (solat menghormati waktu) ketika sakit hendak bersalin dahulu.
Tetapi dalam masalah ini, terdapat perbezaan di antara ulamak, ada setengah pendapat yang lain mengatakan bahawa wanita yang hendak melahirkan anak, darah yang keluar dari farajnya itu termasuk di dalam darah wiladah dan tidak perlu ia mengerjakan solat. Di sini terserah kepada kita untuk menggunakan pendapat yang mana satu. Tidak berdosa jika kita pilih pendapat darah yang keluar semasa sakit untuk bersalin itu sebagai darah wiladah dan kita meninggalkan solat. Ini masalah khilaf (bersalahan pendapat), tidak ada yang salah dan semua pandangan yang diberikan adalah betul.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar WANITA dengan judul Tentang Darah Kotor Wanita. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://ustazmodeen.blogspot.com/2012/06/tentang-darah-kotor-wanita.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Tentang Darah Kotor Wanita"