“Jika isteri-isteri kalian mentaati kalian maka janganlah kalian mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.” [TMQ an-Nisa’ (4):34]
Rasulullah juga bersabda:
“Sekiranya aku dibolehkan menyuruh seseorang bersujud kepada orang lain, nescaya aku akan menyuruh seorang isteri bersujud kepada suaminya.” [HR at-Tirmidzi]
(2) Seorang isteri wajib menjaga harta kekayaan dan rahsia suaminya. Ia juga tidak boleh keluar rumah kecuali atas izin suaminya. Ketentuan ini diambil dari sabda Rasulullah:
“(Sebaik-baik wanita adalah) yang membahagiakan suaminya jika ia memandangnya, yang sentiasa mentaati suaminya jika ia memerintahnya, dan yang tidak bermaksiat terhadap suaminya atas dirinya dan hartanya dengan sesuatu yang dibenci suaminya” [HR an-Nasa’i]
(3) Berpergian bersama suaminya jika diajak. Sebab, berpergian bersama suami merupakan hak suami yang wajib ditaati oleh isterinya.
(4) Isteri wajib melayani suami jika suami mahu bersamanya. Ini kerana, melayani keperluan seksual suami merupakan kewajipan isteri dan hak bagi suami. Dalam sebuah hadis disebutkan:
“Jika seorang suami mengajak isterinya untuk tidur bersama, kemudian isterinya menolaknya, hingga suaminya marah, maka malaikat akan melaknatnya hingga pagi hari.” [Muttafaq ‘alaih]
(5) Seorang isteri wajib meminta izin suaminya jika ia hendak mengerjakan puasa sunat. Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah:
“Tidak halal bagi isteri untuk melakukan puasa ketika suaminya menyaksikannya, kecuali berdasarkan izinnya.” [Muttafaq ‘alaih].
Perkara di atas adalah tanggungjawab wajib untuk seorang isteri terhadap suami mereka. Harus diingatkan seorang isteri sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya. Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah S.a.w dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :
“Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
“Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
“Mandi junub si isteri disebabkan jima’ oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
“Apabila isteri hamil dia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
“Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
“Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
“Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya dia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
“Seseorang wanita apabila dia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah dia masuk syurga dari mana-mana pintu yang dia suka”. (Hadis Riwayat Anas Bin Malik)
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar KELUARGA
dengan judul Wahai Para Isteri ini Tanggungjawab Anda. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://ustazmodeen.blogspot.com/2012/06/wahai-para-isteri-ini-tanggungjawab.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Wahai Para Isteri ini Tanggungjawab Anda"
Post a Comment