Wahai Para Suami Ini Tanggungjawab Anda

Antara hak dan kewajiban suami ke atas isterinya ialah:
1 – Wajib seorang lelaki yang bernama suami, memberi nafkah kepada isterinya seperti makan,minuman, pakaian, mahupun tempat tinggal dengan cara yang baik.

Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam:
“Engkau (suami) harus memberinya makan jika engkau makan dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah engkau menempeleng wajahnya, janganlah engkau menghinanya, dan jangan pula membiarkannya kecuali di dalam rumah.” [HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban]
lagi sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik. Tempatlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu.”
2- Wajib bagi seorang suami memenuhi keperluan seksual isterinya, walaupun hanya sekali dalam masa 4 bulan, yakni jika keadaan tidak mengizinkan.

Keadaan ini ditetapkan berdasarkan Firman Allah Subhanahu wa Taala:
“Kepada orang-orang yang hendak bersumpah untuk menjauhkan dirinya dari isteri-isterinya, bagi mereka ada masa tangguh sampai empat bulan. Kemudian jika mereka kembali kepada isterinya maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [TMQ al-Baqarah (2):226]
Ini pula tanggungjawab seorang suami yang mempunyai isteri lebih dari seorang.

Diambil dari firman Allah;
“Nikahilah wanita-wanita yang kalian senangi dua, tiga, atau empat.” [TMQ an-Nisa’ (4):3]

1-     Berbuat adil dalam pembahagian jika suami mempunyai isteri lebih dari seorang. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:
“Siapa saja yang mempunyai dua orang isteri, kemudian dia lebih cenderung kepada salah satunya, maka orang itu pada hari kiamat akan dipapah oleh seseorang kerana jatuh atau tertatih-tatih.” [HR at-Tirmidzi]

2-     Jika isterinya seorang gadis, maka si suami hendaklah tinggal bersamanya selama tujuh hari dari permulaan pernikahannya dan tiga hari (dari tarikh pernikahan) jika isterinya seorang janda. Ini di ambil dari sabda Rasulullah yang ertinya:
“Bagi gadis tujuh hari, sedangkan bagi janda tiga hari, kemudian barulah ia kembali kepada isterinya yang lama.” [HR Muslim]

Menjadi kewajipan suami untuk memberi keizinan kepada isterinya untuk menziarahi keluarganya (ibu bapa dan kaum keluarganya).

Diatas adalah perkara yang wajib untuk suami lakukan. Tetapi para suami haruslah tidak lupa, bahawa isteri mereka yang mereka kahwini itu adalah teman hidupnya. Dan layaklah mereka menerima layanan yang teristimewa dari seorang lelaki yang bernama suami.

Boleh saya kaitkan dengan firman dan hadis dibawah ini.
Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 19 :
“Dan bergaullah  kamu dengan mereka ( isteri-isteri kamu itu ) dengan cara yang baik.  Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)”.
Lagi Firman Allah maksudnya :  “Di antara tanda-tanda kebesaranNya, diciptakanNya bagi kamu pasangan suami isteri dari diri kamu untuk kamu merasa ketenteraman di antara satu sama lain dan dijadikannya kasih sayang dari belas kasih antara kamu, sesungguhnya dalam hal itu menjadi keterangan bagi orang yang berfikir.”

Ketika mana Rasulullah ditanya oIeh Mu’awiyah bin Haydah mengenai hak isteri yang tertanggung ke atas suaminya. Rasulullah s.a.w. menjawab:
“Kamu memberi makan kepadanya jika kamu makan dan mengadakan baginya pakaian jika kamu memakai pakaian dan jangan sekali-kali memukul muka dan jangan menghina dan jangan mengasingkan diri daripada tempat tidur isterinya untuk tujuan pengajaran melainkan di rumah”.
(Riwayat Abu Daud)

1 – Seorang suami haruslah memberi layanan yang baik terhadap isteri mereka, seperti contoh barkata-kata dengan nada yang lembut, bersikap bertolak ansur, dan sebagainya. Sabda Rasulullah S.a.w yang bermaksud :
“Orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya, dan aku ialah orang yang sangat berlaku baik terhadap isteriku.”

2 – Pandu dan bimbinglah isteri dengan nasihat yang baik dan berilah contoh akhlak yang terpuji dan ajaran yang lemah lembut, Rasulullah sendiri menghuraikan hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya wanita itu adalah tulang rusuk (bengkok), sekiranya engkau mahu membetulkannya dia akan patah dan jika engkau membiarkannya, engkau akan menikmatinya dalam keadaan bengkok.”
Dan apa yang harus seorang suami perlu ingat ialah berikan hak mereka sebagai seorang isteri dan bukannya seperti isteri anda. Mereka bukanlah hamba, mahupun orang gaji anda. Ringankan beban mereka, dengan ikhlas tanpa tujuan.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Ar KELUARGA dengan judul Wahai Para Suami Ini Tanggungjawab Anda. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://ustazmodeen.blogspot.com/2012/06/wahai-para-suami-ini-tanggungjawab-anda.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Wahai Para Suami Ini Tanggungjawab Anda"